Wednesday, November 30, 2011

Pulang Dari Mekah

Abang aku baru balik dari Mekah 25hb lalu. Hari ini baru dapat berjumpa dihadapan hotel. Ajak minum dia tak mahu sebab isterinya mahu pergi ke Plaza GM . Sempatlah dia memberi buah tangan dari Mekah dan satu surat saman.............

surat saman..... anak lelakinya kahwin hujung bulan 12 ni


Buah tangan dari Mekah

Musim Cuti PWTC

Salam............. musim cuti sekolah, orang ada duit bawalah anak anak berjalan jalan tenguk KL sambil jenguk jenguk persidangan UMNO. Tak usah kisahlah kalau jalan jem, orang perempuan bukan sahaja boleh shopping beli kasut dan baju sekolah tetapi juga boleh ke Plaza GM beli tudung , manik dan minyak wangi...



Sang suami bolehlah pergi ke PWTC jadi pemerhati sementara para para bini bershopping....Kalau datang dengan duit sendiri pasti rugi tapi kalau datang dengan van .... tentu best........bilik free, makan tanggung....Bila  lagi nak menikmati kemudahan ya..........................

Lima Tahun Sekali

Salam.........aku bukan nak kutuk mereka tapi aku memang nampak dengan mata aku, adakah aku yang salah atau sememngnya setiap 5 tahun begitu :

Apabila jalan berlubang mula ditampal
apabila lampu jalan yang dah lama gelap jadi terang benderang
apabila orang orang besar menjenguk muka
apabila orang orang yang dah kenyang jadi dermawan
apabila kawasan kemalangan dibubuh lampu isyarat
apabila orang sombong tiba tiba beramah mesra
apabila orang orang tua mendapat kain batik
apabila rumah PPRT jadi tumpuan
apabila TV dan surat khabar serta khutbah Jumaat tak henti memuji
apabila ada hutang hendak dihalalkan
maka disitulah ada perhimpunan
dan kita akan jadi pengundi yang beli....

 TV 3 membuat liputan


Jalan ini belum cantik lagi

Tuesday, November 29, 2011

Menanti Takdir Tuhan


“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, jangan sampai aku sesat atau disesatkan (setan atau orang yang berwatak setan), berbuat kesalahan atau disalahi, menganiaya atau dianiaya (orang), dan berbuat bodoh atau dibodohi”. [**]


Hidup berkawan, adakalanya kawan makan kawan. Kita diajar bersabar, mempercayai kawan kawan tetapi kawan kawan tetap nak niaya kita. Kawan sedap sedap ambil duit kita dan janji yang manis manis... Hanya Allah sahaja yang tahu betapa susahnya dan sedihnya kita. Air mata sudah melimpah, air mata berdarah....................... ada orang menjual agama kerana wang ringgit, memperbanyakkan dosa sesama manusia. Dihujung usia mereka naik haji ke mekah, sedangkan mereka lupa bahawa hutangnya sesama manusia belum selesai, mereka melukakan hati hati saudaranya........ Ya Allah berikan aku ketabahan......................


KEHEBATAN ORANG KITA

Salam......... semalam waktu tengahari  hujan lebat, aku tenguk jalan jem ....aku ingat orang UMNO dah ramai datang memenuhi Kuala Lumpur, aku ingat PWTC dah sesak, rupa rupanya tidak............ Hari ini ada yang dah sampai sikit sikit, ada yang membuat pembatalan hotel. Ada hotel dah rugi justeru kerana terlalu ghairah mengharap kedatangan mereka. Tapi bukan salah sesiapa, salah bos mereka agaknya atau buget patut digunakan ditempat lain....... untuk tahun depan........ Tapi kalau setakat membiayai perwakilan tentu bermakna . Masaalahnya  suku sakat terut  bersama, bilik untuk dua orang jadi 8 orang. Tidak tidur malam berjalan makan angin sekitar Kuala Lumpur, duduk lepak lepak di lobby lobby hotel dan c/house. Dah tiba masanya untuk tidak membazir, memujuk mujuk rayu kerana kita bukan untuk ke datang kemari untuk bermain bola...

Senyumlah dan beramah mesra apabila melihat kami dan bukan tanya kami " Awak tahu saya siapa " Bukan juga masanya untuk menunjukkan plat plat kereta yang hebat hebat dan bukan juga untuk parking kereta sesuka hati di tepi tepi jalan mengganggu lalu lintas........

