Followers

Sunday, January 8, 2012

Perhimpunan ‘Bebaskan Anwar 901

Salam..... Esok bagaimana ? Jalan jalan ke Kuala Lumpur bakal sesak ? Bagaimana mahu pergi ke tempat kerja dan jalan mana pula mahu dilalui..........................Pada mereka yang berniaga akan merungut rungut, mereka yang menggunakan kenderaan awam juga merungut, mungkin banyak orang bercuti kerana malas nak bersesak sesak atau mereka sendiri mahu bersesak sesak ke bangunan makhkamah, budak budak ke sekolah bagaimana ?

Mereka mula menyalahkan Perhimpunan ‘Bebaskan Anwar 901′ . Kejutan demi kejutan bakal berlaku, lapuran polis berlambak lambak dan jelasnya mereka tidak mahu kekecohan. Namun bagaimana pula sikap penyokong, mereka telah menyokong bertahun tahun, sudah terlalu banyak berkorban, sudah lama menjadi penyokong jalanan. Mereka mahu melihat Anwar menjadi PM. Bagaimana pula dengan skandal sex menggadaikan maruah....?. Ah..... semua orang ada melakukan kesalahan. Cuma kesalahan itu dapat dilihat atau tidak atau boleh disembunyikan sehingga ke hari kiamat.

Kesalahan tidak bermoral tidak kena mengenakan dengan bakat yang sedia ada.  Kesalahan itu tidak bermakna beliau gagal menjadi pemimpin. Ramai orang mahukan pemimpin yang bersih dalam segala galanya. Tapi hari ini mereka saling menyingkap kain semata mata mahu menutup kemaluan sendiri.

Biar apapun, perhimpunan esok tetap berlansung, hukuman tetap diputuskan. Suka dan tidak suka kita kena dengar tapi jagalah keharmonian yang ada, pulihkan ekonomi yang menjunam. Kehidupan hari ini adalah untuk hari esok.....Cerita melayu ini tidak habis habis, bangsa lain menjolok dari belakang, kita menjerit jerit mati matian, mereka senang senang duduk di pejabat berhawa dingin...mereka memegang eknomi manakala kita pula masih tetap kuli....

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum PM

melalui sejarah kita akan mudah merancang melakukan yg jahat atau yg baik

Al Quran dan Hadis tidak akan menyesatkan

Panglima Muda said...

benar tu 'atuk' dalam apa urusan kembalilah kepada alquran dan hadis. kerumitan pasti terhurai

cinnamon.com said...

Setuju dgn Panglima Muda,kembali dengan al-Quran dan sunnah..Allah mengajar kerja tersusun.Islam adalah agama yg bersistem dan tersusun,bermula dari ibadahnya yg tersusun dan urusan seharian di pandu oleh kitab al-Quran dan Hadis.Sebagai Muslim sepatutnya tidak berkelakuan kalut dan kelam kabut dlm urusan dunia..