Wednesday, December 7, 2011

Sekali Air Bah

Salam............

Semalam adik talipon dari kampung menyatakan beliau mahu ke Perak hari sabtu ini. Masalahnya ayah tinggal seorang diri dan khuatir terjadi sesuatu, maklumlah matanya sudah buta. Adik minta tolong jaga ayah untuk sehari dua sahaja. Adik bungsu dihujung kampung ada masalah tersendiri pada hari tersebut. Nak minta tolong kakak kakak dan abang di Kuala Lumpur, masing masing sibuk jaga keluarga masing masing. Cerita tersebut terus disampaikan kepada isteri disebelah............Teruslah wajahnya berubah kerana ibunya sendiri ada dirumah. Mungkin berat baginya menjaga ibunya yang lumpuh kaki dan bapa mertua yang buta. Keputusan misti diambil..... Balik sahaja ke rumah teruslah berita ini disampaikan kepada ibu mertua. Dia pulak menjawab, jika hang ambil bapak hang, hantar aku ke rumah kakak hang di Keramat jawabnya, mungkin orang tua ini pun tak suka duduk berdua dengan besan untuk sehari dua tu.

Lalu akupun berkata " tak apalah mak, saya anak lelaki, saya sendiri akan balik kampung jaga ayah saya. Emak duduklah disini dan tidak usah pergi kemana mana."

Lalu segalanya terhurai bagi mereka yang berakal tetapi bakal menjadi kesan dimasa akan datang...........................

Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiallahu’anhu, bahawa ia berkata:
“Seorang lelaki datang menghadap Rasulullah seraya berkata, ‘Aku mengadakan perjanjian denganmu untuk berhijrah dan berjihad demi mencari pahala daripada Allah’.
Nabi bertanya, ‘Apakah ada seorang di antara kedua orang tuamu yang masih hidup?’.
Ia menjawab, ‘Bahkan keduanya masih hidup.’
Rasulullah bertanya lagi, ‘Apakah engkau mahu mencari pahala daripada Allah?’.
Ia menjawab, ’Ya’. Nabi bersabda, ‘Kembalilah kepada kedua orang tuamu dan pergaulilah (layanlah) mereka dengan baik.’

No comments:

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...