Followers

Sunday, April 29, 2012

BERSIH ... SEMALAM

Salam........Hari Bersih semalam menyebabkan pm membuat persedian awal, almaklumlah berdekatan bangunan pas



Pagi pagi masih ada bas pelancong dan pm sangat berharap pelancong yang meninap di hotel kami keluar dengan selamat


Namun pada pagi itu juga sudah ramai peserta bersih berkumpul di bangunan  sebelah kami


Petang jam 2.00, agak mengejutkan dengan tiba tibanya kumpulan bersih berpatah balik dari dataran merdeka dan berhimpun semula di jalan raja laut.




Pintu hotel ditutup dibahagian depan dan hadapan bagi memudahkan kerja kami. Kalau kena rempuh memang ranap juga



Kawan pm sempat bergambar di sana dengan gembiranya


Semua sudah berakhir...gambar gambar video ada dimuatkan di fb pm.....

Saturday, April 28, 2012

Aku dan Bersih 3.0

Salam........sekitar di perhimpunan itu


Pm. pun suka dekat banguna pas ini


Mereka bergerak dari banguna pas dan kemudian pergi ke jalan TAR

di Jalan raja Laut

 kedai mamak
 pak haji waktu pagi
 bangunan pas


 group cina




Setakat ini macam inilah pestanya...........

Sehari Sebelum Bersih

Salam, tadi siang pm meninggalkan kereta di Bt, Caves, lantaran mahu ke tempat kerja. Hari ini pm bermalam di hotel...Tadi siang sempatlah Ahmad mengambil gambar sebelum sampai ke hotel.


gambar makwe naik bas


poko bunga plastik


malam yang dia keletihan kerana operasi bersih yang belum habis.....

Thursday, April 26, 2012

BERSIH

Salam.....

Sudah beberapa hari membicarakan tentang perhimpunan 3.0. Aku melihat bandar Kuala Lumpur ini seperti biasa sahaja dan tidak seperti 2.0 dulu. Kalau ada yang panas panas sedikit cuma dataran merdeka. Hari ini , bas kereta, LRT, monorel, teksi dan juga lori lori sampah berjalan seperti biasa. Esok hari Jumaatpun agaknya seperti itu juga. Tahun lalu, pekerja pekerja hotel tinggal 3 hari di hotel masing masing, tahun ini tidak pula rancangannya sebegitu. Mungkin mereka lebih mementingkan perniagaan daripada melayan cerita cerita dongeng ini.

Apa sahaja berlaku, kita tunggu dan lihat............Hari Sabtu 28/4/2012 adalah hari bersejarah dimana "bersih" akan mencipta nama di situ.

Kita akan melihat limpahan mereka di jalan jalan raya dimana kereta dan bas akan berhenti melihat siaran lansung......Surat khabar akan bertambah laris, pengguna internet juga semakin meningkat semuanya kerana BERSIH 3.0

Kalau tak dapat balik ke rumah pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, kita nak tidur kat mana ?


Monday, April 23, 2012

HIKAYAT SEORANG TUA

Salam.........

Hari ini umur saya dah 50 tahun....semalam adalah kat rumah buat makan makan secara kecil kecilan


Saya tak makan kek ini , budak budak beli dia oranglah yang makan....itulah yang ruginya..



Adalah sikit sikit nasi biryani, daging masak hitam dan rendang ayam.....Biasalah , kita tak keluar modal tiba tiba ada aja......Mana yang boleh makan kita makanlah.....

Sunday, April 22, 2012

Photo Photo Hantu

Salam........Gambar berbicara lagi dengan photo yang tidak bermoral. Adakah kalian suka melihat diantara sikap manusia dan binatang ? Seorang teman di Thailand mempamerkan photo photo sebegini di dalam fbnya


Seekor anjing yang memang sebenarnya anjing telah keletihan di atas kusyen...........



Seorang kanak kanak yang mahu hidup tanpa ibunya.


