Followers

Thursday, May 31, 2012

SUP KAMBING

Salam.............,

Pm rasa sakit seluruh sendi badan, sengal dan ngilu. Tidur malam tidaklah lena di musim panas ini. Puas bergolek ke sana sini, resah sepertinya orang putus cinta. Agaknya kerana apa ?


Inilah jenis hidangan yang pm gemari dan sepertinya juga lelaki lelaki lain yang berpenyakit, mereka tetap akan meratah sup kambing. Entah kenapa, entah apa yang berada di dalam sup itu tapi sedap selalu menyentuh perasaan


Waktu remaja sewaktu bekerja di Bukit Bintang, hampir setiap malam makan sup kambing. Biasalah minum teh tarik, dan juga beberapa keping roti telah memberi kepuasan kepada kami. Kepuasan seperti itu telah melamar penyakit. Lalu timbullah falsafah " kita makan dulu dan makan ubat kemudian "

Apa pasal orang cakap kambing ini " penyakit " ya ? Daging kambing tu bukan kambing kampung tapi daging import dan lepas tu dah berbulan lamanya dalam peti sejuk. Masih memberi penyakit ke ? Orang putih sibuk suruh kita makan lembu, minum susu lembu.... isss tak jadi penyakit ke ?


Tuesday, May 29, 2012

HARAPAN BANGSA

Salam.......

Himpunan jutaan belia sudah berakhir. Mereka pulang dengan message masing masing. Sepanjang hari itu adalah kegembiraan buat mereka dan menjadi perayaan yang besar sekali. Di kata TV telah mempamerkan kegembiraan itu tapi sejauh manakah keikhlasan mereka terhadap kerajaan BN. Sepertinya kita lihat rakyat begitu gembira menerima hadiah Brim 500/-, adakah selepas itu mereka akan terus mengundi BN ?



Manusia akan mengangguk sahaja apabila menerima imbuhan manakala selepas itu mereka bertukar menjadi yang lain dan lebih lain dari yang lain. Mungkin dimasa akan datang kita akan mengubah cara. Manusia diajar cara untuk hidup dan bukannya diberi makan untuk hidup. Selagi hidup penuh dengan sogokan, selagi itulah kita dan bangsa kita mudah dibeli dan diperdayakan oleh pihak lain.

Telah banyak banyak pengorbanan dilakukan dan telah banyak juga pemerentah beralah demi untuk meraih kemenangan di masa akan datang, namun rakyat masih lagi belum diajar tentang tanggungjawab sebaliknya diajak bersuka sukaan seperti zaman dahulu kala. Rakyat masih bertelagah dan tidak sayangkan negara, masih berharap imbuhan demi imbuhan. Semuanya merasa susah , miskin melarat di negara yang mempunyai kekayaan tersendiri. Ada kedai disewakan kepada orang indonesia, ada tanah dijual, ada anak dikahwinkan dengan bangla, ada kedai digajikan kepada myamar dan nepal serta pakistan. Kita duduk bersuka sukaan memakan hasil tanpa mengambil ilmu dan meninggalkan jenerasi tokeh besar yang tidak mempunyai apa apa.

Majlis Belia Sabah telah pulang dari tempat saya tempuh hari. Seronok mereka disini, naik kapal terbang free, makan free, kenderaan free dan duit poket pun ada gamaknya..........Tentu banyak belanja kali ini, tidak termasuk citra warna juga......Sempat juga mereka bersuara " apa pasal menu breakfast pagi asyik sama aja". Itulah orang kita..............pemimpin masa depan................


Sunday, May 27, 2012

Kesedihan Berulang

Salam...........,

Biasanya apabila kereta kami menghampiri rumah dia sudah menunggu di dalam post box, ada yang menyambut di tepi jalan dan hadapan pagar. Dah dua hari aku tak nampak dia....................


Biasanya nampak saja makanan dia datang berkejar, manja sangat menggesalkan badan tapi hari ini dah tak ada dah.... Kucing kucing lain pun termenung sama... Nampak sunyi sangat


Rasa rasanya dah tak balik dah tu. Ada orang curi kucing aku. Orang ni jenis pemalas, masa kecik tak nak bela, main ambik kucing orang yang dah sedia besar dan cantik


Sudah berhari hari aku tanya orang rumah, tanya anak anak, nampak Boyboy tak ? Mereka jawab tak nampak, dan dah cari tapi tak jumpa....Sedih sangat....hilang hartapun tak sedih seperti ini. Orang lain bolehlah gelak ketawa, tapi kalau dia orang kena macam aku taulah dia cam mana keadaannya....

