Followers

Friday, October 7, 2011

Tiga Hari Menyusur Arus

Salam.......... Bengong rasanya hari ini, nak paksa diri buat entry.. nak tulis apa ya .... ada isu menarik ke ?...... Dah 3 hari aku balik lewat ke rumah. Biasanya pukul 5.30 petang aju dah cabut dari opis tapi 3 hari kebelakangan ini mencapai jam 8.30 malam , tidak termasuk atas sebab bateri kereta 'kong' semalam dan terpaksalah bertolak untuk start injin............

3 petang aku menghabiskan masa di hotel melihat persekitaran. Kalau di hotel hotel besar tentulah orang seperti aku akan balik jam 10.00 malam tapi disini aku tidak perlu bermati matian begitu. 3 hari aku main tawaf sekeliling melihat suasana sesak ditepian pasar bundle, tenguk mat mat jual ice yang tak pernah tertangkap malahan semakin kaya. Lantaklah apa dia orang nak buat, bukanlah pihak berkuasa tak tahu, mungkin pihak berwajib nak cari jerung yang lebih besar dan membiarkan pasaran yang kecil kecil itu membiak. Dalam hidup jika ada penyakit tentu juga makin banyak kuman merebak rebak menjadikan jantung dan kaki makin berlubang, bernanah sana sini. Yang penting mereka itu tidak menjadi penyakit kepada tempat kerja aku walaupun sebenarnya tanggung jawab masyarakat adalah mencegah. Ada orang yang sebenarnya lebih bertangung jawab pun sudah semakin kaya , sedara mara sepusat sepusing juga menumpang kelimpahan kekayaan haram itu.

3 petang disana melihat para pekerja menjalankan tugas macam mesin punch card. Tiap detik dan saat mereka bekerja dalam kesungguhan dan kealpaan.  Sekali sekala sempat aku menemu ramah mereka. Bertanya dan bercerita tentang kehidupan yang dilalui dan pencarian yang bakal menjelma. Rata rata orang disni mahu hidup walaupun pengutip sampah di belakang lorong. Rata rata memerlukan wang sekurang kurang RM 1000/- sebulan. Kalau kita makan RM 10/- sehari bererti kita perlukan RM 300/- sebulan, mana mungkin RM 10/-.... aku tidak percaya..... Pagi RM 5, tengah hari RM 10/- malam nanti RM 8/-, tentulah soal makan dan minum mencapai RM 500/- Bakinya RM 500/- adalah untuk pakaian , top up hp, tenguk wayang, tambang bas dan monorel. Masih bolehkah hantar wang ke kampung ? Kalau begitu berapa yang perlu ? Seorang pengawal keselamatan meletakkan tangga gaji yang perlu adalah RM 1500/-, mana mungkin, mana syarikat yang mahu memberi mereka RM 1500/- bekerja selama 8 jam ?.  Lalu berlakulah pembohongan , boleh kasi RM 1500/- tapi kena kerja OT..... Over time bang ? Memang gila, kerja 12 jam sehari dan kemudian sambung lagi sehingga pagi esok, pagi esoknya sambung pula di tempat lain......... Kalau mahu gaji besar, jangan balik balik dan duduk sahaja di tempat kerja................

Orang yang keluar diploma dapat gaji besar ke ? Mereka yang telah menduduki SPM berasa mahu menyambung pelajaran ke mana ? Mereka masuk kolej, membuat pilihan yang salah dalam jurusan, merasa bahagia setelah mendapat pinjaman ptpn, gembira bersama kawan kawan selama 3 tahun dan akhirnya keluar dari kolej dengan diploma tong sampah. Mereka bakal menjadi sampah dalam masyarakat, melarat tanpa kerja sedangkan bangsa asing semakin pandai berbahasa melayu, semakin pandai berkerja sepertinya pekerja mahir.............................. seorang pekerja pernah berjumpa aku mengatakan " bos, susah nak kerja disana... disana perlu bahasa inggeris, tulis repot bahasa inggeris, saya tak boleh jadi supervisor " Tapi kita ini di Malaysia, kenapa repot dalam  bahasa malaysia tidak boleh diterima ?

Mungkin kita masih dijajah, masih perlu menggunakan bahasa penjajah, mereka yang belajar tinggi tinggi masih perlu bahasa penjajah ...... atau sebenarnya di dalam syarikat besar besar masih lagi membela penjajah.



No comments: