Tuesday, February 28, 2012

Lelaki Pasangan Hebat

Salam,
Di dalam dunia ini ada bermacam macam ragam manusia dan dikalangan bangsa kita yang selalu disebut orang sebagai bangsa berbudi pekerti mulia ini juga begitu juga. Mereka adalah :

1. Orang Yang Selalu Hilang IC
Orangni hilang ic bukan sekali tetapi berkali kali. Mungkin dia dilahirkan jenis pelupa atau dia ada penyakit sindrom kurang keupayaan diri. Dia memang jenis susah mahu bertanggung jawab. Suka hatilah kalau ada perempuan suka hendak menjadikannnya suami... 

2. Orang Yang Suka Berhenti Kerja.
Bertahun tahun umurnya, kalau boleh sampai ratusan tahun. Dia tidak pernah kekal bekerja. Semua tempat kerja tidak bagus. Dia sahaja yang paling bagus.  Semua tempat kerja gaji kecik katanya, macamlah dia belajar tinggi. Lagi satu dia buat tempat kerja itu macam syarikat itu bapak dia yang punya. Sape sape nak buat laki orang yang jenis macam ni, kena tahan saboo sebab dia buat kerja tak pernah yang habis.

3.Orang Yang Suka Berlaki
Cita rasa macam orang yang suka menukar bini. Tapi dia ni, suka tenguk laki orang dan tak suka laki sendiri. Apa yang laki dia bagi tak pernah cukup dan nampak. Apa yang laki orang bagi kat bini dia orang, dia nampak. Ada laki pula hendak dibuangnya dan sibuk pulak mengendeng laki orang. Laki orang bagus sahaja pada pandangannya dan kalau boleh dia nak suruh laki dia buat macam laki orang tu. Sape sape yang dapat bini seperti ini kena beriktiar bagi bini tu saingan. Dengan adanya saingan itu bini anda akan bertambah cerdik atau terus bodoh cam tu ajalah................

gambar hiasan

Sunday, February 26, 2012

Kawin Orang Dah Kawin

Salam.......malam tadi ada orang sibuk nak dengar kisah orang kawin. Kisah yang mendapat banyak komen dari seluruh keluarga mereka, menceritakan detik pertemuan, percintaan dan sebagainya..... Ah aku dah malas  dengar kisah kawin yang grand grand ni. Dari dulu lagipun macam tu jugak, lepas tu lintang pukang, cerai berai dan buat mengabih duit je. Kawinlah, pakat pakatlah laki bini elok elok sampai ke anak cucu... Apalah sangat nak kita megahkan di dunia ini tapi "sayani kan artis."....Ya tak ya jugak ............................. Orang TV pun dapat gaji buat liputan luas.......Selalunya kita seronok lihat kalau orang tu teruna dan dara kawin dan kalau yang dah pernah pernah kawin tu, tok sah ribut sangatlah..... Kawin ni macam buat kebun tanam sayur abang oiii, banyak kerja persiapan nak ada. Tanah kena cangkul, baja kena letak, air kena siram dan kalau kita asyik nak berkebun je bilalah gamaknya dapat hasilnya. Yalah, tanam tanam kena kemarau, mampus pokok, esok gitu jugak, lusa gitu jugak....... Orang lain dah duduk rumah menyandar dan pakai kuli buat kerja, kita masih berpeluh peluh di ladang...

Akhir kata, pm nak ucap selamat pengantin bersandinglah, nak ucap selamat pengantin baru tak boleh. Orang india kata " mapelai" orang kita kat mempelai...samalah kut. Lantas membuat kenduri itu adalah untuk menghebahkan kepada  orang bahawa si anu dengan si anu tu dah bernikah.... Itu aja....Yang seronok adalah pengantin je berbulan madu........Entah dimana bulan , entah dimana madu...Cari bantal lagi best..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz sambil dengar lagu hindustan....meleleh air lior.




Friday, February 24, 2012

Janganlah Berlagak Sombong

Salam,
Menjadi terkenal akan menyebabkan kita lebih sibuk dan angkoh, kita akan terus melupakan kawan kawan yang sama berjuang, sama sama naik bertungkus lumus untuk mencapai cita cita. Sekali sekala apasalahnya kita berpaling semula kebelakang melihat sahabat handai yang tertinggal jauh, menghadapi kesukaran berkayuh sendirian. Palinglah sekejap melihat blogger blogger yang menjadi follower anda walaupun mereka ada penulis yang tidak bermaya, layu dan lesu..............tidak bermodal dalam n3 dan hidup dengan cerita bodoh...........

Sekali sekala apasalahnya memberi salam atau menekan butang "like" di dalam fb , walaupun kita ini teramat sibuk dengan orang penting, tetamu tetamu diraja.....Sekali sekala apasalahnya mengingati peristiwa penting yang mengatakan " aku dijadikan dari api, manakala adam dijadikan dari tanah" Itulah sekali sekala menghargai sesuatu yang tidak bermakna tetapi begitu bererti bagi orang lain. Mudah mudahan Allah memberi berkat rahmat kepada anda dan mudah mudahan Allah mengampuni dosa kita semua . Amin.........

Thursday, February 23, 2012

TUBUH NAN SATU

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang mengatur kehidupan makhluknya, melentur hati manusia yang keras menjadi lembut, menjadikan alam dengan penuh kasih sayang.........

Pagi ini pm bersama anak buah pm di kedai minum, beliau seorang yang dahulunya kaki judi di Genting , kaki arak tetapi kini telah melekat di masjid dan mengalami banyak perubahan termasuk dapat menghafal surah Al Baqarah. Inilah yang disebut kemahuan dan kehendak.

Menyambung lagi bercerita dengan seorang lagi anak buah tentang seronoknya hidup dimuka bumi. Seronok di waktu muda , setiap detik bertambahnya usia sehinggalah tidak sedar terlalu jauh masa berlalu. Sedar sedar sahaja hari sudahpun senja, amal ibadah tiada dan pulang kepada tuhan dengan dosa dan kemiskinan. Miskinlah didunia, miskin waktu dikebumikan dan miskin juga di akhirat. Lebih hebat lagi di waktu usia tua itu , badan masih enggan tunduk dan sujud, masih enggan merendah diri kepada tuhan..................

Seperkara lagi, mudah mudahan  biarlah Allah menjemput kita diwaktu kita masih lagi sihat dan waktu kita bersedia. Ada tubuh enggan kembali ke bumi, ada roh enggan kembali kepada pemiliknya, hidup di dunia menahan kesakitan, makan ubat menyambung nyawa, banyak sangat urusan belum selesai, banyak kekalutan sewaktu jemputan, banyak alasan tidak REDA................

gambar hiasan

Wednesday, February 22, 2012

ILMU PENGASIH

Salam

Kecik kecik dulu, rajinlah bertanya kepada orang tua tentang ilmu pengasih. Hari ini bila dah tua , budak budak pula datang kepada kita bertanya benda yang sama. Bintang apa ilmu pengasih tu ? Sebenarnya pm pun kurang arif, dalam soal kasih ni bukanlah boleh paksa paksa. Agaknya bila tenguk jantan menggunakan ilmu pengasihtu, orang perempuan akan tak senang duduk. Entahlah, pm tidak percaya........

Atuk pm berpesan kalau mahukan orang kasih, buatlah tabiat yang baik, cakaplah baik baik.. Tadi pm pergi DBKL untuk minta tolong dalam urusan cukai tafsiran. Pm cakap baik baik, orang perempuan tu senyum manis manis dan tolong pm...........kata cikgu, kita kena lembut gigi dari lidah....macam orang tua makan bubur je...

Kepada sesiapa nak cari ilmu pengasih kat sini ada. Kat manapun ada juga orang tulis yang sama. Nak ikut cara pm kena baca 25 kali , ambil berkat 25 rasul dan jangan lupa bismillah dan selawat. Bismillah tu pembuka kata dan selawat itu adalah sebagai tanda kini ini umat nabi muhammad...Tu formula dia.....Tolong ikut dan jangan nak memandai mandai ke lain....Ada pantang.... tapi pantangni pelik sikit...Tolong jangan garu muka dengan kuku jika terasa muka anda merenyam....Selepas dibaca 25 kali, hembus kat tangan dan sapu ke muka.......Nak ayat dia.... senang je....kat mana mana orang pandai pun ada tapi " kemampuan" nya belum tahu lagi........


Cubalah....mudah mudahan banyak orang kasih, kepada sesiapa yang tidak percaya terpulanglah, pm bukan mintak duit, bukan letakan no account bank kat sini, bukan mintak belanja makan dan tidak rugi apa apa.....

Aduh Malasnya

Salam......pm ingin menyambung sedikit tentang cerita " MAMPU" atau juga disebut tentang kemampuan anda. Ini bukanlah soal berpologami tapi kemampuan melalui tahap beramal itu. Dulu seringkali pm dan juga pembaca pembaca lain berminat untuk membaca buku hasil penulisan Tamar Jalis dalam siri bercakap dengan jin. Diantara kata katanya yang tertulis kalaulah pm tak silap " datok membaca ayat alqursi sebanyak 313 kali" Ianya berlaku pada ketika datok itu sedang menghadapi situasi tertentu. Mungkin dalam buku buku lain juga menceritakan tentang amalan membaca ayat qursi sebanyak 313 kali. Di dalam hal ini apa salahnya anda mencuba ......

Mudah bunyinya tapi semudah itukah membacanya ? Dapatkah anda bertahan dalam pembacaan itu ? Mencuba tentu tidak salah, ambil wudu' dan duduk seterusnya membaca. Tidak ada hantu yang bertenggek menyengih disana melainkan anda akan merasa boring atau terburu buru menghabiskannnya. Adakah anda akan bersabar...masanya kurang lebih 1 jam................................

Tuesday, February 21, 2012

Di Sebalik Tabir

Salam......................

Ada orang berkata bahawa di dalam ibadah,  pisahkan antara kebatinan dan ketuhanan. Tentu sukar difahamkan melainkan mereka mempunyai perjalanan tersendiri. Bagi penulis, ibadah itu tidaklah patut dicampurkan  dengan soal kebatinan kerana soal amalan kebatinan kekadang boleh merosakkan ibadah. Mungkin ada orang berkata soal ibadah dan ketuhanan adalah satu perkara tetapi amalan kebatinan yang mana satu pula.

Dalam soal menghadapi masalah, perselisihan, gangguan, kesakitan ,sang guru ada berkata " adakah kamu MAMPU menghadapinya jika kamu mencampuri hal itu?” Disini penulis selalu melihat betapa ramainya mereka yang tidak mampu menonjolkan diri sebagai orang mampu dan akhirnya menyalahkan keadaan kerana kegagalan mereka sendiri. Di dalam satu sesi perubatan yang pernah penulis lihat si pengamal perubatan mengenakan syarat syarat tertentu, bacaan bacaan tertentu dan akhirnya bila perubatan itu tidak menjadi, si pengamal perubatan itu pula menyalahkan pesakit lantaran kerana pesakit tertinggal salah satu syarat atau sebarang ayat. Akhirnya dia berlepas diri dari masalah itu dan tidak mengambil sedikit tanggung jawabpun. Kekadang kadang si pesakit berulang ulang datang 2-3 kali dan dikenakan bayaran tertentu tidak termasuk membeli air mineral di rumah pengamal perubatan itu. Juga kita lihat air zamzam menjadi pilihan utama dengan harga tertentu padahal bumi Allah ini luas, tidak termasuk air yassin, air yang dibacakan ayat suci oleh 40 ulamak, air yang dilarutkan dengan dakwat dan kemudian dicampur air mawar. Kenyataan disitu hanyalah semata mata soal air yang mempunyai sifat yang sama.
                                                                                                    
Kaedah yang mengarut ini berada dimana mana yang dipercayai oleh semua golongan, berlandaskan kesabaran,disendikan dengan kata "insyallah" dan mereka meraih keuntungan di celah celah kebodohan kita. Penulis ada terdengar beberapa tahun yang lalu, bila mana tempat kerja penulis dikatakan menghadapi gangguan, lantas itu ada pihak telah menjemput sekumpulan manusia dari Bangi bagai membaca yassin untuk menghalau makhluk halus penghuni jahat. Mereka datang, bukan sahaja diberi makan tetapi juga wang RM 300/- Mereka pulang dengan meninggalkan berbotol botol air yassin dan memberi aturan supaya air yassin itu ditaburkan atau direnjis pada tempat tempat tertentu diwaktu azan maghrib. Sungguh mudah kerja mereka menghalau penghuni tanah haram itu sepertinya menghalau ayam,sedangkan penghuni itu telah duduk disana bertahun tahun, beranak pinak. Inilah istilah memindahkankan, mampukah mereka ? Mampukah mereka membuat kerja itu dengan air lior sahaja dan penghuni itu akan terkencing terberak dan terus pindah merempat kemana mana?

