Followers

Friday, January 6, 2012

Tanda Tanda Binasa

Salam............

Sudah hampir 3 tahun berhari raya pm mengalami masalah yang sama. Cukup sahaja 3 hari raya, PM mengalami masalah sakit peha. Bila duduk mencangkung terasa amat susah untuk bangun. Bahagian peha kejang dan memerlukan bantuan untuk bangun ataupun terpaksa berpaut pada tepi tepi dinding. Semuanya angkara makan pulut. Di negeri Kedah susah nak jumpa nasi impit, mungkin PCL ada bawa bekal kalau ke sana. Bagi PM jika kakak ipar orang Singapura itu datang, barulah jumpa nasi impit. Di Kedah PM tetap jumpa ketupat palas.

Pernah PM fikir nak beli tongkat sahaja tapi dalam umur umur begini kalau bertongkat nanti jadilah seperti orang kaya atau guru silat. Lagipun penyakit tu sekali sekala. Baru baru ini lenguh bahagian kaki semakin menjadi jadi, bukan sahaja peha tapi di pangkal pergelangan kaki. Semuanya kerana kekerapan minum air batu dan teh......Asal malam sahaja berketuk kaki, adalah nanti anak anak jadi mangsa. Alhamdulilah masih boleh solat seperti biasa, namun begitu PM sudah membeli kerusi macam pakcik pakcik bawa ke masjid tu...

gambar hiasan

Anak anak cakap 'abah masih mampu solat seperti biasa" Betullah tu tapi pakcik pakcik kat masjid tu nampak relax sahaja gunakan. Besinya rengan dan boleh bawa ke mana mana. Kepada kekawan PM nak bagi ingatan, janganlah minum benda benda barangin dan sejuk, jangan jadi PM. Kepada yang suka tinggal tinggal solat itu juga perlu beringat bahawa apabila kita sudah uzur, kita akan menghadapi masalah untuk bersolat. Kalau solat tak pernah buat, waktu uzur lagilah tak mahu buat....Alasan demi alasan akan datang sehinggalah menghembuskan nafas yang terakhir. Ada seorang kawan PM pernah berkata " walaupun saya tidak solat, hati saya baik dan tidak semua orang bersolat akan masuk ke syurga" . Hanya Allah sahaja yang tahu, tidak elok memperkecilkan orang, mungkin tahap ilmunya hanya sampai di situ. Soal syurga dan neraka adalah urusan Allah. Kita manusia hanya menjalankan tanggungjawab dengan usaha yang ada semampu yang boleh. Perkara ini ditulis hanya semata mata untuk saling berpesan pesan. Lagi jauh kita berjalan, lagilah banyak kita melihat kehidupan orang , ilmu orang, kefahaman orang dan perangai orang.

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
Maka dirikanlah shalat karena Rabb-mu dan berkorbanlah.
Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu, ia adalah yang terputus (dari rahmat Allah). [Al Kautsar : 1-3]


1 comment:

Queenie said...

salam simpati....

moga PM akan lebih sehat tahun ini dan seterusnya dan berhati2 memilih makanan ya....