Followers

Tuesday, January 3, 2012

Nota Nota Di Kaki Langit

Salam.....

Hari ini dan esok, anak anak kita akan mula bersekolah. Anak anak yang baru masuk ke tadika dan darjah satu akan mengalami satu pengalaman yang bermakna di dalam hidup mereka begitu jugalah kepada ibubapa mereka juga. Ibubapa akan mengambil cuti dan berada di sekolah sepanjang hari. Jelas wajah kerisauan terpancar kelihatan. Jika ada anak anak bersekolah pagi dan petang, ibubapa akan menunggu pula sampai ke petang. Jangan lupa pula di waktu petang ada pendaftaran sekolah agama. Waktu ini masalah duit adalah segalanya dan waktu ini juga ada rumah dipotong bekalan air dan letriknya. Waktu ini juga segala bil cukaipun sampai, bil talipon lama 20 tahun sudahpun orang telekom ingat. Bagaimana pula nasib anak anak yang bakal masuk ke kolej nanti, kalau tak ada RM 2000/- janganlah nak kata apa apa....Walaupun ada orang berkata, "tak sampai sebanyak itu ...".

Waktu anak pm kecik kecik dulu, awal awal januari seperti ini, pm sudah berada di pintu pejabat ceti. Duit tak ada, ceti pula pergi menghantar anak mendaftar masuk kesekolah. Bila ceti balik barulah dapat duit. Pinjamlah RM 1000/- dalam tempuh 6 bulan. Sebulan 240x6 tak termasuk denda lewat, caj pendaftaran. Balik ke rumah, orang rumah tanya dimana awak dapat duit, kita jawab kat cetilah....Sungguh sukar menempuh hidup dengan anak anak yang dahagakan pelajaran, nak dapat bantuan dari ahli keluarga , janganlah bermimpi. Waktu itu semua orang susah,  orang tak susahpun mengaku susah...Bukanlah senang jadi orang beriman walaupun bersekolah agama sekalipun.

Bila pm tenguk , anak anak orang lain dapat biasiswa, bantuan sekolah, bantuan makanan, baju dan pakai percuma, hati pm pun berkata. Mengapalah orang yang ada kereta besar besar, orang yang malas nak bekerja, orang yang berniaga jadi tokeh dapat bantuan, mengapa tidak kita. Mungkin kita tidak rapat dengan guru besar, mungkin kita tidak rapat dengan ketua kampung, mungkinn kita bukan ajk PIBG sekolah dan seribu macam kemungkinan ataupun mungkin tahun itu bukan tahun mengundi....Orang orang lama mengajar kita supaya berdikari, berjuang untuk diri sendiri tetapi mereka sendiri hidup berpaut kepada dahan dahan besar, hidup dengan pengaruh maka jangan hairanlah jika anak anak cikgu mendapat keutamaan.

Hari itu ada cikgu marah, komen dalam blog pm pasal pelajaran budak budak yang bodoh di sekolah. Cikgu cikgu tok sah marah, terimalah kritik yang membangun dengan hati yang terbuka, seumpama kita masuk ke kampung, terima apa sajalah perangai orang kampung itu...

Bagaimanapun kita sudah dekat nak mengundi, pohon pohon besar akan bertukar, ada yang masih kekal dan runtuh. Mereka yang suka hidup berpaut, janganlah jadi katak melompat sana melompat sini, belajarlah percaya kepada Allah.....Allah menentu rezeki............ Walaupun ada anak anak orang miskin tidak berdaya tidak dapat meneruskan pelajaran, mereka akan terus bangkit untuk hidup, menjadi cikgu kepada jenerasi akan datang. Yang dah tua tua itu, pergilah haji dan bertaubat. Dosa sesama makhluk, menindas sesama makhluk , korang jawablah sendiri..........................


4 comments:

gedek! said...

perenggan akhir tu hebat!

Panglima Muda said...

betul betullah tu

Queenie said...

rasanya ramai yg sedar kepincangan begini tapi ramai juga yg macam tak sedar2...

jedi said...

saya rasa sampai skang kes cam ni terus berlaku. Yang sepatutnya dapat bantuan tak dapat, yang tak patut dapat, dapat bantuan pula.

Hurm...sampai bila masalah ni akan berterusan..