Penulis bukanlah mempunyai kepakaran dalam soal ini tetapi kewujudan kepakaran moden ini terkadang kadang menjijikan merosaklan nama si pengamal perubatan sebenar dan akhirnya menjadi temberang yang besar. Seorang ustaz yang penulis kenali, terkenal dengan soal jin dan menjalankan perubatan islam. Sememangnya dia pandai dan mengunakan baris baris doa dan ayat alquran tetapi orang ramai tidak tahu apakah yang terlindung di sebalik itu. Sebenarnya ibu ustaz itu pernah dsuatu ketika dahulu dipinang oleh orang bunian (jenis jin) Pinangan itu telah ditolak oleh bapanya. Sepanjang kehidupan ibunya dapat dilihat beliau melakukan perubatan lantaran didampingi oleh makhluk halus itu. Maka tidak hairanlah jika ustaz itu memiliki sesuatu yang hebat dan tidak sepertinya orang lain yang berpeluh peluh bersusah payah belajar. Melakukan perubatan dengan menggunapakai golongan jin lebih mudah dan berjaya berbanding dengan mereka yang menentang kejahatan dengan ilmu akidah atau dengan tingkatan amalan yang tinggi.

Berbalik kepada perkataan MAMPU akan membuat kita merenung semula diri kita, melihat sedalamnya siapakah kita di dalam soal ini seperti kata orang " jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai"  Tiap tiap penyakit tentu ada ubatnya dan tiap tiap ubat tentu ada formulanya, ia juga ada kesenianya ada sejarahnya. Sejarah akan menceritakan kekuatan dan kelemahan atau juga sumpahan kerana tiap tiap perkara Allah jadikan itu bersebab. Malaikat izrail mengambil nyawa manusia juga bersebab,carilah sebabnya.............

Di dalam buku khusus ambiak bercerita tentang kisah Nabi Allah Ya'kub bertanya kepada harimau adakah dia memakan anaknya iaitu  Nabi Allah Yusof dan dikala itu harimau berkata " tiada sekali kali aku makan anakmu yusof,betapa aku seekor harimau yang datang dari tanah mesir hendak mengunjungi keluargaku, tiba tiba ditangkap oleh anak anakmu , tidaklah aku memakan daging nabi nabi"  Cerita ini mengisahkan betapa harimau itu juga mengasihi keluarganya dan menjadi peraturannya tidak memakan daging para para nabi Allah.....................Bagaimana pula kisah nabi Allah Ibrahim dengan harimau dimana harimau meminta tempuh 7 hari untuk menahan lapar jika bertemu manusia? Wallahualam......................




# Buku ini adakah lagi dalam pasaran atau ditulis dalam bentuk rumi................. Adakah lagi orang akan mempercayai cerita cerita sebegini ?

Monday, February 20, 2012

Rindu

Salam.........dari semalam mahu menyebut perkara ini dan biarlah pm menceritakan dalam n3 ini.

Syukur alhamdulillah masa sudah lama berlalu, dulunya pm sakit teruk selama 3 bulan, macam orang gila dan tidak siapapun mahu dekat. Makwee lagilah tak suka......Tapi orang tak tahu bahawa penyakit seperti orang gila itu adalah rahmat Allah........Tapi jangan cuba cubalah.......nahas nanti...

Arwah abang Lan waktu itu tidak mengenepikan pm walaupun pm sering duduk di bawah pokok mengelamun mencari erti alam. Pm sering melihat matahari terbit waktu pagi dan tenggelam waktu petang, melihat wajah bulan mengambang. Pm bukan mengelamun membena puisi dan sajak, bukan juga untuk menghafal skrip skrip drama tetapi tenggelam dalam menghayatinya, merasai suasananya. Inilah kerja pelik yang bukan sengaja diada adakan.

Setiap hari pm berada di rumah arwah itu, bersembang dengan segala apa cerita, bertanya tentang sesuatu yang kabur namun pm kurang berkesempatan untuk menulis. Hari demi hari cerita bersambung tanpa putus tanpa pena tanpa kertas putih sehinggalah disuatu hari datang seorang perempuan menemui pm. Dia menghidap penyakit kerongkong. Dia berubat sehingga pulih dan seterusnya menjadi murid arwah, begitu juga  seorang lagi rakan kawan pm  berbangsa pakistan yang pada waktu itu sibuk mahu belajar silat. Pm tidaklah sanggup nak mengajar sebaliknya menyerahkan dia kepada abang pm itu. Kedua duanya kelihatan tekun belajar dan  hampir setiap minggu berada di rumah arwah abang. Suatu hari pm dengar mereka pergi ke Pulau  Besar untuk meningkatkan pelajaran yang mana pm sendiri tidak pernah menjejak ke sana. Bagi pm mereka mungkin lebih tinggi pengetahuan dari pm kerana tekunnya belajar dan tidak seperti pm yang hanya menghabiskan masa bersembang.

Setelah arwah abang meninggal dunia pm menjadi seperti anak yatim piatu, tiadalah tempat hendak mengadu. Segalanya dijalani dengan sendiri sendiri. Walaupun ramai orang berkata mengadulah kepada Allah Taala, kata kata seperti itu hanyalah kata kata. Banyak orang telah mengadu kepada tuhannya tetapi ianya masih buta tentang tuhannya. Orang yang buta akan meraba raba dalam kegelapan, kegelisahan mencari cahaya sebagai panduan.  Orang buta harus diberi tongkat untuk mereka terus tegak berdiri walaupun hatinya begitu gelap dan kelam.......Pm adalah salah seorang dari mereka dan kerana kebutaan itulah ibadah tidak membantu sebarang perubahan sebaliknya hidup seperti air yang lalu....Lalu segolongan umat manusia berkata" bertawakkallah...." Mereka mempromosi perkataan tawakkal sebagai ceramah hebat dan juga membena hospital tawakkal"

Hanyalah pada hari ini pm sendirian mencuba mengingati nasihat nasihat abang di dalam ceritanya di masa lampau, mencari keyakinan dalam diri pm. Seperti yang pm katakan tadi, anak murid yang lain mungkin lebih beruntung kerana mereka mempunyai buku untuk merujuk segalanya bahkan mungkin mencari tuhan di dalam bukunya................ Wallahualam


Di dalam Gambar Ada Cerita

Salam........macam biasa ada makan makan tengah hari ini




Ini saja yang pm makan


makan ajalah untuk ambik hati
 puak ni senyum tak habis

antara gambar gambar terakhir

GM meninggalkan hotel berhijrah ke Johor

Sunday, February 19, 2012

Janganlah Suka Sangat

Salam,

Hari itu kami semua berkumpul sekeluarga, bukanlah ada kenduri kendara cuma mahu berjumpa bercakap cakap di musim cuti yang tidak seberapa hari itu. Seperti biasalah kaum wanita duduk berhimpit ramai ramai masak memasak makanan rengan sambil makan ketupat. Kalau tidak makan ketupat bukanlah "perempuan "namanya manakala kaum lelaki sibuk telentang sana terlentang sini, megheloh dan tidak memperdulikan apa yang orang perempan buat. Budak budak masih sibuk bermain bola di tepi halaman walaupun hari melewati malam............................... Ada orang beranak kecik juga datang menumpang sama sambil mengelek anaknya ke hulu ke hilir. Pendek kata malam itu adalah malam bersuka suka, manakala pm menonton tv sendirian sambil tv itu sendiri menonton pm pula..................


