Followers

Tuesday, February 14, 2012

Cinta Bermusim

Salam...............
Bukan semua pelajaran datang dari buku tetapi menerusi pengalaman kita akan tambah dewasa. Dalam kisah hidup ini ada banyak cerita yang boleh kita kongsikan bersama........

(1)

Pagi itu pm dapat pangggilan talipon dari meja pendaftran hotel, katanya seorang pelanggan wanita tidak dapat membayar bil makanan kerana tidak cukup duit. Pm pun bergegas kesana untuk mengetahui hal yang lebih lanjut. Seorang wanita yang sudah agak berumur kelihatan disana. " Dari mana kak " pm bertanya. " Saya dari Johor Baharu " katanya. " Kenapa kakak tak boleh bayar bil ini " tanya pm lagi. " Saya tidak ada duit , sebenarnya saya datang berdua check in semalam " katanya. Dimana orang itu" tanya pm lebih lanjut. " Dia sudah menghilangkan diri tapi duit untuk bilik dia dah bayar" kata kakak itu lagi.

Di dalam perbualan yang agaka panjang pm diberitahu bahawa dia dan teman lelakinya orang ternama telah check in di hotel malam sebelumnya. Kakak ini adalah seorang janda dan datang ke Kuala Lumpur untuk berhibur dan juga dia tidak menyangka teman lelakinya meninggalkannya di dalam C/house dengan bil makanan yang banyak. " kakak ada saudara mara disini yang dapat membantu " tanya pm. " tak ada" jawabnya ringkas.....

Inilah soal kerja yang harus diselesaikan sedangkan pm pada waktu itu hanya berpangkat pegawai biasa dan bukan Manager. Biasalah ada orang yang bertanggung jawab mencuci tangannya manakala kita memikirkan untuk menyelesaikannya. Hasil dari pengalaman itu kita akan berjaya. " Beginilah kak" kata pm. " Kalau kakak setuju kita pergi ke kedai pajak, kita gadaikan barang kakak untuk sementara waktu untuk selesaikan bil ini. Nanti bila kakak ada duit, kakak datang semula ke Kuala Lumpur kita tebus balik" kata pm lagi. Dia setuju untuk memudahkan kerja.

Pm dan kakak itu pergi kedai pajak jalan pudu menaiki teksi dan kemudian menggadaikan barang kemasnya. Wang diambil mencukupi untuk membayar bil, tambang teksi dan juga tambang bas balik ke Johor. Beberapa bulan kemudian beliau datang menemui pm dengan wajah berseri bersama sebotol minyak wangi. Dia mengajak pm menebus kembali barang kemasnya dan kemudian pulang semula ke Johor.

Kisah ini menunjukkan betapa baiknya ikatan perkahwinan, cinta yang tumbuh dengan sekadar hanya untuk berhibur lebih banyak menimbulkan keburukan. Bagi yang tidak ada suami carilah suami, walaupun nampak buruk dan hodoh serta bodoh maka dia tetaplah suami. Kepada yang ada suami bersyukurlah......bersambung nanti cerita yang kedua...........................


5 comments:

Marina Monroe said...

Salam,


Saya sokong 101% dgn kata2 Pm:

Bagi yang tidak ada suami cari lah...
Kepada yang ada suami bersyukurlah.....

-gedek! said...

mujur wanita tu berurusan dengan PM...

PM menangani masalah dengan berhemah.

kesian pada wanita itu dari berbagai sudut....

Panglima Muda said...

begitulah sebahagian kisah hidup

Nong Andy said...

o..... sy baca dari n3 terbaru, kendian baru n3 ni.. mcm tu rupanya citernya :)

*Slalu lupa nak bersyukur ada somi. asik ingat.. "kalaulah somi aku kaya.. alangkah baiknya, x payah aku nak keja susah2.." Tapi benarkah kalau somi kaya aku bahagia? ha...!

Panglima Muda said...

kalau suami kaya memang bahagia, kita boleh main mahjong