Followers

Tuesday, February 28, 2012

Lelaki Pasangan Hebat

Salam,
Di dalam dunia ini ada bermacam macam ragam manusia dan dikalangan bangsa kita yang selalu disebut orang sebagai bangsa berbudi pekerti mulia ini juga begitu juga. Mereka adalah :

1. Orang Yang Selalu Hilang IC
Orangni hilang ic bukan sekali tetapi berkali kali. Mungkin dia dilahirkan jenis pelupa atau dia ada penyakit sindrom kurang keupayaan diri. Dia memang jenis susah mahu bertanggung jawab. Suka hatilah kalau ada perempuan suka hendak menjadikannnya suami... 

2. Orang Yang Suka Berhenti Kerja.
Bertahun tahun umurnya, kalau boleh sampai ratusan tahun. Dia tidak pernah kekal bekerja. Semua tempat kerja tidak bagus. Dia sahaja yang paling bagus.  Semua tempat kerja gaji kecik katanya, macamlah dia belajar tinggi. Lagi satu dia buat tempat kerja itu macam syarikat itu bapak dia yang punya. Sape sape nak buat laki orang yang jenis macam ni, kena tahan saboo sebab dia buat kerja tak pernah yang habis.

3.Orang Yang Suka Berlaki
Cita rasa macam orang yang suka menukar bini. Tapi dia ni, suka tenguk laki orang dan tak suka laki sendiri. Apa yang laki dia bagi tak pernah cukup dan nampak. Apa yang laki orang bagi kat bini dia orang, dia nampak. Ada laki pula hendak dibuangnya dan sibuk pulak mengendeng laki orang. Laki orang bagus sahaja pada pandangannya dan kalau boleh dia nak suruh laki dia buat macam laki orang tu. Sape sape yang dapat bini seperti ini kena beriktiar bagi bini tu saingan. Dengan adanya saingan itu bini anda akan bertambah cerdik atau terus bodoh cam tu ajalah................

gambar hiasan

3 comments:

Kakzakie said...

Membuka minda kakak baca N3 ini - itulah PM ragam manusia. Tak mahulah masuk kategori itu ye...

Panglima Muda said...

gambar ini lagi menakutkan

Nong Andy said...

yang nombor 2 tu aku sudah jumpa!! dia kawin dgn org yg aku sayang dan sungguh aku rasa nak suruh isterinya itu ceraikan saja lakinya itu!!!

Semua ckp org salah.. cakap dia sajalah yg betul!!

apakan daya sudah jodohnya barangkali..