Baru sahaja melayang layang , merewang rewang entah dimana tiba tiba 'biras' pm datang memberitahu bahawa cucu sulungnya menangis dengan kuat tidak mahu berhenti. Budak perempuan dalam usia 3-4 bulan apalah tahunya kalau tidak menangis. Tanpa melengahkkan masa pm pun pergi ke biliknya dan dapati benar bahawa bayi itu sedang menangis kuat, kakinya keras  manakala matanya ditutup rapat. Waktu itu sibuklah orang orang perempuan yang ada datang cuba melegakan keadaan. Makin dipanggil makinlah kuat tangisnya. Sebenarnya pm sendiri tak tahu nak baca apa, nak jampi apa melainkan cuba berfikir apa nak buat...............

Pm agak budak ini kembong masuk angin, si ibunya kata anaknya ok, jadi kenapalah agaknya. Jadi perkara pertama suruhlah datuk dan neneknya dukung, kut kut mahu senyap, tapi tak jadi jugak...Nak kata ada hantu, tak pula nampak melompat atau berguling guling disana.

Ayah dan ibu moden ini susah nak cakap tapi mungkin dia berniat untuk memudahkan kerja. Perkara pertama  yang patut ibubpa bawak balik ke kampung adalah buaian...paling paling bodoh bawaklah besinya sahaja, manakala talinya boleh kita cari dan bolehlah digantung di bawah rumah atau di bawah pokok.

Mahu tak mahu carilah bawang putih setelah dipecahkan dicampur dengan air dalam mangkok. Baca sahajalah apa yang ingat....tengah kelam kabut tu semua ayatpun tak tersusun......Renjis sana renjis sini untuk membusukkan ruang bilik...Kesian bilik orang baru beranak satu tu...busuklah malam tu...Sambil sambiltu panggillah mana mana neneknya yang lebih serasi dan suruh panggil nama budak itu bagi mencari perhatian. Alhamdulillah dia mulai senyap dan mahu kembali ke pangkuan ibunya untuk menyusu...........

Setelah semuanya reda pm pun beredar...........baru sahaja melalui pintu bulu roma mula meremang kuat...Memang orang bodoh seperti pm tidak boleh mengesan apa apa ketika di dalam ruang bilik itu..Petua cikgu lama bercakap kalau kita terasa meremang bulu roma tanda benda tu jaraknya 10 meter dari kita...Hanya allah yang tahu, pm ni sifat binasa tak tahu apa apa. Apa apapun kira perkara dah selesai........
Esoknya barulah dengar cerita melayu disana sini, ada orang nampak pontinak terbang dekat pokok di depan rumah senja tu, ada orang dengar perempuan bercakap cakap waktu malam...ada benda hitam atas pokok dan macam macam lagi....

Moral cerita ini senang je....kita ni bodoh tak tahu apa apa dan tumpang kelam kabut sekali. Soal bawang putihtu tak ada apa apa, biasalah kalau masak masak kena pakai bawang putih.....

Pagi Nan Dingin

Salam..........Selamat pagi kepada semua kawan kawan. Hari ini baru sahaja bermula dan perkara pertama yang kena buat ialah minum pagi walaupun ada orang tidak suka suasana itu. Ada orang tidak boleh minum pagi kerana dia akan sakit perut. Dia akan minum pagi pada jam 11.00 pagi dan pakej makan nasi sekali untuk jimatkan belanja atau juga mungkin akan makan jam 3.00 petang untuk pakej  sampai ke malam. Seperti biasa di hari Ahad, ramai orang beratur di kedai mamak untuk membeli roti canai, macamlah tak ada menu lain. Selain dari itu ada yang beratur di tepi jalan menunggu nasi lemak.........Inilah menu orang Malaysia dalam suka dan tak suka usia kita sudahpun bertambah. Dalam makan yang berzat dan tak berzat kita semakin menjangkau usia. Banyak kesedihan dan kegembiraan yang dilalui.............

Kepada mereka yang bakal berkahwin, pm ucapkan selamat pengantin baru, kepada mereka yang mendapat cucu , pm ucapkan selamat menjadi atuk dan nenek muda........Perjalanan misti diteruskan tapi jangan bersikap tamak di muka bumi ini. Pm berpesan untuk diri pm dan kekawan jangan lalai dari mengerjakan solat sebab lalai itulah paling best. Lalai itulah menyebabkan kita sibuk di pasar malam waktu maghrib dan isyak padahal bukan beli apa pun..................


Saturday, February 18, 2012

Seminggu Berlalu


Inilah benda yang pm tunggu dan banyak sangat halnya dan cekadaknya......sampai maleh nak berpantun 4 kerat dan 6 kerat.........

 Ini keputusan terbaru bagi penyakit pm tu...................

Thursday, February 16, 2012

Antara Dua Cerita

Salam..........


Semalam,
aku lewat disana
di malam gelita tanpa cahaya
melihat kau yang tidak ternyata

Semalam
cebisan selindangmu terurai
di balik batu nan tersergam
siapakah kau dewi mencuit pandangan
melambai hatiku yang sedang rawan

Semalam,
Mencari ubat dan penawar
antara nyata dan hijap
hidup dan mati ketentuan tuhan
mati bukan kerna sumpahan

 ubat ini kena makan tiap tiap hari...........

ubat ini untuk orang fikiran runsing

p/s.......semalam pm lalu di templer sana, kat batu sana tu ternampak selendang cantik dalam sekelip mata, selindang sutra tu....sapelah punya ya............

Wednesday, February 15, 2012

Cendawan Pagi

Salam......cerita ke (3) pulak.........

Tahun 2006 adalah tahun akhir pm berada di Bukit Bintang Kuala Lumpur. seperti biasa juga disuatu hari pm minum pagi bersama kawan kawan sekerja, seingat pm waktu itu jam 7.30. Baru sahaja makan roti canai sehelai dua, pm dapat panggilan kecemasan dari lobby hotel, katanya ada orang perempuan menjerit jerit di dalam bilik di tingkat 3. Pm dan rakan rakan yang terdiri juga dari budak budak bahagian maintenance telah berkejar kesana. Sambil berlari sempat juga pm menghubungi Manager yang bertugas iaitu seorang perempuan Cina yang masih muda melalui walkie talkie. 

