Followers

Wednesday, December 7, 2011

Dairy Orang Lama

Salam.........ketika ini pihak DBKL sedang  bekerja menarik kereta yang ditinggalkan oleh tuan kenderaan di kawasan Chowkit. Tidak melibatkan lorong lorong tapi di tepi tepi jalan besar. Nampak sangat kerajinan mereka ketika ini namun disebalik semua itu telah bergantang gantang sumpah seranah pemilik pemilik kereta itu. Yang kasihannya adalah orang orang tua, kanak kanak yang tadinya datang ke Chowkit dengan penuh gembira tapi kini bersedih untuk pulang ke rumah.........

Ada juga pemandu pemandu bertanya kepada kami dimana agaknya mereka dapat menuntut kembali kereta mereka. Ada juga main lepas maki hamun sehingga kami disini kena tempiasnya. Drama drama sedih, rasa tidak puas hati tidaklah dapat digambarkan..... Siapakah yang zalim......

Bagaimanapun compaun misti dibayar. Yang tidak ada kenderaan pergilah ke Jinjang menaiki teksi. Salah siapa sebenarnya.................. Apa yang kita lihat, mereka datang kesini untuk shopping, mereka balik dengan barang tangan penuh di tangan tapi tidak mampu untuk membayar wang tempat letak kereta RM 5/-. Mereka hendak parking free, mereka mahukan kebebasan. Budak budak DBKL itupun tarik kereta sebab bos dia suruh, kalau tidak buat tentu engkar arahan. Kalau kita nak kasihan, kita kena kasihan satu Chowkit, kita kena belai belai pemandu kereta, kita kena cakap jangan parking ya... cakap lembut lembut.

Namun begitu kekadang juga kita lihat, orang meletak kereta ditengah jalan, jalan yang macam bapak dia punya, Dia buat bodoh terus jalan. Orang belakang dah sorak sorak, orang belakang hon bagai nak rak, dia pula buat pekak.......... Siapa nak menimba pengalaman pergilah ke pasar chowkit tapi pastikan anda tidak mengalami penyakit darah tinggi

2 comments:

haiqal said...

Salam. Uncle keje kat chow kit ke?? Dekat la kita rupanya.

Kat medan tunku ni pun slalu ada yang kena angkut dek DBKL. Nak selamatkan RM5 tapi kena bayar pulak RM300 kalo xsilap. Hurm..

Panglima Muda said...

macam tu lah