Rumah aku dah sunyi, biasa boyboy main main masuk dalam beg plastik, biasa boyboy bawa lipas letak kat belakang aku masa aku tidur, dia telentang tergolek belakang aku... Sekarang dah tak ada dah................


Saturday, May 26, 2012

Semalam Dan Hari Ini

Salam.............

Semalam.... aku penat sungguh, bagai nak tercabut kaki...korang kat sana nampak ok je...?
Semalam selepas hantar anak ke kolej, aku terus jadi driver sepanjang hari. Mula mula ke Kepong hantar kain batik, selepas tu pergi Avon , dari avon masuk ke Pasar Selayang. Pagi pagi tak ada apa cuma kat MRR 2 banyak benar kereta........ Dari Selayang jam 11.45 aku pun terus ke Kelang. Sampai sana pukul 1.00 tengahari dan sempatlah solat jumaat.

Habis solat, tanpa makan tengahari, aku ke sekolah teknik kelang untuk mengambil anak. Pukul 3.00 petang ada pulak sesi taklimat ibubapa tanpa seteguk air pun.... Paip sekolah tak ada air agaknya, kenyanglah dengar Pengetua sekolah bercakap. Biasalah bila pengetua memegang microphone...korang tungguuuuuuuuuuuuuu......

Kali ini beliau menyebut tentang pertandingan asrama tercantik dan hendak merebut 5 bintang. Malangnya pintu jamban sekolah tu pulak rosak kerana perbuatan nakal budak budak. Ada yang tumbuk jamban, ada yang tendang jamban. Jumlah kerosakan pintu jamban adalah 36 buah dan tiap tiap pintu jamban itu berharga RM 190/-  Mak oiii , pintu jamban plastik tu harganya sampai 190/- ? Entah sapelah salah kira tu ya...  Pintu jamban yang tarik tarik tu pun harga kut dalam RM 50/- Pintu jamban dalam kedai harga dalam RM 75/- tapi sekolah ini pintu jambannya agak istimewa RM 190/-


Aku tahu kenapa dia mahal, sebab beli pintu hutang 3 bulan, upah siap pasang dan siap cekik menjadi RM 190/-, sampai bilapun Malaysia ni cam tu lah....

Tanya tanya emak bapak sebelah menyebelah, dia cakap ambik anak sekolah disini, bila ditanya berapa orang sekolah disini, mereka jawab 2 orang dan ada yang 3 orang. Tanya lagi tinggal kat mana, mereka jawab tak jauh dekat je...serata rata kelanglah.... Senangnya anak mereka masuk sekolah teknik tu, rumah tak jauh pun tapi dapat tinggal di asrama. Kita ingatkan asrama tu untuk murid murid yang datang dari jauh, rupa rupanya tak telus jugak. Kalaulah murid murid tu datangnya dari kampung kampung tu, jangan marah pasal jamban rosak, jangan marah tak ada disiplin sebab mereka tidak akan segan silu....emak bapak mereka kenal cikgu... Anak orang PIBG lagilah senang duduk di asrama ....... Jadi orang luar macam mana ? Korang jadi mangsalah..........

Ceramah puan pengetua tidak menjadi makna bila setengah emak bapak dah bawa lari anaknya balik. Hari terbuka asrama tidak menjadi apabila hanya 2-3 orang emak bapak pergi jenguk asrama anak mereka. Mereka perduli apa tentang masalah asrama itu. Ceramah tanpa makan minum walau setitik air tidak menyelerakan emak bapak. Kesian pulak ya tenguk nasib cikgu.......

Dari jam 4.45 setelah bincang habis, kami beredar pulang melalui lebuh raya persekutuan. Ingat nak ikut jalan sg buloh tapi fikir fikir kut sama jugak jemnya.... Rupanya aku tersangkut lama di lebuhraya itu? sampai KL jam 7.00 petang. Terus ke Bt. caves ambik anak dan meneruskan perjalanan ke rumah. Sampai di Rawang di hadapan tesco, jem lagi......Penat sungguh malam itu...................

Hari ini aku sampai ke hotel tempat kerja...begini pulak suasanannya





Berasap jugak bang oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


Thursday, May 24, 2012

LUKA SEMALAM

Salam, saya masih teringat dengan kata kata ini ' luka di tangan nampak berdarah " Saya juga masih teringat tentang luka itu yang masih meninggalkan parut.........