Monday, November 28, 2011

Kembalikan

Salam.........., pagi ini rasa sangat mengantuk dan badan kelesuan. Perasaan ingin tidur sahaja dan tidak larat dengan aktiviti. Tabah mengantuk apabila sudah makan nasi lemak dan makan telur setengah masak 2 biji.


Sunday, November 27, 2011

Mencari Benda Bocor

Salam...... pagi ini  semua orang bercuti tapi aku ada program tersendiri bersama anak anak buah aku di sana. Dalam malas malas kena buat juga sambil bergembira dan mengeluarkan peluh.

 En. Murugan main air

 Pak Abu dan Saiful yang bergaya

 air yang kuat boleh menendang kita

dah selesai nanti, penatlah menggulungnya

 sempat juga jogging tengahari buta

basah juga bila hose bocor

Biar apapun aktiviti, kalau tidak ada sefahaman, memangnya susah.....Murugan tak sempat belanja tosei hari ini..............

Saturday, November 26, 2011

Darjat Perkahwinan

Salam........melihat cinta berputik, dengan gembira bertunang......... indahnya mengelamun tapi apakah kehidupan perkahwinan begitu ?


  1. Mengalah -  orang perempuan kena sentiasa mengalah
  2. Keadilan-     jangan tanya tentang keadilan
  3. Cakap  -      jangan cakap yang bukan bukan
  4. mintak  -      jangan minta yang tidak tidak
  5. Penat   -       jangan sebut anda penat
  6. Mandi  -       jangan malas mandi walaupun rambut anda panjang
  7. Cinta    -      tiada sebutan cinta selepas 5 tahun kecuali suami baru
  8. sayang -       jangan mimpi lelaki akan tunjukkan kecuali mereka menyamar
  9. Marah  -      kena tahan kena marah
  10. bertanding - jangan hendak bertanding dengan suami kerana anda akan duduk sorang sorang 
Jika ada teman teman mengatakan bahawa anda dibuli oleh suami anda, mereka tersilap. kehidupan ini bukan untuk mengira ngira ' aku betul, kau salah. kau tidak tidak adil, engkau jahat, kau bodoh " Perkahwinan itu sebenarnya adalah perkongsian hidup yang tidak ada pertikaian walaupun sibuta telah berkahwin dengan si pekak, Engkaulah sengaja mengada-ngadakan masalah kerana tidak puas hati dengan kehidupan itu. Jika kau masih mengira ngira, hiduplah seorang diri di dalam hutan kerana harimau juga tidak mengira ngira tentang makanannya.............




Friday, November 25, 2011

Dilema Bangsaku

Salam..............

Hari Jumaat yang dimuliakan membawa aku kepada entry ini dengan penuh rasa tidak kepuasan...............

Dikala bangsaku hidup dalam dilema, menerima kejutan arus perubahan yang semakin moden dan tak bertamadun. Hidupnya yang selama ini diselimutkan dan kemudian  ditelanjangkan dengan alasan ini adalah kecantikan asli....Hidup yang selama ini mewah dinegara sendiri tapi kini menumpang kepada pendatang, bergantung hidup pada pendatang, cari rezeki bersama pendatang, hidup dengan duit pendatang dan juga merasa mati tanpa pendatang.................

Walaupun alquran bercerita tentang hidup berkasih sayang sesama manusia, walaupun rasullullah mengajar berhijrah namun tidak ada ajaran mengajar merosakkan bangsa sendiri, membinasa negara sendiri dengan rasuah iaitu ibu segala dosa sehingga negara menjadi lintang pukang, huru hara dengan kebodohan itu.............

