Followers

Sunday, January 1, 2012

Salam Baitullah

Salam.......

Telah tersebut dalam kata
tentang haji dan umrah itu
adalah perjalanan bersuka suka
mengikut ngikut gaya manusia
menginjak bumi nan sia sia

Baitullah membena cinta
redup hati datang berulang
dengan air mata dan keinginan
dengan nafsu kejahilan

Apalah cita cita itu
menggadaikan pusaka nan sebidang
menghiris hati saudara seperut
perginya dengan senyuman
pulangnya segala menghilang

Betapalah baitullah itu
menjanjikan syurga buatmu
tapi bukan untuk menyombong diri
bukan untuk melupakan diri
bukan merentap kasih saudara
bukan juga menentukan
kau ke syurga
aku ke neraka..........

3 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
SEKIAN LAMA TIDAK MENYAHUT LAMBAIANMU ... NAK PERGI LAGI ... INSYAALLAH

atuk said...

Assalamualaikum PM

Insyaallah drp rezeki yg halal akan memperolehi haji/umrah yg mabrur

Panglima Muda said...

mudah mudahan