Sampai sahaja di tingkat 3 bangunan itu pm temui salah seorang penginap bilik  iaitu seorang guru yang kebetulan berkursus dan tinggal berdektan bilik di maksudkan. Pintu bilik kami buka dengan kunci master key dan pada waktu itu keadaan di dalam bilik terlalu gelap. Pm telah menyentap langsir berdekatan bagi memberi ruang cahaya luar masuk ke dalam. Apabila cahaya menerangi dapat kami melihat sesusuk tubuh seorang wanita berbangsa Jerman terbaring diatas lantai dengan tanpa seurat benang. Mulutnya kelihatan terikat dengan seluar dalam manakala tangan dan kakinya terikat dengan wayar handphone dan juga tali coli. kami bergegas memberi pertolongan dengan cara memotong ikatan tersebut dan menyelimutkan wanita itu dengan kain selimut. Seluruh bilik berbau busuk najis, bantal dan cadar serta beg pakai berselerak. Keadaan ini menjadi tanda tanya kerana wanita ini masih trauma..................................

Dari bilik kejadian mangsa dipindahkan ke bilik lain sementara itu bilik tersebut dikosongkan sehingga siasatan dijalankan. pasukan polis dihubungi dimana unit foensik telah dtang diketuai oleh seorang pegawai berpangkat ASP. pihal polis telah membawa mangsa ke hospital dimana kami mendapat gahu bahawa mangsa bukn sahaja dirogol tapi diliwat. CCTV menunjukkan bahawa seorang lelaki china datang mengekori wanita itu pada jam 3.00 pagi. Sebaik sahaja perempuan jerman itu masuk ke bilik, lelaki china itu menolaknya dari belakang. Selain dirogol dan liwat, perempuan itu juga dipukul,manakala wangnya dirampas.

Pm dapat melihat pihak polis malaysia menjalankan tugas dengan tertibnya seperti filem CSI. Semua bahan bukti dikumpulkan dan semuanya mengambil masa yang lama. Perempuan Jerman itu tinggal dihotel selama beberpa hari ditemani oleh Duty Mnagaer sehinggalah tidak berapa lama kemudain  lelaki china itu ditangkap diatas tuduhan perogol bersiri. Mungkin anda ingin tahu apa yang ia pakai....Jawapannya dia menyimpan ball bearing di dalam kemaluannya.....................Dia benar benar gila.

Setelah pulih, perempuan Jerman balik ke negerinya dan seperti biasa dia mendakwa pihak hotel dimahkmah diatas kecuaian menyebabkan dia menjadi mangsa rogol dan liwat...........Mungkin orang tidak tahu bahawa pada malam itu perempuan itu berpakaian seksi semasa check in. Perbuatannya membawa padah dan mendapat hadiah yang tidak dapat dilupakan................. Berhati hatilah wanita.....cerita ini sebenarnya panjang tapi terpaksa direngkaskan. Minta maaf gambar kejadian  tidak ada kerana pm sudah buang....



Tuesday, February 14, 2012

Ular Berbisa

Salam......Bahagian (2) bermula hampir seperti yang diatas tapi kelainan sedikit...........

Seperti biasa pagi pagi lagi pm diseru ke meja pendaftaran. Ada seorang gadis manis terpinga pinga tidak dapat menjelaskan bil hotel, mungkin jumlahnya tidak banyak setelah ditolak deposit tapi semuanya telah terjadi.......

Malam itu dia bertemu seorang lelaki yang mengaku kerabat di raja dengan panggilan " tengku". Tengku ini mengajak gadis itu berjalan jalan sekitar Kuala Lumpur. Seperti yang terjadi dalam apa cerita sekalipun si Tengku ini akan belanja gadis itu makan menunjukkan kemurahan hatinya dan gadis itu tentu berbesar hati kerana dapat berkenalan dengan kerabat diraja. Dari meja makan mereka check in ke hotel. agak pelik juga kalau si gadis itu mengikut sahaja. Menurut kata gadis itu, si Tengku hanya menghembuskan asap rokok kepadanya membuat dia terikut. Allah sahaja yang tahu.

Bangun tidur diwaktu pagi , si Tengku telah menghilang diri dan sudah puas di cari disekitar lobby hotel tidak berjumpa. Si Gadis meminta pm menghubungi teman lelakinya iaitu seorang anggota polis. Dengan izin allah teman lelaki perempuan itu datang bersama sama rakan rakannnya. Apakan daya teman lelaki itu hanya mampu melihat kerana nasi sudah menjadi bubur. Sehinggalah ke hari ini pm tidak temui teman lelakinya itu, entah kahwin entahkan tidak dan tidak ketahuan kemanakah hujungnya.

Cerita seperti itu banyaklah berlaku dimana mana sehinggalah ke hari ini. Wanita mudah terpedaya dengan cerita dongeng anak raja semenjak zaman dahulu kala. Ada juga kisah wanita berkahwin dengan ular yang waktu malamnya adalah manusia. Padahal ular berada dimana mana dan dimiliki oleh semua manusia. Sebagai  penonton kekadang kadang kita sendiri tidak percaya tentang kebenaran si gadis itu.......Anak gadis sebenarnya tidak merayau waktu malam walaupun di dalam Kuala Lumpur ini terlalu banyak sekali. Sekali lagi pm sebut, anak gadis tidaklah merayau rayau di malam hari.....Adakah pm salah ?




Cinta Bermusim

Salam...............
Bukan semua pelajaran datang dari buku tetapi menerusi pengalaman kita akan tambah dewasa. Dalam kisah hidup ini ada banyak cerita yang boleh kita kongsikan bersama........

(1)

Pagi itu pm dapat pangggilan talipon dari meja pendaftran hotel, katanya seorang pelanggan wanita tidak dapat membayar bil makanan kerana tidak cukup duit. Pm pun bergegas kesana untuk mengetahui hal yang lebih lanjut. Seorang wanita yang sudah agak berumur kelihatan disana. " Dari mana kak " pm bertanya. " Saya dari Johor Baharu " katanya. " Kenapa kakak tak boleh bayar bil ini " tanya pm lagi. " Saya tidak ada duit , sebenarnya saya datang berdua check in semalam " katanya. Dimana orang itu" tanya pm lebih lanjut. " Dia sudah menghilangkan diri tapi duit untuk bilik dia dah bayar" kata kakak itu lagi.

