Followers

Thursday, April 5, 2012

GEMBIRA MASA MUDA

Salam,

Sedar tak sedar dah lama sangat tak menjenguk ke pub, tempat menari tempat lupa diri tu...Lama juga tidak melalak jadi artis perasan tapi itulah ceritanya kali ini...

Tahun 1983 dulu waktu itu saya ni buta sangat dengan keseronokkan. Saya tenguk tempat karaoke tumbuh macam cendawan. Kat Bukit Bintang itu, asyik dengar lagu cina sajalah. Memang tak sedap lansung bila tenguk orang tua tua melalak dengan perut buncit menatang arak di hadapan TV. Kekadang macam mengeja pun ada. Mereka nak jadi artis Hong Kong. Kat sebelah mereka ada perempuan gedik dengan skirt pendek menyerlahkan peha sementara bajunya pula melambakkan apa yang ada. Bagi yang ada duit , dunia ini mereka punya, bagi yang memandang pula cuma menumpang selera mata.... Karaoke nama diberi, bukan sahaja tempat meneguk arak, juga tempat seluk menyeluk sambil menelan abuk rokok dalam nafas. Di penghujung cerita perempuan gedik mendapat habuan setelah bermalam...................

Kemudian menyinggah pula ke rumah orang melayu. Mereka bukan sahaja membeli TV tetapi membawa panggung wayang dan speaker besar ke rumah. Melalaklah anak anak jantan , anak dara, pakcik makcik datuk dan nenek di rumah.....Tak apa maaa....hiburan sekeluarga... Waktu itu memang terasa sangat artisnya.

Paling cantik kita ke rumah orang kawin... Saya jadi DJ kampunglah...Suka hatilah nak menyanyi, nak melalak cam mana pun. Alat alat karaoke boleh dibeli di Pasar Pudu dan jangan fikir quality atau bunyinya seperti kambing sakit... Janji  memeriahkan majlis itu. Majlis orang melayu kena muzik bising bising sampai orang bercakap pun tak boleh dengar. Orang tua tua memang marah tapi pada suatu hari  adalah seorang orang tua tu datang kat saya dia kata..." tolong pasang CD ni, saya nak nyanyi lagu Timang Banjar "... Aduh sedihnya...sedih kalau tak terkata. Ikut sahajalah kemahuan orang tua.....................

Di bandar saya jumpa Purnama anak arwah Kasma Boty...., dia buka KALBU MALAMI, di sana saya tenguk makcik makcik menari mambo, ca car......memang seronok sangat makcik makcik yang kembali muda itu. Budak budak muda pakat gelak....Saya juga nampak  Shima.....dengan lagunya...Ku sendiri....

Semua sudah belalu tapi saya masih bermimpi saat muda muda dahulu, saat saya putus cinta dengan Era Fazira.....Pelik sungguh boleh mimpi cam tu.... Nanti dia balik Sg Buaya...dia pulak sembelih aku....



6 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

zaman berubah seiiring dengan usia kita

=)

maszull said...

assalamualaikum PM...yer la tu semua sudah berlalukan hanya tinggal kenangan je...:)

kakcik said...

Amboi... sampai Erra pun masuk dalam mimpi. :)

Kakzakie said...

Nostalgia lama penuh sindiran tapi itulah hakikatnya dan ianya masih juga sama hingga kini cuma rentak berbeza...

Panglima Muda said...

ha ha ha ha.....si era tu bukanya kenal saya pun, kg. aja dekat....lagi satu pasal makcik makcik tu...betul korang tak tenguk...dgn baju kebayanya, ketat bukan main, rambut dia...aduhai....kalau kat kampung memang kena sumpah

Telor Power said...

nostalgia indah jadi kenangan