Saturday, January 28, 2012

Bertunang Di Hujung Semak

Salam .....Anda pernah bertunang ?

Kisah Pertama


Pm dijemput untuk meramaikan majlis, ikut perarakan membawa serbenika rupa hantaran. Sampai sahaja di rumah bakal pengantin perempuan, kamipun disambut dengan baiknya, cuma lain negeri lainlah bunyinya. Sebelum memulakan hajat, pak imam dari keluarga si perempuan membuka kata. Bukan sahaja salam tapi juga beliau telah berceramah panjang tentang ugama. Ceramah inilah membuat pihak lelaki jadi biol dan tidak dapat bercakap banyak. Biasalah bila jumpa orang pandai bercakap, orang bodoh jadi diam. Maka sesedap itulah pihak perempuan bercakap apa sahaja dan pihak lelaki jadi itek serati angguk apa sahaja................

Bila sampai hari menetapkan hari perkahwinan, pm disuruh bercakap dan kali ini pm pulak ganti pak imam dan kali ini pihak perempuan angguk kepala. Kerja begini tidak boleh kesian kesian dan lembut sangat, orang akan akalkan kita.........

Kisah Kedua

Keluarga lelaki minta pm anak beranak siapkan perkakas hantarannya. Ini kerja orang perempuan tapi pm buat sibuk kerana pm tahu bahawa orang perempuan suka benda yang rumit rumit sehingga dulang penuh dengan bunga bungaan dan menjadi ladang yang besar. Sambil bersembang dengan bapa si lelaki, kami mahu mengagak ngagak berapakah hantaran masa kini.... Pm ingat RM 15000/-, kata bapa si lelaki kalau sebanyak itu mungkin beliau  tidak akan membuat kenduri.... tidak mampu dan biarlah kenduri itu disebelah perempuan sahaja. Bagi pm pihak lelaki buat begitu pun tak apa.....Cuma sebelum kenduri itu pihak perempuan lansung tidak memberi bayang bayang berapakah hantaranya. Mereka mahu buat kejutan, mereka mahu saudara mara mereka meletakkan harga.........Mungkin yang nak kawin tu saudara mara mereka dan bukan si perempuan...........# Rasanya eloklah si perempuan tu digulai sahaja............ Dengar kabar RM 10,000 serba satu...... kurang lebih tu jugak.....



Kisah ketiga

Pm dijemput dengan ajak ajak kambing. Pm tidaklah hadir ke majlis itu. Dengar kabar tidaklah adik beradik kuat sebelah perempuan tu  tahu menahu berapakah hantarannya, pak imam meletakkan harga dan menaikkan harga. Adik beradik sebelah perempuan tu jadi orang lain, manakala orang lain pulak jadi adik beradik. Keluarga lelaki perempuan sahaja yang pakat pakat sendiri. Menentu tarikh pun dia orang buat sendiri. Mungkin hari kenduri itu mereka tidak perlukan adik beradik, nikah dalam dewan besar yang grand grand...Pm nanti datang ziarah dan makan sahaja, lagi pun pm orang luar yang mengintai di reban kambing sahaja..........................


4 comments:

PCL said...

salam, hebat sungguh Pm jadi kepala majlis berbalas dan takmau kalah..haha yg tu mmg patut tapi kena ada ilmu di dada jugak...Pm boleh ajaq sy bila2 senang..mana tau satu masa nt giliran sy pulak.

perjalanan pulang said...

boleh.....bos saya kata, kita kena ingat apa orang nak kata. Dulu budak budak suka pinjam duit dia, dia buat trick hempuk meja. Budak budak terkejut hilang semangat dan lupa apa nak cakap...

So nak meminang gitu jugak, biasa orang sana sangat berlagak, sebab kita nak anak orang... dia demand bukan main lagi. Cubalah cubalah pakat pakat balik angkat punggung....gerenti dapat diskaun

Queenie said...

salam ziarah PM..

yg depa nak berlagak dan demand sangat tu, anak perempuannya tu tentu kualitinya tertinggi kan?

pelik, ada sesetengah orang macam tak pernah bercermin....

kalau saya, cari jer yang lain ngeh3...

Nong Andy said...

oh.. cerita kawin :)

nak kawin pun susah.. sedangkan sebenarnya dlm islam ia mudah :)

Comel kucing tu. rasa nak gi cium je kucing tu :)

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...