Beberapa hari yang lalu datang dua orang lelaki bagladesh untuk sesi temuduga, dihantar okeh ejennya dari bangsanya sendiri yang menjadi taukeh di Malaysia. Bangla ini telah ditawarkan gaji RM 900/-, tempat tinggal dan makanan percuma. Bangla ini mengatakan gaji itu sedikit dan kemudian mahu melihat dahulu tempat tinggalnya. Aku tidak pasti adakah mana mana syarikat yang sanggup meletakkan bangla satu bilik seorang, diberi makan minum dan diberi gaji yang sangat mahal, aku tidak pasti adakah mana mana syarikat menerima bangla tanpa melalui ejen yang sah, diberi cuti tahunan, cuti sakit dan cuti kecemasan. Kalau ada begitu sememangnya korang bodoh dan kalau korang adalah perempuan , elok sahaja kawin dengan bangla bangla tu.......Walaupun syarikat sesak macam manapun janganlah sampai bodoh sangat.... Beberapa hari kemudian ada pula beberapa ekor pekerja bangla melarikan diri dengan alasan gaji terlalu kecil dan mahu mendapat kerja disyarikat lain. Esoknya datang semula mahu bekerja kembali kerana tertipu dengan kawan kawan........
Korang yang melihat mereka janganlah mengata mereka itu bodoh. Mereka cuma tidak berapa faham bahasa malaysia wlaupun kau kata kuat kuat perkataan bodoh. Tidak lama lagi kau pasti melihat Persatuan Bangladesh Malaysia, persatuan perniaga bangladesh malaysia, persatuan guru guru atau  atau doktor doktor bangladesh malaysia................... Waktu itu siapa yang bodoh kalau mereka kata korang tak tahu bahasa bangladesh............................

Berjalan di Chowkit Road sahaja sudah menjadi bukti kita berada di Jakarta Kecil, berjalan di Masjid India menjadikan kita melihat " little india, berjalan di Bukit Bintang menjadikan kita berada di Arab street. Jadi apa lagi yang tinggal pada kita ............

Mereka yang datang ke negara kita, hidup mewah dan mendapat kedudukan sepertinya rakyat tempatan, mereka yang datang dengan passport palsu kemudian menjadi " orang yang hilang " tanpa dikesan. Mereka menjadi sebahagian dari kita dan bukan lagi bangsa dari masyarakat majmuk tapi menjadi bangsa antarabangsa. Bapanya bangladesh, anak menantunya melayu, sepupunya nepal, datuknya dari indonesia, makala isterinya myammar, ibu mertuanya thailand. 

Seperti kata orang, walaupun siapa mereka, mereka adalah manusia seperti kita yang mendapat hak dibumi Allah............... Namun begitu..........cubalah kita bertandang ke Amerika , Jepun dan Singapore, dapatkah kita hidup sebebas ini , menikmati segala galanya............

Sehari demi sehari..... mereka semakin bertambah, semakin diperlukan untuk menjadi amah amah, buruh buruh, pekerja ladang, pekerja kilang dan sektor pelacuran manakala orang orang kita entah dimana. Mungkin orang orang kita sudah banyak keluar negara sehingga bandar dan kampung menjadi kosong. Anak anak muda sudah bekajar tinggi , berkelulusan tinggi kerana setiap tahun semua keputusan peperiksaan menunjukan peningkatan yang tidak pernah jatuh, semua AAAAAAAAAAA, semua pandai kerana pendidik yang pandai..........................

Aku hanya berpesan supaya hidup tidak perlu pura pura, jangan hanya ada sijil tapi tak ada kerja.... Gaji anak melayu sama dengan gaji anak mereka yang tidak pernah sekolahpun..............


Wednesday, November 23, 2011

Kemarahan Dan Cinta

Salam................

Ketikanya aku melihat bendera negaraku diinjak injak, dijadikan kain pembalut kemaluan, ketika itulah aku bertanya, perlukah aku menjadi hijau menghadapi mereka


Sekali sekala hanya memikirkan kita adalah bangsa kecil nan serumpun yang hidup untuk saling bantu membantu dan bukannya memeriahkan permusuhan dengan hanya kerana sebiji bola.........

Jika kalian terlupa tentang negara yang disebut maling ini, kembalilah mengingati kami dengan seribu kenangan bersama yang mengukir cinta dan air mata

Disinilah kalian datang berhimpun untuk mencari ilmu


Disinilah air mata gugur penuh kasih sayang


Disinilah kita berhimpun untuk menjamah rezeki


Disinilah kita berhibur tanpa duka lara


Disinilah kita menjadi saudara


Disni kita berhimpun dan pulang dengan selamatnya


Selamat pulang kebumi tercinta


Alfatihah untuk sahabatku....sahabat juga kepada kalian yang mengenali ...... En. Mohd Nor Stevan

Saturday, November 19, 2011

PULANG

Salam..............Sehari sudah kawanku pulang ke tempat asal, dijemput dalam suasana yang begitu awal tanpa dijangka. Sesiapa juga tidak akan menjangka jikalau memandang usia dan kesihatannya yang baik. Anak anak dan isteri dan juga ahli keluarga pasti amat terasa tentang kehilangan itu. Kesedihan dan pilu masih mengejar igauan......... Senangnya orang berkata, mudahnya lidah mengalun cerita tapi betapa berat mata memandang , beratlah lagi bahu yang memikul...........

