Followers

Monday, January 2, 2012

Dosa Orang Munafik

Salam.... adalah satu dato'...alahai orang melayu kitalah...entah dari mana dia dapat pangkat tu, kerajaan bagi kut, tapi aku tak pernah dengar jasa dia, namapun jauh sekali...Dia ni dengar kabar jadi adik angkat satu dato' bangsa cina. 

Dia datang kat tempat kerja aku dan buat tempat ni macam bapak dia punya. Adalah dia buat bisnes, bisnes atas angin, duit beranak jadi duit. Peliknya banyaklah orang kita percaya dengan dia.... Rezeki secupak boleh jadi segantang, dia ada ibu duit kut....Dulu dia ada sewa pejabat disini.... blah saja hutang tak bayar. Ada juga dia sewa dewan untuk function, pakai bilik saja....kueh, air kotak beli kat luar... pinggan mangkuk pinjam dari store kami.

Datang ke tempat kerja aku dia minta tempat parking khas, macamlah dia bos besar, pulak tu boleh herdik orang sesuka hati.. Inilah orang melayu tak tahu dik untung, lupa kepada kekuasaan Allah, sombong bersaudarakan syaitan, makan duit haram........... Inilah dia orang melayu bangsa kita yang menyusahkan bangsa sendiri.....Bangsa lain ketawa kat kita, parti pembangkang pun ketawa kat kita sebab kita tak boleh kaya....Asal kaya saja sombong , hidung tinggi......" pernah juga dulu aku jumpa satu makhluk , nak masuk parking tempat khas , dia kata kat aku bahawa dia pernah jadi driver agong...............gila betul melayu ni..jual pulak pasal agong...

Duduk kat KL ni memang terasa pedih dihati, pedih melayan kerenah orang, lansung tak takut dengan tuhan. Cakap pulak " kubur aku, aku punya suka"... Dia dah gila agaknya....Kalau masuk kubur, pakai kain kapan, solat jenazah boleh buat sendiri, buatlah...tak usah menyusahkan orang.. Ada pulak sorang janda cakap " benda aku, aku punya, korang apa susah "..... Baginya siapa dia nak bagi benda dia, dia punya suka......

Bila tenguk semua perkara ini aku jadi takut, takut juga kepada perangai aku sendiri. Namun begitu di setiap hari orang orang masjid ada berdoa.....untuk kita, untuk semua, untuk dato tu juga ...walaupun dia tidak mahu tunduk kepada Allah


"Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar."
"Our Lord! grant us good in this world and good in the hereafter, and save us from the chastisement of the fire." (2:201)


6 comments:

luahfikiran said...

Salam,
Manusia ni macam2 ... sape lah agaknya manusia yg merasakan dirinya hebat tu .. kita doakan orang ni berubah sempena tahun baru hijrah dan masihi ini !

aiyang said...

salam pak din.
biasalah manusia sombong nih..... rasa diri dia besar... dia lupa ada lagi yang lebih besar...maha suci allah

Sultan Kata Isnainsyah said...

Subhanallah! Luar biasa! Tapi saya agak penasaran dgn gambar limosin yg ada di bawah postingan ini, maksudnya apa ya pak? *bingung* haha, ohya salam kenal, saya juga baru menulis sebuah post ttg tahun baru. ‎2012, Kiamat Atau Peluang? Baca & Mohon Komentarnya, saudaraku : http://bit.ly/peluangkiamat Terimkasih ^^

Pn. Liza Mahmood said...

Manusia dipandang kerana darjatnya, itu biasa...
Manusia dikeji kerana kemiskinannya, itu biasa...

Semoga kita terkeluar jauh drp kotak yg berlabel "biasa" itu.

akuzle ayu said...

itulah diernyer kalo dada tuh kosong kan, pak din? dabik dada, tongkat langit...sah2 x berilmu...kita doakan yg terbaik buat depa...amin3!!

Panglima Muda said...

salam..saya ingat selepas saya meninggalkan bukit bintang, saya tidak temui orang jenis ini.Rupanya jumpa juga.