Followers

Wednesday, February 1, 2012

Cop Biru

Salam...selamat pagi...........dah beberapa hari tak n3, sibuk ke hulu ke hilir. FB adalah bukak dan masukkan beberapa gambar perjalanan..

Ceritanya pada 22hb januari, anak lelaki pm baru balik dari Melaka. Hari itu dia berkesempatan membuka laman web bersangkutan adiknya yang memohon ke Sekolah Menengah Teknik . Permohonan telah dibuat pada tahun lalu dan sehingga 19 disember itu kami tidak dapat berita apa apa. Memandangkan dia ini tidak pernah lulus, kami menganggap dia tidak dapat lansung........ Apabila laman web dibuka kami mendapati, dia ni sudah mendapat tawaran masuk ke sekolah tersebut dengan tawaran asrama sekali. Akan tetapi tarikh pendaftaran adalah 9hb Januari 2012 . Cuti tahun Baru Cina telah menghalang pm menghubungi pihak sekolah dan pm hanya dapat menghubungi pihak sekolah pada 25hb. Tukang jawab disana memaklumkan bahawa tawaran telah ditutup dan kemasukan untuk kali ke dua pada 17hb Januari juga telah penuh. Tidak ada juga tempat untuk anak pm di asrama.....dan tidak akan diterima rayuan.  Inilah dikatakan mangsa  ciber...Sesiapa yang menunggu surat sampai , lupakanlah.....Pm ceritakan kisah ini kepada blogger Angah dan sedikit di dalam FB kak cik...agaknya, pm dah lupa.....

Pm minta tolong kepada anak saudara pm yang pernah bersekolah disitu, manalah tahu ada kenal kenal cikgu sebagai langkah kabel pertama. Jawapannya, cikgu pun tidak boleh tolong. Abislah..................anak pm akan tetap duduk rumah menjaga kucingnya dan handphone akan melekat di tangan 24 jam.

Kemudian pm talipon kawan lama kat Putrajaya dan dia suruh datang. Hari Khamis 26hb, pm pun memanjat Putrajaya dan bagi satu cop biru tanda perkenalan untuk orang bodoh macam pm ni. Hari Isnin 30hb, dengan kertas cop warna biru itu, pm bawa ke sekolah teknik berkenaan. Kali ini pm dapati pihak sekolah begitu berusaha menolong pm dan terima kasihlah kepada pengetua dan cikgu cikgunya. 31hb pm dapat panggilan talipon menyatakan " anak encik boleh dibawa datang"

Di dalam hal ini, susah hendak diperkatakan.Sebenarnya diluar sana ada lebih banyak lagi orang yang susah menjadi mangsa keadaan. Mereka orang kampung yang tidak tahu apa patut dibuat, mereka tidak tahu tentang keputusan permohonan anak anak mereka yang telah sedia ada di dalam laman web. Cikgu cikgu sekolah juga mendapat kejutan ini dan menerima tekanan kerana kemasukan pelajar disaat saat akhir penuh saingan. Biar apapun, Malaysia masih belum berubah, orang melayu masih berpaut kepada tiang besar untuk hidup....pm terpaksa gunakan langkah terakhir itu yang bernama Cop Biru Berjenama...............


7 comments:

[PCL] said...

owh..bole guna lg kabel2 proxy nih ye, bertuah badan jika ada kenalan berjenama.

Panglima Muda said...

pakcik...saya ikut jalan banting ke sekolah tu

atuk said...

Assalamualaikum PM

kita kat bandar ni rasa bertuah juga

saya bayangkan kalau kat kampung
tak ada internet
terpaksa pergi CC
kira jam pula..
line merangkak-rangkak pula

Panglima Muda said...

betul tok...

Mieza said...

Assalamualaikum PM,
Semenjak di sini sudah terpaksa jadi 'survivor' tanpa harapkan sesiapa cuma Allah s.w.t.

Rasa takut untuk balik ke tanah air untuk menghadapi semua itu.

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Apapun dengan keizinan Allah juga .. tahniah kpd anak

Panglima Muda said...

alhamdulillah, berkat kesabaran dan kepercayaan kepada tuhan