Saya adalah anak kampung yang tidak mengenal Kuala Lumpur. Saya tidak tahu bahawa orang kota ini sampai hati buat apa sahaja untuk kepuasan diri sendiri. Saya jadi dewasa di sini melalui kebaikan dan keburukan......

Setelah berlaku perselisihan faham dengan ipar saya, saya dan kakak berpindah semula ke rumah emak saudara kami. Hanya beberapa hari menumpang , kami adik beradik berpindah lagi ke sebuah rumah setinggan di kawasan lombong di Ampang. Di sana tidak ada bekalan letrik, manakala air pula dicatu mengikut jam. Kakak menggunakan pelita untuk memasak makanan kami adik beradik. Tidak pernah setitik air matapun yang gugur bersama titisan hujan yang jatuh di tempat tidur, tidak pernah berkeluh kesah dengan keadaan rumah usang itu. Janganlah bertanya tentang bantal dan tilam, kalau ada tikar plastikpun sudah memadai untuk kami. Kakak hanya bekerja di kilang, manakala saya pula bekerja di sebuah supermarket. Syukur alhamdulillah, gaji kami masih mampu untuk membayar sewa rumah buruk itu, juga membeli makanan dan tambang bas berulang alik ke tempat bekerja.

gambar hiasan

Situasi yang daif menyebabkan juga kami tidak dapat mengirimkan wang yang banyak ke kampung. Bahkan arwah emak kekadang kadang menolak pemberian anak anak. Baginya kalau cukup pakai untuk kami hidup di kota besar ini adalah lebih memadai. Di rumah kami yang tidak  berletrik itu tidak memerlukan TV dan radio, memadai kami dapat tidur menunggu hari esok untuk bekerja. Bekerja adalah kegembiraan buat kami kerana di sana kami hidup seperti orang biasa yang seolah olah tidak mempunyai masalah.

Pada hari ini saya tidak mahu anak anak saya menghadapi masalah sepertinya nasib saya. Mereka tidak menumpang di rumah saudara mara untuk hidup. Bahkan saya tidak membiarkan mereka terlalu berharap kepada pertolongan saudara mara. Apa sahaja yang ada, dipergunakanlah, apa sahaja makanan yang ada, makanlah tapi jangan meminta minta, jangan sangat berharap. Janganlah menghina diri menumpang rumah orang yang memang benci terhadap kita. Apa yang penting ialah adik beradik bersatu dan tidak akan ada orang yang membantu kita dengan tanpa sebab tertentu. Tidak ada budi yang tidak mahu dibalas, tidak ada hati yang ikhlas.........Kalau adapun mungkin segelintir, itupun seribu dalam satu...............

Dibawah ini saya abadikan sekeping gambar sebagai hiasan. Bukan gambar keluarga saya tapi gambar keluarga orang lain. Gambar ini adalah gambar kenangan dan mungkin telah dilupakan. Gambar orang yang sudi menangis mendengar cerita saya dan kakak saya........menagis mendengar cerita saya dihidangkan dengan periok kosong diatas dapur............. Walaupun baitullah itu dihadapan mata, namun dosa silam masih belum terhapus..............



Seri Banang lagu melayu
Daku nyanyikan di tengah malam
Kalau diturut risau hatiku
Alamat jauh terbuangnya badan

Wednesday, May 23, 2012

Jembalang Tanah

Salam.....sekali lagi pm minta tabik kat tok guru tok guru diluar sana, kalaulah pm tersalah menyebut. Almaklumlah orang yang tidak berilmu bercakap..................

Beberapa tahun yang lalu adalah kedengaran cerita dari saudara mara pm tentang kehebatan anaknya. Setelah bebrapa bapanya meninggal dunia, tiba tiba di satu malam wajah arwah bapanya muncul di dalam mimpi dan menyerahkan seketul kemenyan kepadanya. Apabila beliau terjaga dari mimpi didapatinya kemenyan itu berada di dalam tangannya. Semenjak dari itu jika ada apa apa yang tidak menyenangkan berlaku, dia akan membakar kemenyan itu .........................................

Semalam, cerita lama itu berulang lagi pula kepada seseorang. Dia pm temui memakai cincin batu hitam yang besar , peninggalan dari arwah ayahnya. Menurut katanya apabila sahaja cincin itu dipakai, dia akan tercium bau wangi bahkan jika berjalan di pasar malam juga bau itu mengekorinya juga. Dia kelihatan seronok dengan keadaan itu dan menganggap ada puteri yang mendampinginya.........................