Pemergian meninggalkan segala galanya, meninggalkan anak, isteri dan harta benda. Isteri akan berjuang untuk hidup membena rumah yang telah runtuh tiangnya bersama anak anak. Bekerja untuk membesarkan dan memberi pelajaran kepada anak anak. Datuk dan nenek tempat menumpang kasih jika ada...............

Tanah perkuburan itu masih merah, beliau dalam perjuangan dengan apa yang dibawanya kembali. Sesungguhnya dunia yang dilihat ini adalah kosong katanya. Itulah kata kata yang pernah disebutkan kepadaku  suatu ketika dahulu..........






Friday, November 18, 2011

TAKZIAH DUHAI SAHABAT

Salam.......aku abadikan potret ini sebagai kenangan...............untuk anak anak bandung yang mengenali beliau samaada di Puteri Park Hotel atau di Adam Son Hotel. Berita dari KL mengatakan beliau meninggal dunia pagi tadi kerana sakit jantung.................... Sungguh kasihan kerana meninggalkan anak anak yang masih kecil dan di bangku sekolah. Seperti kata guru aku " hidup ini tunangannya adalah kematian" , kita tidak boleh lari dari kematian itu dan tidak kira muda dan tua..........Beliaulah bersama sama aku membena prinsip  " jangan perduli apa orang kata, kita buatlah kerja kita, beliau juga memberi nasihat supaya menegakkan tiang membena tapak yang kuat supaya kehidupan ini akan lebih kukuh...........



Ucapan takziah untuk keluarga beliau................... Salam ingatan juga untuk Azman, En. Harun, Eugine, Sam, Hasihim, Anggerik Desa, dan juga anak anak Trainee Badung...........Alfatihah


Wednesday, November 16, 2011

Awan Berarak Petang

Salam......... Hanya sehari ayah dirumah, dia merungut mahu pulang ke kampung. Nampak benar beliau tidak sesuai disini walaupun anak aku melayan dan tidak berenggang dengannya. Memang ayah itu kelihatan rumit dan sudah kelihatan nyanyuknya. Banyak perkara dia sudah terlupa. Bacaan solatnya tidak menentu, malam siang tidak dikenalinya kerana mata yang sudah terlalu rabun. Dia suka mengulang ngulang cerita yang sama dan tambah sedih bila beliau berkata yang tidak elok tentang anak anaknya.

Kata ustaz, kita perdengarkan kepadanya ayat ayat suci alquran...... Waktu bacaan itu berlansung, dia tidur............ Katanya juga banyak gangguan yang dilihatnya, bermacam macam rupa yang datang sehingga kadang kadang dia panas membara..................

Ambillah kisah ini untuk iktibar......beramallah semasa muda, belajarlah ilmu semasa muda kerana masa tua tidak memberi peluang untuk kita untuk bekajar semua itu. Apabila ingatan sudah mula hilang, kita tidak boleh membaca apa apa lagi, bahkan mengucap kalimah syahadat juga tidak boleh........

Kata orang juga ini adalah rezeki masing masing.........Ada kulihat seorang tua, hidupnya sendirian, tubuhnya lemah tetapi apabila selesai sahaja mengerjakan solat, kulihat badannya begitu segar..... Ada juga kulihat seorang tua, mengambil air longkang, beliau berkata ini adalah air zam zam................

Mungkin orang berfikir betapa beruntungnya hidup lama di dunia kerana tuhan memberi peluang untuk bertaubat tapi kalau kehidupan itu sebenarnya tidak menguntungkan apa apa, hanya untuk makan dan minum, hanya untuk mendengar jerita hiruk pikok anak dan cucu, kemanakah nanti sudahnya..............

Jikalau orang yang hidup selama ini mempunyai ketaatan dalam solatnya menerima nasibnya begini rupa betapalah agaknya hidup manusia yang sentiasa lalai sewaktu mudanya........ Dapatkah nanti mereka menyebut tentang tuhan dan rasulnya..........