Seorang lelaki yang kesepian mencari dunianya.

Seorang yang alim , mengerlingkan matanya.

Inilah kehidupan, photo photo tidak sopan ini menceritakan tentang fitnah dunia. Jika kalian mahu melihat , silakan dan jika tidak mahu silalah berpaling. Setiap insan ada tugasannya sendiri untuk membantu masyarakat dan jangan memandang hina kepada kebaktian yang kotor ini.

Thursday, April 19, 2012

PERISA APA

Salam,

Manusia hanya tahu merancang tapi tuhan yang menentukan. Buatlah, tahanlah tapi kuasa Allah siapalah yang dapat mencabarnya

gambar hiasan dari teman di Thailand


Bagaimanapunn wanita masih memerlukan lelaki dalam usaha itu kerana pada zaman ini sudah tidak ada KESAKTIAN yang terbena dengan sendiri , cuma janganlah menunjuk nunjuk...


Sains mengajar bahawa bumi ini terjadi dengan sendiri dan menolak tentang kewujudan tuhan. Manusia pula membena budaya sendiri sehingga melupakan peradaban. Hilangnya perasaan malu dan menukar situasi menjadi satu kesenian........manusia memang melampau


Wednesday, April 18, 2012

Aduhai Besarnya Lipas

Salam,

Hari hari masuk meeting, tolak hari sabtu dan ahad, penginap bilik hotel buat aduan bahawa hotel ini banyak lipas. Sungguh memalukan tapi ada ke hotel di dalam dunia ini yang lansung tak ada lipas , semut dan pijat. Kalau nak puaskan hati orang , rasanya tak mungkin sebab orang yang datang ke hotel semuanya pembawa lipas.


Mereka mengangkut segala macam jenis minuman dan makanan yang manis, sehingga di atas tilampun mereka makan nasi sambil bergumpal gumpal dengan tak semeggahnya. Kat rumah kita, nenek atuk, tok nyang, tok wan lipas pun ada...... Jadi serangga jenis ini tetap wujud.

Ada satu bilik tidur, kalau banyak lipas pun tetamu tetamu jenis lelaki  takkan komplen apa apa pun dan hidup dengan penuh aman sekali. Sila lihat gambar di bawah....orang perempuan jangan marah

Monday, April 16, 2012

Petua Orang Berkasih

Salam,

Dulu, emak kita masih muda, rambut emak bukan main panjang. Emak selalu berkemban bila menjemur kain. Apalah yang cantiknya orang bandar, muka conteng conteng sana sini. Pakai baju tebal tebal supaya nampak bonjol bonjol sexy. Emak kita biasa aja, pakai bedak sejuk waktu petang, tak ada lansung bubuh cream cream.


Emak diantara mereka yang berambut panjang, cantik se cantik manusia dan sebab itulah ayah terpikat dengan emak Namun kekadang bila tenguk rambut emak, orang pulak terasa seram....


Zaman ni, ramai emak emak rambut kontot. Susah nak mandi wajib katanya...Susah nak sikat dan hendak keringkan.....Orang lelaki kalau nak pilih isteri carilah isteri yang rambut panjang. Lagi panjang rambut, semakin panjanglah kasihnya. Orang lelaki sebenarnya suka perhatikan orang perempuan dan kalau orang perempuan dah tak ada benda yang mengasyikan, jangan marah kalau lelaki berubah...

Lagi ringkas kehidupan orang perempuan, lagi ringkaslah kasihnya...So jangan jaga jagalah.....

Sunday, April 15, 2012

Zalim

Salam..............

Zalim.......siapakah yang tidak terlebih zalim kecuali diri sendiri. Menzalimi diri sendiri kerana enggan mengikut perentah Allah, enggan menuruti pesanan rasul. Enggan membuang kemegahan dunia yang sedikit ini dan tidak mahu pulang ke akhirat.