Banyak juga lagi cerita cerita sebegini di dalam kehidupan bangsa kita. Bahkan pernah terdengar ada tok bomoh yang diresapi roh Hang Tuah kononnya telah menghadiahkan keris kepada orang lain lain, seolah olah kehidupan Hang Tuah di penuhi dengan keris keris di seluruh badannya atau mungkin beliau mempunyai sebuah gedung keris yang dibuat untuk kebajikan.

Mereka yang menerima hadiah hadiah sedemikian berasa sangat berbesar hati, lalu cerita itu meniti dari mulut kemulut di seluruh pelusuk kampung , daerah dan negeri......................

gambar hiasan

Orang yang telah meninggal dunia telah kembali kepada pemiliknya. Tubuhnya hancur dimamah tanah dan kembali menjadi seperti asalnya. Amalan yang baik kembali kepada pemiliknya manakala amalan yang tidak baik bermaharajalela dimuka bumi, berlakun seperti tuannnya, menyerupai tuannya dan mempengaruhi segala anak cucu keturunan itu.

""Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.[Surat An-Nisa' [4:119] 

Apakah dia amalan yang tidak baik ? Amalan melakukan kerja kerja karut dan khurafat yang bersahabat dengan jin dan syaitan ? Jin Islam bagaimana pula , bukankah banyak ustaz ustaz juga bersahabat dengan jin dan membantu mereka ?

FirmanNya dalam surah Al-Jin ayat 6:”Dan bahawa sesungguhnya ada beberapa orang dari manusia meminta perlindungan kepada ketua-ketua golongan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” 

Pm petik dari tulisan TINTA ILMU Dr. Mahyudin bin Ismail dari Kuantan pahang 

Syeikh Muhyiddin Ibnu al-Arabi turut menegaskan perkara ini di dalam kitabnya al-Futuhat: “Adapun orang yang bersahabat dengan jin itu tiada beroleh ilmu Allah, kerana jin itu sangat jahil akan Allah dan akan sifat-Nya. Dan terkadang orang yang bersahabat dengan jin itu menyangka bahawa segala perkara (ghaib) yang dikhabarkan oleh jin itu itu adalah karamah daripada Allah Ta’ala baginya. Maka sangkaannya itu adalah batil”. Tambah beliau lagi: “Sesetengah yang telah terjawab bahawasanya banyak orang bersahabat dengan jin itu jadilah takabbur atas segala manusia itu dan barangsiapa takabbur dimurkai Allah Ta’ala akan dia dan dimasukkan ke dalam neraka seperti yang tersebut dalam beberapa ayat Quran dan Hadis Nabi s.a.w.

Wallahualam.....................................apa salahnya jika mau berhias dengan barang barang itu....


Tuesday, May 22, 2012

Sekolah Lama Kita

Salam,

Rindu rasanya pada sekolah lama pm. Dulu dikenali sebagai Sek. Men. Jenis Kebang saan (Ing) Batang Kali. Berjenis jenis pulak sekolah tu. Orang kata itu sekolah orang puteh tapi orang kampung macam kami ni cakap melayu je. Sekarang dah tukar nama pulak 

 gambar dari tepi jalan 

Dulu di depan ni kami beratur ramai ramai, pakai seluar hijau dan baju putih. Masa itu Cikgu  Hj. Hashim Zakaria jadi Guru Besar. Tergelak pm tenguk perangai dia sebab dia selalu terlupa..... Dulu pm jadi Yang di Pertua Persatuan Ugama Islam sekolah. Sekolah ni tak ada dewan , kena bukak kelas jadi dewan sewaktu ceramah agama.


Ini bilik guru gamaknya 


Masih cantik dipandang

Semalam kawan pm cuba hubungi pm melalui facebook. Besar niatnya, nak mengumpul sebanyak mana murid tua sekolah ini... Agaknya banyak jugak bajet nak dikorek ya. Maklumlah , misti ada makan makan, cakap cakap. Busuk busuk pun kena jugak teh tarik, nasi lemak dan bihun


Ini dia kawan pm, suaranya sedap seperti suara Jamal Abdillah. Anak dah besar besar dan juga ada menantu. Ya lah... bukan dia sorang sahaja. Ramai lagi bekas murid sekolah ini sudah berjaya. Kalau kau tak percaya tanyalah YB kita


Niat yang baik memang disokong seratus peratus. Banyak juga murid tua ni dah jadi tokeh besar....Apa lagi kalau dah lupa marilah saling berkenal semula.



