Followers

Monday, December 5, 2011

ANAK DURHAKA

Salam.......pagi pagi melayan radio kerajaan " klasik nasional" kerana radio parti pembangkang tak ujud lagi buat masa kini. Sedapnya lagi lama didengari justeru kerana lagu lagu baru tidak dapat diterima oleh telinga. Pagi pagi terasa sempit dada mengenang cerita semalam. Kisah seorang ibu tua yang lumpuh yang hidupnya disemak perutkan oleh anaknya sendiri ketika tinggal dikampung.

Menurut kata ibu tua itu, anaknya terlalu berkira , suka melaga lagakan adik beradik saudara mara dan jiran tetangga. Anaknya tidak pernah rasa bersalah, buat baik pun tak salah, buat jahat pun tak salah. Yang salah adalah orang lain. Orang yang mencadangkan dia buat sesuatu pun salah, orang yang duduk diam diam dan tidak mencadangkan dia sesuatu pun salah. Maka keballah anaknya dari segala kesalahan dunia. Baru baru ini dengar khabarnya anaknya berurusan untuk mempertunangkan anak daranya dengan jejaka tampan, hensem habis dan tidak dapatlah ditandingi dengan zaman sekarang adanya. Urusan dibuat dengan tidak menyusahkan adik beradik, takut adik beradik dengki khianat. Maka sekor pun adik beradik tidak dibawa dalam perundingan tersebut kerana takut tercemar duli. Tinggallah dia bersama besannya cakap cakap sendiri. Adik beradik yang pernah menolong hidupnya anak beranak dah macam melukut ditepi gantang, ibunya sendiri dilarang campur tangan...." Tunggulah nanti hari terlungkup itu"

Demikianlah Allah mahu menguji dengan sedikit harta....

surat al-Munafiqun ayat 9.... “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikanmu dari mengingati Allah. Dan siapa yang berbuat begitu, itulah orang-orang yang menderita kerugian.” 

6 comments:

gadisBunga said...

kene cepat2 sedar kalau gitu....zaman sekarang ni biasanya Allah bayar cash je.

Pak Long Din said...

Salam Panglima,
Ujian Allah terhadap hamba-hamba dia ni macam-macam... Kita kena la istiqomah dengan mengingati Allah...

luahfikiran said...

SALAM,
AMALAN KITA YANG MEMBEZAKAN KITA DAN YANG DIAMBILKIRA OLEH ALLAH. USAH BANGGA DAN BESAR DIRI.

Panglima Muda said...

benarlah begitu, kejadian ini dihadapan mata saya dan saya sedang melihat kesudahannya

jedi said...

mohon dijauhkan semua ini...

Cik Rose Cute said...

Sekarang Allah tunjuk kat dunia jer....