Kita masih mahu berdiri tanpa malu dan sentiasa pula menunjukkan kegagahan diri, sedangkan badan ini semakin hari semakin tunduk terpaksa. Kegagahan pula semakin hari semakin terancam dengan demam , batuk dan selsema. Semakin hari semakin itulah kita berusaha menampal segala kekurangan agar kita boleh hidup bertapak di muka bumi. Kita hitamkan rambut untuk terus menjadi muda, kita percantikkan wajah agar kelihatan segar di mata. Kita saluti tubuh dengan pakaian yang mahal mahal, kita ceritakan kepada orang tentang kehidupan kita yang mewah mewah.............. Ah bodohnya mereka membiarkan diri dengan penampilan compang camping, bodohnya mereka memperlihatkan rambut yang tak terurus, bodohnya mereka memakai serban yang besar besar, bodohnya mereka menutup badan dengan kelambu hitam......Benarkah kehidupan di dunia adalah untuk dilihat........

Manusia akan melihat kita dan kita akan mempertontonkan mereka dengan apa yang ada pada kita. Apa yang kita ada sebenarnya ?


Marilah ke mari , bertanya pada diri, alam yang mana mahu dicari dan dunia mana yang kita akan pergi.


Saturday, April 14, 2012

Punca Tsunami

Salam........

Budaya , bangsa dan agama adalah intisari kehidupan manusia. Kekejaman masih berluas luasa di sana sini menimbulkan kekecuhan yang menimbulkan bala bencana besar. Kenapa terjadinya tsunami dan gempa bumi. Adakah kerna lembu mengocakkan ngocakkan kepalanya sehingga bumi tidak tentu hala. Adakah kerana ikan nun telah hilang kesabaran lantaran kepenatan. Apa sahaja pendakwaan,  menyebabkan kita kembali kepada Sang Pencipta, kita kembali kepada kelakuan manusia........


photo yang mengerikan" manusia yang tewas kerana nafsu"

manusia menjadi tuhan diantara tuhan

Thursday, April 12, 2012

Ada Yang Nak Kena Pelempang

Salam,

Anak siapalah ni, main pancut pancut suka suka hati. Kalau anak korang cam mana nak buat misti kena titik sampai puas....kan..... Yelah tepi katil begitu biasanya tempat orang tua tua sembahyang, lepas sembahyang boleh lending......Pesan orang tua tua " sayang anak tangan tangankan............

Monday, April 9, 2012

APAKAH ITU

aku juga ingin tahu
apa yang kau sorakkan
yang menyimpan seribu makna untuk perjuangan

aku juga ingin tahu
apa yang kau bawa
tersangat sarat dijiwa

aku ingin tahu
3.0 bermakna apa
samakah dia seperti dulu
pakkcik makcik datang berhimpun
pakcik makcik diburu
adik kakak perpantun pantun
anak kecil diheret
bertanyakan apakah itu...............

Sunday, April 8, 2012

Cinta Dan Pertemuan

Salam........bersambung lagi

Petang ini,
mari kubisikkan ke telingamu
tentang rindu
tentang cinta kita....

Bersamalah kita
meniti hari nan indah
untuk sekian kalinya pertemuan ini.

Petang ini
kuabadikan photo ini
sebagai kenangan
untuk hari esok
untuk anak anak dan cucu kita

Jangan Tunjukkan Kemaluan Anda

Hai.............

Perasaan ingin tahu ada kepada setiap manusia. Kekadang kita pelik kerana sifat ingin tahu itu melebihi dari kadar biasa. Bukanlah rahsia lagi jika cerita sulit dibongkarkan, bukanlah juga PNC kalau benda benda cam tu diketahui umum.

Manusia sering menyembunyikan kesalahannya dan lemah kepada pasangannya. Pasangannya itulah akan menjadi pembunuh atau alat penghapus dirinya.... Awas............pistol ada di hadapan anda