Di dalam perbualan yang agaka panjang pm diberitahu bahawa dia dan teman lelakinya orang ternama telah check in di hotel malam sebelumnya. Kakak ini adalah seorang janda dan datang ke Kuala Lumpur untuk berhibur dan juga dia tidak menyangka teman lelakinya meninggalkannya di dalam C/house dengan bil makanan yang banyak. " kakak ada saudara mara disini yang dapat membantu " tanya pm. " tak ada" jawabnya ringkas.....

Inilah soal kerja yang harus diselesaikan sedangkan pm pada waktu itu hanya berpangkat pegawai biasa dan bukan Manager. Biasalah ada orang yang bertanggung jawab mencuci tangannya manakala kita memikirkan untuk menyelesaikannya. Hasil dari pengalaman itu kita akan berjaya. " Beginilah kak" kata pm. " Kalau kakak setuju kita pergi ke kedai pajak, kita gadaikan barang kakak untuk sementara waktu untuk selesaikan bil ini. Nanti bila kakak ada duit, kakak datang semula ke Kuala Lumpur kita tebus balik" kata pm lagi. Dia setuju untuk memudahkan kerja.

Pm dan kakak itu pergi kedai pajak jalan pudu menaiki teksi dan kemudian menggadaikan barang kemasnya. Wang diambil mencukupi untuk membayar bil, tambang teksi dan juga tambang bas balik ke Johor. Beberapa bulan kemudian beliau datang menemui pm dengan wajah berseri bersama sebotol minyak wangi. Dia mengajak pm menebus kembali barang kemasnya dan kemudian pulang semula ke Johor.

Kisah ini menunjukkan betapa baiknya ikatan perkahwinan, cinta yang tumbuh dengan sekadar hanya untuk berhibur lebih banyak menimbulkan keburukan. Bagi yang tidak ada suami carilah suami, walaupun nampak buruk dan hodoh serta bodoh maka dia tetaplah suami. Kepada yang ada suami bersyukurlah......bersambung nanti cerita yang kedua...........................


Monday, February 13, 2012

Bicara Tentang Hati

Assalammualaikum..........

Berhari hari sudah hidup pm bagaikan mendayu dayu, kekadang marah datang menggila, kekadang jadi rindu tak  tentu hala. Semuanya menjadi persoalan yang bermakna. Menjadi manusia ini ada banyak cara untuk kita meluahkan perasaan dan berhibur dalam menghadapi perkara perkara yang merunsingkan. Adakalanya kita tidak perlu meluahkan segala galanya kepada kenalan rakan dan taulan.

Kawan kawan akan mengajak kita bertenang, sabar menghadapi dugaan, kawan kawan akan mengajak kita kembali kepada tuhan yang maha kaya. Beruntunglah kita yang memahami soal ugama tapi bagaimanakah mereka mereka yang diluar sana. Jika kita berbicara tentang tuhan, mereka tidak nampak, mereka tidak ada deria rasa. Pernah anda semua berdepan dengan orang yang membunuh diri? Tahukah anda semua betapa sakit dan parahnya jiwa mereka................

Tahun 1983 ketika pm mula bekerja di Bukit Bintang , pertama kali itulah pm melihat seorang lelaki terbaring terlentang dalam keadaan luka ditikam dengan pisau panjang lebih dari 6 in. Lima hari kemudian pula seorang lelaki lain duduk ditebing bangunan tingkat mahu membunuh diri. Hampir setiap hari  ada sahaja detik mencemaskan, ada sahaja pergaduhan melimpahkan darah , tidak termasuk kematian di dalam bilik. Semenjak dari itu dada pm selalu berombak dan terlalu berhati hati......

Bermula dari situasi huru hara itulah pm belajar mendamaikan diri, mengawal lidah dan tutur kata. Namun perasaan yang lemah kekadang kala menjadikan kita takut dan tidak bermaya, lebih lebih lagi dalam bab kematian. Waktu itu semua orang lari, orang berani bercakap pun lari, orang yang suka memberi nasihatpun lari. Yang tinggal adalah kita, diri kita dan kepercayaan kita. Jika yang mati itu dalam keadaan manis, pasti orang tidak berasa takut. Tapi jika mati dalam keadaan menjijikan, busuk, pecah perut............hero juga tumbang.

Bermula dari itu apasalahnya jika pm bernyanyi nyanyi lagu yang menghanyutkan perasaan, melagukan Alquran di malam hari. Pesan arwah abang pm, jika sudah sampai takdirnya Allah , maka pada waktu itu tiadalah jampi tiadalah doa.........

Mungkin diantara ramai ramai blogger ada yang pernah bekerja di wad wad kecemasan, mereka agaknya lebih cemas dari pm.........Pm hanya nak tanya....... yakin tak dengan tidak pernah ada rasa apa apa ?



Layang Layang

Salam hormat


Jalak Lenteng

Salam.........pagi pagi mendengar lagu

Pukul gendang kulit biawak
sedikit tidak berdentum lagi
kemana untung hendak kubawak
sedikit tidak beruntung lagi

Sakit sungguh kena jelatang
sakit tak boleh kubawa mandi
sakit sungguh hidup menumpang
sakit tak boleh kehendak hati.

Sunday, February 12, 2012

KALAU TAK SAMPAI HAJAT DI HATI

Salam.............

Entah kenapa hati ini bagaikan terusik, bagaikan jarum mencucuk di dada, perit dan pedih menghiris jiwa. Bagaikan memerah limau di tangan yang luka. Entah kenapa kasih sayang diuji begitu, kesabaran menjadi celaru. Selagi adanya kata kata, selagi itulah panas membara, selagi itulah jiwa tersiksa.

Entah dimanakah ubatnya, entah dimana penawarnya, entah apakah serapah jampinya , entah apa doa mustajabnya. Disinikah aku berdiri, memandangmu mengintai kholbu, menahan rasa yang kian parah seperti darah bercampur nanah.........

Aduhai masa yang berlalu,  roh dan jasad masih bersatu, hajat dan kehendak masih menunggu, dalam ma'rifat menerjah waktu.

Wahai tuhan seru sekelian alam, tolonglah hambamu yang malang. Kalau patah tolong sambungkan, kalau lemah tolong tegakkan, kalau lesu tolong kuatkan, kalau rindu tolong ubatkan, kalau jemu tolong indahkan, kalau sakit tolong sembuhkan...................................




Saturday, February 11, 2012

Sudah Tiada Belas Ikhsan

Salam.....entah kenapa darah rasa mendidih, pantang terusik sudah mahu melenting. Entah siapa yang mahu dilawannya. Entah kemana hati membawa hajat. Hanyalah di dalam perasaan hati sudah menjadi hitam, manisnya bagai sudah tiada, indahnya juga entah di mana.........

