Followers

Saturday, December 3, 2011

Marilah Berpesan Pesan

Salam.... Sesuatu yang telah berlaku waktu lalu yang menjadi kenangan dan ingatan.......Waktu itu kita tidak punya apa apa kecuali hati dan mata yang melihat peristiwa demi peristiwa.


Ibu....... marahnya bukan kepalang kalau anak anak bertandang ke rumah orang. Tidur dirumah orang.... jangan, makan minum di rumah orang pun jangan, bergurau senda dengan anak dara orang juga jangan. Kalau ibu melihat aku duduk bersembang sembang di baranda, atau dimuka pintu rumah orang, pastilah ada batang batang daun dipatahnya. Dilibasnya aku secukup cukupnya sehingga lari tak cukup tanah. Marah sangat ibu..." apa dirumah kita tak cukup makan "katanya.

Setelah berumah tangga, beranak kecil. Kata kata ibu masih dalam ingatan..." jangan menumpang rumah yang baru nak kaya, jangan menumpang rumah orang yang baru kawin. Kalau tidur dirumah adik beradik, memadailah sehari dua. Jangan membiarkan anak anak  makan dirumah jiran, jangan membiarkan anak anak memandang anak jiran yang sedang makan kfc dan mac donald atau ice cream. Kerana kita bukan orang kaya dan kita juga bukan orang miskin yang suka meminta minta. Jangan bawa anak anak ke rumah adik beradik yang banyak perhiasan di dalam rumah. Jangan usik komputer dan mainan anak orang... Kita orang kampung tak ada duit untuk semua itu... Tariklah upih pinang , mainlah kalah kundi, mainlah tik to kapal terbang, mainlah bola di padang, mainlah layang layang di sawah kerana kita tak ada duit untuk beli basikal, tak ada duit untuk beli helikopter mainan........... Kalau lapar, kita makanlah apa sahaja.. Ibu akan buat cok kodok atau lempeng pisang, kita minumlah teh o kerana tidak mampu beli susu walaupun se tin, kita tak mampu beli milo . Kalau dapat minum milo pun cuma kat sekolah jika ada van milo hantar minuman setahun sekali....Jangan sebut nak kasut sekolah baru.....musim hujan, ibu tidak ada duit kerana pokok getah tidak dapat dipotong.

Sekarang anak anak dah besar........larangan sedemikian tidak ada lagi . Cuma aku berpesan, jaga jagalah diri. Jangan terlalu baik dengan orang, jangan terlalu percaya dengan kawan. Berdirilah diatas kaki sendiri....


2 comments:

PCL said...

berpesan2 untuk mengigatkan dan bukan untuk berleter kerana remaja kini penuh dengan psikologinya..harus bersabar dan sentiasa berdoa moga dipermudahkan segalanya.

Panglima Muda said...

ada yang nak kena rotan