Followers

Thursday, March 1, 2012

Kembali Kepada Sang Pencipta

Salam,

Hari Selasa yang lalu sewaktu sesi taklimat pekerja asing, pm terima panggilan talipon dari abang pm menyatakan bahawa sepupu kami iaitu anak kepada bapa saudara telah meninggal dunia. Arwah berumur dalam anggaran 58 tahun meninggal dunia pada jam 2.30 petang dimana pm mendapat tahu hanya pada jam 4.00 petang.


Dengan bantuan salah seorang pekerja pm, kami menaiki motor kesana iaitu dalam keadaan trafik "jem" di petang hari. Kami sampai di rumah arwah jam 5.00 petang dan pada ketika itu tidak ramai orang berada berdekatan jenazah. Adik beradik arwah waktu itu masih tidak kelihatan dan yang hanya ada ialah beberapa orang ahli keluarga isteri dan jiran terdekat.


Sudah lama pm tidak bertemu dengan beliau kerana kami semua sewaktu bujangnya keluar merantau, berumah tangga di lain negeri dan jarang pula balik ke kampung. Anak anak beliau sudahpun besar panjang dan saling tidak mengenali. Hanya isteri beliau yang mengenal pm pada petang itu...............

Begini keadaan hidup orang zaman ini yang jarang berjumpa sesama sendiri dan nasib nasiblah kalau bertemu di saat saat kematian. Tidak perlu mengulas sebab musababnya kerana peninggalan ini tidak bererti lagi. Di saat saat itu juga pm menyedari betapa sukarnya menghubungi sanak saudara yang lain dimana ada yang tinggal jauh, ada yang sudah menukar no talipon. Apa yang berlaku ianya menjadi pelajaran dan peringatan kepada kita semua yang masih hidup ini..........Alfatihah

6 comments:

[PCL] said...

la ni pesbuk ada, update la selalu dgn kengkawan lama, kalau tak dgn emakbapak dgn anak2 nya, pasti ada link seterusnya.

Marina Monroe said...

Assalam,

Alfatihah dan takziah utk keluarga

mamaijat said...

.....Salam.....
Al Fatihah...semuga aruah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman..
Insyaallah,amin.

atuk said...

Assalamualaikum PM

Al Fatihah

maszull said...

assalamualaikum...al-fatihah..:)

Panglima Muda said...

Salam , terima kasih semua....