Demi Allah dan Rasul, aku sudah berhabis baik, berhabis sabar, berhabis diam membungkam mulut. Sekarang pula mahu melangkah, langkah nan satu ke kanan, menggerakan kaki kiri kehadapan. Menarikah musuh dari hadapan dan belakang atau mengibas angin di cuping kiri ? Sebenarnya pengkhianat tidak disitu, tidak menampakkan bayang dan gerak tapi menggumpal kebusukan hatinya dengan acara acara kejahatan yang dimurkai tuhan.

Kata orang bijak pandai, akan masuk syurga orang yang mati bersyahadah. Walaupun ia masak dibakar dineraka tetapi ia akan tetap masuk ke syurga. Kata orang bijak pandai, tuhan akan mengampunkan dosa kecuali syirik namun bagaimanakah dosa orang yang berhutang, orang yang melapah kederat saudaranya, orang yang membuat penginiayaan, orang yang menjual ugamanya dengan lidahnya yang busuk........ 

Disana sini orang bercerita tentang tuhan tentang kesabaran tetapi dimanakah hujungnya..............


Menyambut Hari Kekasih

Salam......pagi menjenuk lagi, membuai segala perasaan disanubari. Tapi sebelum itu aku ingin TABIK kepada orang orang terkenal dan ternama, pakcik makcik, tok moh tok moh, kiyai kiyai dengan cerita bodohku yang amat kurang faham ini..............

Pagi, jejari menaipkan surat cinta buat sang kekasih yang jauh dimata.............

Sayang,
Sudah lama kita tidak berjumpa, rindunya abang kepadamu bagai tidak tertahan lagi. Bayanganmu sentiasa jadi ingauan , apatah lagi melalui tempat tempat yang pernah kita duduk bersama. Angin yang berlalu bagaikan membawa keharuman tubuhmu, menyemarakkan cinta yang tidak pernah padam.


Sayang,
Beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kekasih. Hari untuk kita menikmati saat saat indah untuk bersama. Sayang sekali, kejauhan ini menjadi penghalang untuk menyemarakkan cinta itu, apatah lagi membuktikan kebenarannya........


Sayang,  hampir setiap tahun para ulamak membidas perayaan itu. Apakah mereka tidak pernah bercinta ? Apakah mereka tidak pernah muda ? Apakah serban dan purdah menjadi penghalang bukti cinta itu ? Mereka menyatakan bahawa perayaan itu adalah perayaan paderi kristian yang mana kita tidak boleh mengikuti  mereka. Apakah mereka telah lupa bahawa menyambut tahun baru juga adalah perayaan kristian, kenapa mereka terkinja kinja pada malam itu, kenapa ada ucapan "happy new year" Kenapa orang orang ternama berugama Islam sangat sibuk mengira detik 12 malam..... Apakah mereka terlupa tentang perayaan Tahun Baru China. Malam yang menghimpunkan seluruh keluarga untuk makan makan. Adakah kita juga salah untuk makan makan bersama keluarga kita pada malam itu? Begitu juga sayang tentang pesta cahaya yang disebut Deepavali, apakah salah kita memasang lampu lampu sepertinya malam 7 likur dibulan puasa.



Begitulah sayang, betapa rumitnya dunia ini dengan berbagai cerita dan peraturan, berbagai bentuk kekeliruan.   Banyak perkara dipersalahkan sedangkan Islam itu adil dan harmoni, Islam itu cantik dan cerdik, Islam itu benar dan bukannya pelik. 

Sayangku, wanita wanita islam di Pakistan bertundung panjang, wanita wanita di China bertopi, manakala tangan tangan mereka bersarung menutup aurat. Ada juga memakai gaun separas betis dan bersetokin panjang. Dimanakah salahnya............?



Sayang,
Di malam menyambut hari kekasih itu , marilah kita berjumpa dan berhibur selagi ianya tidak menjadi najis dan haram. Semuga percintaan ini sentiasa berpanjangan


Friday, February 10, 2012

DUDUKLAH ASRAMA

Salam...........sekembali dari bercuti, esoknya pm menghantar anak mendaftar ke sekolah teknik. Perjalanan waktu pagi yang agak kurang selesa kerana semalamnya tidak cukup rehat. Ada anak anak yang demam , pening dan muntah akibat dari bertukar cuaca.

Sampai disekolah agak lewat setelah melalui jalan jalan yang jem serta dibebankan dengan tol tol tol tol tol...Selepas mendaftar kenalah bayar duit pibglah , majalah sekolah lah yang tidak ketahuan mana kena mengenanya termasuklah insuran yang entah dapat entahkan tidak... hanya Allah sahaja maha mengetahui. Setelah itu berpindah ke kedai koperasi sekolah membeli peralatan.... bum bam bum bam RM 235/-. Sesudah cakap cakap dan tenguk tenguk rupa rupanya sekolah tu tidak pakai uniform hijau. Mereka gunakan baju koprat yang bernilai koprat juga ...tak cukuplah satu dan kena beli kurang kurangpun  dua. Hari jumaat lain, t shirt sekolah dan t shirt kerja keras pun lain. Kena pakai seluar hitam dan kasut hitam, cadar merun, samping merun dan juga ada baju batik. Sampai di asrama seperti biasalah bayar duit makan RM 230/- dan tidak termasuk umtuk singgah di koperasi asrama pulak.............................
Apapun pm bayar cuma agak penat untuk mencari seluar hitam. Pergi ke kedai uniform tak jumpa seluar hitam, redah tesco, giant, jusco baru jumpa yang paling termurah RM 30/-... Yang lain lain RM 40- keatas ....belilah 2 helai buat sementara waktu..............

Kalau kita bercakap dengan orang lain , mereka akan kata biasalah tu...Pm ingat... mau seribu jugak bila ada tokok tambah tak termasuk makan minum pergi dan balik.....Anak pm yang pertama dulu malas jugak dan asyik mengadap tv, bila masuk asrama barulah jadi orang, sebab itu adiknya yang last sekali pm hantar ke asrama...


inilah anak bujang pm


Thursday, February 9, 2012

Jembalang Tanah

Salam.........


Inilah gambar belukar yang lansung tidak kena mengena dengan cerita pm...ah... buang masa aja......
Tapi beberapa malam kelmarin adalah budak kecik kena sampuk......entah betul atau tidak kerana mata kita manalah nampak jembalang tu hensem atau tidak..............

Alkisah jiran pm tu memang bagus orangnya. Suami isteri rajin berniaga burger waktu malam dan boleh dikatakan selalu sejahtera kerana banyak sangat budak budak memberi salam dan tidaklah seperti kita yang selalu duduk di rumah sahaja. Kelmarin juga sebaik sahaja pm mahu keluar rumah, pm telah terserempak dengan suaminya. Suaminya menceritakan kepada pm bahawa isterinya tiada di rumah kerana menemani adiknya yang sakit di rumah keluarga mereka.

