Followers

Tuesday, December 6, 2011

Langkah Sumbang

Salam...............

Dihujung anjung Pendikar Ali bermenung panjang, fikirannya panjang melayang layang. Sungguh benarlah kata kata ibunya, hidup ini bagaikan berkolek dilaut, dihayun gelombang, jatuh ke air sukar berpaut. Pernikahannya dengan Dang Suria menjadi tandatanya,  rahsia tersirat menjadi satu rahsia. " Ayuhai kekanda pengarang jantung, bagaimanakah kesudahannya kita, sudah bernikah tapi terlalu jarang bersama, kanda selalu pulang ke rumah Kak Kuntum sedangakan dinda tinggal seorang menyendiri. Sakit pening, hidup mati tidak diketahui" kata Dang Suria .

Sunggguhpun madu itu manis dan indah bagi lelaki tetapi teramat pahit bagi perempuan " ujurnya lagi. Benarlah kata orang,  hidup ini betapa  berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Apakah pendikar Ali tersalah langkah memilih Dang Suria sebagai isteri kedua atau kerana cinta itu buta.........

Adindaku, cinta ini sudah berputik sekian lama, pernikahan ini adalah penghujungnya.Bukankah kanda pernah berkata bahawa pernikahan ini adalah pengorbanan, jangan didengari hasutan orang, perkara yang kecil kecil jangan dibesar besarkan. Jangan diundang perasaan yang parah, jangan juga berkata mencari marah. Bersabarlah adindaku, tiap yang jadi itu adalah kehendak tuhan, tiap tiap yang buruk adanya hikmah. Jangan hidup terlalu tamak, jalan yang terang jangan dibiarkan menjadi semak" kata Pendikar Ali.

Bukannya pendikar salah berguru, bukan setempat belajar ilmu, ombak yang datang dapat dihalang, namun ujian sebegini diri dirasa bagaikan nak tumbang..

Keris digenggam seerat erat, mata pejam mencari hikmat, setiap penyakit adanya ubat, mengikat kasih ilmu terhebat............................................

1 comment:

Cik Rose Cute said...

hehehe hidup bermadu bagaikan pahit untuk wanita....