Saturday, February 11, 2012

Menyambut Hari Kekasih

Salam......pagi menjenuk lagi, membuai segala perasaan disanubari. Tapi sebelum itu aku ingin TABIK kepada orang orang terkenal dan ternama, pakcik makcik, tok moh tok moh, kiyai kiyai dengan cerita bodohku yang amat kurang faham ini..............

Pagi, jejari menaipkan surat cinta buat sang kekasih yang jauh dimata.............

Sayang,
Sudah lama kita tidak berjumpa, rindunya abang kepadamu bagai tidak tertahan lagi. Bayanganmu sentiasa jadi ingauan , apatah lagi melalui tempat tempat yang pernah kita duduk bersama. Angin yang berlalu bagaikan membawa keharuman tubuhmu, menyemarakkan cinta yang tidak pernah padam.


Sayang,
Beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kekasih. Hari untuk kita menikmati saat saat indah untuk bersama. Sayang sekali, kejauhan ini menjadi penghalang untuk menyemarakkan cinta itu, apatah lagi membuktikan kebenarannya........


Sayang,  hampir setiap tahun para ulamak membidas perayaan itu. Apakah mereka tidak pernah bercinta ? Apakah mereka tidak pernah muda ? Apakah serban dan purdah menjadi penghalang bukti cinta itu ? Mereka menyatakan bahawa perayaan itu adalah perayaan paderi kristian yang mana kita tidak boleh mengikuti  mereka. Apakah mereka telah lupa bahawa menyambut tahun baru juga adalah perayaan kristian, kenapa mereka terkinja kinja pada malam itu, kenapa ada ucapan "happy new year" Kenapa orang orang ternama berugama Islam sangat sibuk mengira detik 12 malam..... Apakah mereka terlupa tentang perayaan Tahun Baru China. Malam yang menghimpunkan seluruh keluarga untuk makan makan. Adakah kita juga salah untuk makan makan bersama keluarga kita pada malam itu? Begitu juga sayang tentang pesta cahaya yang disebut Deepavali, apakah salah kita memasang lampu lampu sepertinya malam 7 likur dibulan puasa.



Begitulah sayang, betapa rumitnya dunia ini dengan berbagai cerita dan peraturan, berbagai bentuk kekeliruan.   Banyak perkara dipersalahkan sedangkan Islam itu adil dan harmoni, Islam itu cantik dan cerdik, Islam itu benar dan bukannya pelik. 

Sayangku, wanita wanita islam di Pakistan bertundung panjang, wanita wanita di China bertopi, manakala tangan tangan mereka bersarung menutup aurat. Ada juga memakai gaun separas betis dan bersetokin panjang. Dimanakah salahnya............?



Sayang,
Di malam menyambut hari kekasih itu , marilah kita berjumpa dan berhibur selagi ianya tidak menjadi najis dan haram. Semuga percintaan ini sentiasa berpanjangan


4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum PM

acap kali ustaz2 di masjid/surau memberi tazkirah dlm bab ini, tapi yg mendengar hanyalah insan yg sudah lanjut usianya.

apalah sudi kiranya wahai menteri penerangan, memberi ruang kpd mereka yg ada ilmu dan kerana Allah untuk menerangkannya bab ini dlm tv

contoh mandi syafar, telah lenyap, kerana penyiaran yg kerap di tv

maszull said...

assalamualaikum PM...ntah la tak tahu la mama nak ckp mcm mana ek...tapi dgr citekan nak diadakan hari suami isteri menggantikan hari kekasih tu yer ke...

Mieza said...

Assalamualaikum PM,

Alhamdullilah
Rai kekasih tersayang
bagai puteri di taman terlarang

Semoga Allah memberkati dan merahmati PM dan isteri, sentiasa.

perjalanan pulang said...

subhanallah, saya menemui jawapan yang baik. Saya sendiri tidak menyokong hari kekasih itu kerana ianya banyak membawa keburukan. Ianya akan menjadi haram dan najis. Pengaruh masyarakat setempat boleh membena peraturan sepertinya kempen membuang sampah. Sesuatu yang sukar dilakukan walaupun usia sudah lanjut. Namun apabila semua sudah sepakat ianya menjadi gotong royong. Begitulah pencegahan berlakunya maksiat boleh dilakukan oleh masyarakat setempat kecuali mereka tidak ambil perduli atau lebih memberi galakan.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...