Followers

Monday, March 5, 2012

Sebilah Keris Terbang

Salam........suatu hari teringin sangat di hati pm untuk memilik sebilah keris sakti. Tapi di mana gerangan dapat dicari, dapatkah kita cari di mana mana kedai dobi atau  di kedai mamak menjual roti...... Adapun keris itu bukanlah untuk apa, sekadar sebagai teman dalam perjalanan, sebagai teman buat berubat, sebagai teman penglipur lara, sebagai keris tidak bernama.


Akhirnya pm bertemu jugalah keris idaman, di pasar seni tempat simpanan tapi dia tidak boleh terbang sepertinya pembohongan cerita cerita melayu, walaupun diasap bertalu talu...........Maka tertulislah di sana kalimah Allah Sang Pencipta


Kekadang hati hendak bertanya, apakah guna keris ini kalau kita tidak tahu permainannya. Perlukah dibalut kain kuning dan merah bagi menambah kehebatannya............tanyalah nanti orang yang arif, pm hanya menunggu keris ini terbang....terbang tinggi tinggi macam difilemkan.....................

10 comments:

Marina Monroe said...

Salam,

Nak keris terbang? Kena cari khadamnya maka keris akan berdiri, bergegar dan mungkin akan terbang.
Untuk aper PM? Khadam pun perlu makan, jadi kerja nak 'bela' khadam tuh..dipakaikan pakaian utk nya kain kuning atau merah ikut kehendak khadam tuh..
Takut jadi syirik bila memuja dan menyanyangi nya lebih2..

Tak yah lah, Simpan ajer keris tanpa khadam, memang keris adalah senjata warisan melayu.

saya pernah lihat keris berdiri tapi keris tuh bersandar kat dindinglah..hehehehehehe

Kakzakie said...

Kakak nak cerita zaman kakak masih kecik benar. Jiran kakak tu guru silat tau PM. Rumah dia ada keris - tapi taklah terbang. Namun jujur depan mata kakak keris itu ada di asap kemenyan, dilulur limau macam mandi. Bila dah siap dia balut kain putih bukan kuning. Lepas tu kami (ramai-ramai masa tu) lihat keris itu berkotak-katik dlm sarungnya. Wak itu kata jangan takut tak ada apa. Tapi kami sejak tu takut nak main di situ sebab pada kami keris itu ada hantu. Kelakar bila ingat....

Panglima Muda said...

sengaja saya tulis benda mengarut ni, bila sebut pasal ugama orang tak minat, saya bagilah tajuk keris terbang...orang melayukan suka benda pelik pelik ni....kadam pulak sekarang dah pandai demand upah oii

c'axoera ヅ said...

haiissshhhh mesti ada ilmu itam ni hehe

Panglima Muda said...

tak de lah....kita orang baik baik, dah tua dah....tak kuasa nak merapu

atuk said...

Assalamualaikum PM

dah ada keris
boleh menurun ilmu Hang Tuah he he

Queenie said...

Salam PM...

setuju ngan tulisan Kak Marina tu...

tp sesekali merapu best jugakkan PM?
serius sangat pun boleh stress. Tu memang keris PM ker? Watper beli? sebab taktau mana punca dan asal usulnya kan? kot-kotlah mintak bertuan...heh heh.

maszull said...

assalamualaikum PM...wah takut dengarkan tapi kalau ada betul2 mcm mana ek...:)

Panglima Muda said...

keris tu saya beli setelah kena perli dengan kawan berbangsa pertugis dari melaka. Dia cakap" apalah orang melayu ni tak ada keris" Ya tak ya jugak, orang melayu takkan nak tunjuk pistol. Lagi satu dalam bab bab perubtan melayu kalau tak ada keris , memang tak sah. Macam pengantin lelaki pakai tu....apa kata kita tukar kepada lesong batu...hebat tak ?

filemmelayu said...

sye ade keris trbang tpi x tau ap ke gunaanye.., keris sye punye da 10 keturunan skrng jtu kt tngan sye..