Sunday, November 13, 2011

Badai Semalam

Salam.........mengambil iktibar tentang usia ayah yang menjangkau tua. Bukan sahaja matanya kabur tetapi perangai sudah berubah menjadi kebudak budakan. Cepat marah dan merajuk dan ada sahaja yang tidak kena tentang anak anak. Menurut kata ayah, di dalam usia begini beliau sering bermimpi yang bukan bukan, kekadang berasa takut dan juga ada benda benda yang menakutkan yang datang mengganggu. Ayah juga tidak banyak ingat ayat ayat quran, solatnya tidak menentu. Dia banyak mengulang ulang cerita tentang sejarah lama yang mana mungkin terasa baru dilaluinya sebentar tadi................ Ayah kekadangkala merasa ada orang mahu membunuhnya, mengkhianatinya.........................

Iktibar ini diambil untuk semua orang seperti kita, yang bakal tua supaya tidak membuat kerja yang bukan bukan  yang mana tidak disukai anak. Kita mengajak diri kita supaya beriman yang mana itulah salah satu tenaga waktu tua itu. Usia yang panjang adalah bonos buat kita dan mengajak kita supaya banyak bertaubat. Namun begitu soal hidup dan mati bukanlah urusan kita dan tiap tiap yang tuhan jadikan tentulah ada sebabnya............



Thursday, November 10, 2011

Kemana Kubawa Hatiku

Salam



Ya Allah........aku sedang dilanda masalah dan kesusahan.............



Berikanlah aku pertunjuk............

Tuesday, November 8, 2011

Raya Haji

Salam............perlunya aku menghidangkan photo anak kucing ini kerana kebiasaannya kucing kucing yang banyak tidak hidup lama dan kalau tinggalpun mungkin seekor............


Kakinya tak kuat lagi, jalan masih menggigil.. manakala tuan kucing masih sebuk nak beraya

Sunday, November 6, 2011

salam............. pagi pagi aku menjenguk ke ofis.... buka internet.................aku nak bagi ucapan selamat hari raya aidiladha..................

Friday, November 4, 2011

Bermula Cahaya Cinta

Salam............

Seminggu sebelum hari raya itu, kerja mengecat dinding dinding sedang dijalankan... Seorang posmen menghantar surat kerumah. Cantik sampulnya, indah bahasanya dan wangi baunya dan waktu itu adalah saat saat paling indah......." Adik sayangkan abang, adik rindukan abang, adik akan jaga abang dan apa lagi agaknya bahasa "korban" itu semakin melalut. Semuanya menyentuh jiwa dan bagaikan tidak terasa masa berlalu.......

Waktu itu pena semakin laju bermadah bersandarkan nama pena ADISMA dan adakalanya mengetuk ngetuk mesin taip diwaktu malam. Ah... dunia semain berputar, malaikat maut sudah sering berkunjung cuma belum ada kesempatan untuk memanggil pulang. Bidadari juga sudah berulang ulang tapi masih belum melemparkan selendangnya dari syurga. Di dunia puteri bunian melemparkan senyum tapi cuma kurang pasti senyuman itu untuk siapa.............

Sebenarnya disini bukannnya apa, tidak ada apa apa, cuma cinta itu sebenarnya bermusim, bukan musim buah tapi mengikut hukum alam................Adakalanya panas sehingga mengeringkan tekak adakalanya hujan lebat, lantas mengharung banjir................. Kita menjadi manusia yang bodoh tidak tahu bersyukur walaupun untuk nikmat sekecil itu.

Disana sini orang alim mengajak kita bersujud sedangkan cinta masih kabur dihati, doa masih tertahan tahan di kerongkong.........Aku pernah mencari dirimu sepertinya adam disyurga dan hawa itu cuma angin dan angan angan kosong dalam mimpi seorang lelaki. Lelaki diberi perasaan dan juga perasan dan kau pula merasa berada ditempat yang paling agong. Padahal kau adalah sebahagian dari aku kerana kita pernah bertemu dalam satu...........................

Wednesday, November 2, 2011

Semalam Yang Indah

Salam...............

Semalam 1hb Nov. 2011 seperti biasa setiap tahun ada pemeriksaan bomba untuk FC di hotel tempat aku bekerja.  Macam biasa, benda yang elok dan tak elok akan kelihatan, namun begitu pihak hotel kena perbaiki mana mana yang tak elok tu.........................


 Kata seorang lelaki cina " itu amoi mau kasi make up sikit, barulah nampak cantik " Betullah tu...jadi hotel kena make up juga tapi betul betul... jangan tipu woooo.


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...