Menurut kata jiran pm itu bahawa adik iparnya sakit seperti orang gila dan kadang kala tidak mahu berpakaian. Sudahpun banyak berubat tetapi masih belum sembuh. Baru baru ini mereka pergi berubat ke puchong , Selangor dan dapat mendapat rawatan secara islam dari seorang pengamal perubatan bergelar ustaz. Menurut katanya lagi ustaz itu dan isterinya sama sama pandai mengubat dan menggunakan ayat suci alquran. Pm amat tertarik dengan cerita itu..................

Di dalam sesi perubtan itu ustaz itu menyatakan bahawa adik jiran pm telah terkena perbuatan suaminya sendiri. Bila pm tanya kenapa suami si perempuan menyihir isterinya sendiri padahal dia kelihatan begitu berusaha mengusung isterinya kesana kesini dengan kos yang tinggi untuk berubat , jiran pm menjawab mungkin si suami hanya mahu berwayang di depan keluarga. Tambahnya lagi si ustaz sendiri tidak tahu pula apakah tujuan si suami mangsa itu 

Pm amat tertarik di atas persembahan ini. Inilah persembahan dunia dan kita sebagai manusia wajib kembali ke pangkal jalan................... Pm nampak ustaz ini tidak amanah dalam kerja kerjanya. Menguruskan orang sakit seperti ini samalah seperti menguruskan mayat. Pengamal perubatan harus merahsiakan keburukan itu dan mengambil langkah HANYA melakukan perubatan sahaja. Keburukan itu jika disebarkan akan menambahkan lagi buruknya keadaan dan jika perkara ini tidak benar ianya akan menjadi satu fitnah dan memecah belah keluarga orang. Adalah menjadi sesuatu yang mustahil jika sang suami sanggup berhabis wang untuk mengubati isteri serta pergi kesana sini dan dalam masa yang sama beliau menyihir isterinya menjadi gila kecuali sang suami itu mahu menjadi hero yang mahu mencari lawan. Sang ustaz yang menjadi tukang ubat harus menyelidiki dengan mendalam sebelum berkata apa apa. Sebaiknya sahaja sang ustaz mengembalikan keharmonian dan keamanan keluarga yang bermasaalah itu.

Ambillah iktibar di dalam cerita ini, jangan ambil tahu siapa yang menyihir kita dan terus menjalani perubatan sehingga sembuh. Kata kata tok bomoh, ustaz ustaz tentang perkara ini selalunya tidak benar sebaliknya ianya semakin dikelirukan oleh syaitan. Mohon ampunlah kepada Allah dan juga mohon ampun dosa orang yang mengkhianati kita, mudah mudah mudahan Alah akan memberi pertunjuk...................

Terlalu sukar untuk mendapat pertunjuk dari langit untuk mendapat cerita yang sebenar tetapi terlalu mudah untuk mendapat berita dari jin dan syaitan yang berada di muka bumi ini.........Merekalah penyamar menyamar yang menjadi datok datok, pendita , panglima dan puteri juga wali wali .Merekalah aku akuan yang tidak dapat menembusi langit untuk mengetahui berita ghaib............kecuali agak agak dan pembohongan................

"Wahai Bani Adam, janganlah syaitan menggoda kamu sebagaimana ia mengeluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk memperlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka." (7:27)

Wednesday, February 1, 2012

Cop Biru

Salam...selamat pagi...........dah beberapa hari tak n3, sibuk ke hulu ke hilir. FB adalah bukak dan masukkan beberapa gambar perjalanan..

Ceritanya pada 22hb januari, anak lelaki pm baru balik dari Melaka. Hari itu dia berkesempatan membuka laman web bersangkutan adiknya yang memohon ke Sekolah Menengah Teknik . Permohonan telah dibuat pada tahun lalu dan sehingga 19 disember itu kami tidak dapat berita apa apa. Memandangkan dia ini tidak pernah lulus, kami menganggap dia tidak dapat lansung........ Apabila laman web dibuka kami mendapati, dia ni sudah mendapat tawaran masuk ke sekolah tersebut dengan tawaran asrama sekali. Akan tetapi tarikh pendaftaran adalah 9hb Januari 2012 . Cuti tahun Baru Cina telah menghalang pm menghubungi pihak sekolah dan pm hanya dapat menghubungi pihak sekolah pada 25hb. Tukang jawab disana memaklumkan bahawa tawaran telah ditutup dan kemasukan untuk kali ke dua pada 17hb Januari juga telah penuh. Tidak ada juga tempat untuk anak pm di asrama.....dan tidak akan diterima rayuan.  Inilah dikatakan mangsa  ciber...Sesiapa yang menunggu surat sampai , lupakanlah.....Pm ceritakan kisah ini kepada blogger Angah dan sedikit di dalam FB kak cik...agaknya, pm dah lupa.....

Pm minta tolong kepada anak saudara pm yang pernah bersekolah disitu, manalah tahu ada kenal kenal cikgu sebagai langkah kabel pertama. Jawapannya, cikgu pun tidak boleh tolong. Abislah..................anak pm akan tetap duduk rumah menjaga kucingnya dan handphone akan melekat di tangan 24 jam.

Kemudian pm talipon kawan lama kat Putrajaya dan dia suruh datang. Hari Khamis 26hb, pm pun memanjat Putrajaya dan bagi satu cop biru tanda perkenalan untuk orang bodoh macam pm ni. Hari Isnin 30hb, dengan kertas cop warna biru itu, pm bawa ke sekolah teknik berkenaan. Kali ini pm dapati pihak sekolah begitu berusaha menolong pm dan terima kasihlah kepada pengetua dan cikgu cikgunya. 31hb pm dapat panggilan talipon menyatakan " anak encik boleh dibawa datang"

Di dalam hal ini, susah hendak diperkatakan.Sebenarnya diluar sana ada lebih banyak lagi orang yang susah menjadi mangsa keadaan. Mereka orang kampung yang tidak tahu apa patut dibuat, mereka tidak tahu tentang keputusan permohonan anak anak mereka yang telah sedia ada di dalam laman web. Cikgu cikgu sekolah juga mendapat kejutan ini dan menerima tekanan kerana kemasukan pelajar disaat saat akhir penuh saingan. Biar apapun, Malaysia masih belum berubah, orang melayu masih berpaut kepada tiang besar untuk hidup....pm terpaksa gunakan langkah terakhir itu yang bernama Cop Biru Berjenama...............


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...