Saturday, March 31, 2012

Menepuk Air Di Dulang

Salam..............,

Sudah lama rasanya tidak melibatkan diri dengan kerja yang bukan bukan. Sudah lama juga tidak berkata sombong sebab ugama kita tidak mengajar kita begitu. Namun di sebalik kehidupan hari ini masih ada lagi idea idea yang bodoh yang masih juga diikuti okeh jenerasi muda.

Semalam seorang 'anak' dari tingkatan 4 mengadu bahawa dia telah dibaling dengan batu dan dipukul dengan paip oleh budak budak se taman kami. Kesalahannya cuma membawa motor dengan bunyi yang bising dan bermuka yang kurang menyenangkan. Saya kemudiannya menyuruh anak saya mengikuti perkembangan itu dimana mereka semua telah mengadakan perjumpaan bagi menyelesaikan masalah. Namun masalah tidak selesai dengan mudahnya kerana ada pula budakl lain yang masih tidak puas hati dimana mengugut akan memabawa geng 3 line mereka. Sebagai orang tua saya tidak mencampuri urusan mereka, kerana bimbang adalah pula orang tua lain menjadi budak budak dengan cerita mengarut ini.

Saya fikir di zaman ini kita tidak perlu semua ini, kembalilah kita kepada pergerakan persatuan yang bersih dari gengstar. Kita kembali kepada matlamat asal dan mendidik anak anak supaya bermuafakat dan tidak berpecah belah.

Di dalam hal ini saya memberi prinsip kepada anak anak " aku tidak kenal kau siapa, kau tidak kenal aku siapa dan aku juga tidak mahu tahu kau siapa". Mudah sangat kata kata itu yang mana sedikitpun tidak melambangkan persahabatan tetapi memadai untuk memberi faham kepada orang bangang.

Di zaman yang kita tinggalkan dahulu kita tidak perlukan kawan kawan dalam urusan seperti ini kecualilah soal fardu kifayah. Kita tidak diajar melarikan diri atau bergantung kepada orang lain untuk hidup. Janganlah berani kerana berada dalam jumlah yang ramai tetapi takut bila sendirian. Jangan juga merosak sesama sendiri sesama bangsa........

Kekadang pula perangai tidak elok anak anak adalah acuan dari dari perangai emak bapak. Kalau anaknya samseng tidak menghormati orang tua, tidak tahu adat, tidak tahu menjalinkan keharmonian adalah kerana perangai emak bapaknya memang begitu. Mudah mudahan, ibubapa zaman ini akan lebih bertamadun dan melupakan adat istiadat zoo  itu.


Diakhir kata suka saya berpesan pesan supaya kita mendidik anak dengan dengan ibu jari sebagai penunjuk dan janganlah sekali kali menggunakan jari telunjuk. Wallahualam.

 gambar haisan




7 comments:

Telor Power said...

itulah manusia begitu ego dan angkuh bila bersama dalam kumpulan hingga lupakan tata susila dan hormat pada sesama manusia...

dan yg penting sekali mereka bukan sahaja angkuh dengan manusia malah angkuh juga pada penciptaNya.

(sekadar beri pandangan)

Percaya said...

so kesudahan nya?

perjalanan pulang said...

ada yang nak kena pelempang ni

PCL said...

apasal nk bawa geng plak...takut ke, Pm sorang2 pun bole lawan..gamak tak lepas ajak sekali pCl..haha, cmna esok bole jmpa tak kat BBB.

maszull said...

assalamualaikum PM...moga kita semua akan sentiasa menjadi ibubapa yg berhemah ye...:)

Nong Andy said...

nice n3

azieazah said...

Bila perasan kuat, begitulah. Bila dah sakit, lemah baru nak insaf. Itu pun kalu sedar.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...