Monday, March 26, 2012

Suratku Untukmu

Salam............sepucuk surat telah dituliskan semalam, namun hari ini helaiannya masih terbentang luas. Siapakah nanti akan memperdulikannya............

Sayang,
Ketika usia emak semakin ke penghujungnya, emak terlalu menderita sakit kaki. Emak sering pergi ke klinik di Kuala Kubu Baru untuk mendapat rawatan. Emak tidak pernah minta anak datang memicit kakinya dan hanyalah memadai membelikan minyak urat untuk kakinya. Ketikanya emak di dalam hospital, emak telah berpesan bahawa di hari kematiannya memadailah memandi mayatnya di atas kerusi malas. Tidaklah perlu anak anak menolak tempat mandian jenazah dari masjid ke rumah, tidak perlu batang pasang atau peha anak anak jadi pengalas. Ketika menjagai emak di Hospital Besar KL, emak selalu mengangkat tangannya sebagai tanda menyuruh anak anak yang menjaganya balik ke rumah, balik menguruskan tanggung jawab masing masing. Waktu itu emak sudah tidak boleh berkata kata, dia mahu mati sendirian tanpa teman.

Sayang,
Waktu arwah abang lan dalam kesakitan, isterinyalah menemaninya.Derita batin isterinya tidaklah kita ketahui. Arwah abang mengidap sakit kencing manis, ada bisul besar tumbuh di belakang tubuhnya. Bagaimanakah dia dapat menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang suami. Bagaimanakah sakit bisul yang membengkak, bagaimanakah kesangggupan anak anak dan isterinya menunggu disebelah. Kini setelah abang Lan meninggal, isterinya pula telah benikah lain.....jawapannya ada disana...........

Sayang,
Setelah menghidapi penyakit kencing manis berbulan bulan, abang mulai merasai kekurangan diri abang. Badan abang telah menurun, kelihatan muka semakin cengkung, berat badan juga turun, selera makan tidak menentu, bisul tumbuh berkerap kali, badan rasa tidak seimbang. Abang sering pening kepala, fikiran penuh dengan entah apa apa yang difikirkan. 

Sayang,
Nasihat yang banyak diterima bukanlah ubat penghibur hati, makan ubat yang banyak bukanlah juga penyembuh kepada kematian. Kini apa yang emak rasa dan abang Lan rasa telahpun abang lalui dan perasaan seperti itu lebih banyak mengingatkan kepada kematian. Abang telah berpesan pesan pada adik tentang duit khirat kematian, abang tidak mahu keluarga dan anak anak bersusah susah payah membuat pengurusan. Segala dokumen dokumen peribadi yang ada, nanti akan abang kumpulkan di satu tempat sepertinya yang pernah arwah atuk buat sebelum ini. Sakit pening adalah adat kepada kehidupan sedangkan kehidupan itu bertunang dengan  kematian. Abang pernah berkata kepada diri abang, bahawa abang harus bersedia............................


6 comments:

maszull said...

assalamualaikum PM...wah sungguh mendlm maksudnya harap kita semua akan sentiasa bersediakan...:)

Kakzakie Purvit said...

Tiba-tiba hati kakak bagai dirobek... memang semua kita bertunang dgn kematian tapi kalau boleh biarlah dipermudahkan segalanya...

mamaijat said...

....telah di tetapkan..kematian pasti datang...tidak akan terlewat mahupun tercepat walau sesaat jua...

....dan kita semua pasti melaluinya...tiada yang terkecuali...

azieazah said...

Abang DIN, bagus kita sering mengingati mati.

Tetapi tanggungjawab kita sebagai manusia ni, masih banyak yang perlu dilaksanakan.

Terimakasih, entri ini sungguh menginsafkan.

Moga Abg DIN diberikan kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Aminnnnn

perjalanan pulang said...

terima kasih diatas sokongan

Anonymous said...

Tunang kematian ..wah perkataan yang bagus..entri yang insaf..
semoga Allah permudahkan jalan kita

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...