Sorang lagi ini pulak sangat bergaya..dah jadi tokeh besar....alhamdulillah dan boleh jumpa di Tesco Bukit Beruntung.....

Monday, May 21, 2012

Kalau Sungguh Bagai Dikata

Salam.....,

Zaman remaja, ketikanya kita menjadi kumbang dan bunga, ketika kita bercerita tentang hidup, ketika itulah kita tercari cari sesuatu yang paling manis dan setia.......Zaman yang menyebabkan kita akan memilih pasangan kita, seseorang yang sangat sempurna , menyakinkan dan bakal memberi kebahagiaan sepanjang hayat. Namun di zaman itu, kita telah menemui banyak pilihan, banyak persaingan dan banyak juga rintangan.

Akhirnya dengan berkat kesabaran dan juga setelah berhabis habis duit, mahligai impian itu dapatlah dibena dengan sempurna dengan cukup syarat nikahnya. Syukur alhamdulillah perkara pertama itu dapat di selesaikan akan tetapi panas tidak pernah sampai ke petang, kecuali sememangnya musim panas. Di luar sana masih ada lagi lelaki lelaki segak bergaya dengan poket penuh datang menggoda, di luar sana rupanya masih ada lagi gadis gadis jelita, masih ada wanita sunyi tanpa suami, mengharap titik kasih dibumi gersang. Di situlah kita berada saling mempertikai, saling bertanya dan akhirnya memilih jalan sendiri.

Anak anak di rumah mulai melihat kecaruan itu bilamana bapanya sibuk bergirlfriend dan ibunya pula bagaikan anak dara sibuk berboyfriend. Melihat kepada hukum hakam bahawa lelaki mempunyai kebebasan boleh beristeri 4, kaum wanita pula merasa tercabar. timbullah kata kata persaingan " kalau awak boleh, saya pun boleh."  Lelaki tersenyum , manakala wanita pula mengatakan mereka derita, seolah olah hukum alquran itu tidak benar dan lebih kepada porak peranda. Wanita menubuhkan kumpulannya sendiri, mempertikaikan hak mereka, meminta jaminan kepada hidup mereka agar lelaki tidak meneruskan poligami kecuali jika  mereka yang benar benar mampu , itupun semistinya dengan KEBENARAN ISTERI mereka.

Tahun demi tahun berlalu, tangan yang menghayun buaian adalah tangan yang boleh menggongcangkan dunia tetapi di zaman ini buaian dihayun oleh tenaga elektrik dan anak anak diberi minum susu tin dan juga dibuang merata rata. Soal nikah kawin terlalu berat tanggungannya, menjadi masalah besar, menjadi ketakutan kepada ibu bapa. Nikah kahwin sudah menjadi kenduri binatang buas. Yang menjemput juga rakus dan yang dijemput juga rakus. Seronok berumah tangga pula cuma 3 bulan apabila tubuh montok mula berubah...., apabila kelihatan suami hidup dalam keadaan miskin serba tidak mampu walaupun untuk membeli rokok sebatang..........

Soal rumah tangga tidak sehebat waktu lalu., hati mudah berubah, mereka yang mendapati sesuatu kekurangan di dalam rumahnya, akan keluar mencari sesuatu yang lain pula. Perlanggaran hukum semakin berluasa, lelaki digesa taat kepada wanita, menjadikan wanita  ketua perancang di rumahnya dan menjadikan wanita sebagai pemberi kata putus terakhir.....


“ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Shahabat pun bertanya, “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Beliau saw menjawab, “Kerana kekufuran mereka.”

Kemudian ditanya lagi, “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” ( Imam al-Bukhari)


Catitan ini hanyalah sebagai pengajaran bagi orang yang cerdik akalnya............................

Sunday, May 20, 2012

HADIS FACEBOOK

Salam........terpanggil sekali lagi disini justeru kerana pm telah terlepas kata di FB orang perempuan tu... Ya lah, orang tak kenal kita, kita pulak yang sibuk sibuk komen.......

Zaman ni, FB ni ada baik dan buruknya...Tapi kita ni kena profesional...terimalah kutukan dengan hati yang bangga... FB juga tempat melepaskan geram, sumpah seranah....Namun orang cantik biasa akan meletakkan status yang cantik juga. Memetik hadis dan ayat suci alquran yang indah indah....Yang indah itu adalah MUTIARA yang paling berharga.

Wanita itu telah menulis  "copy paste : kata kata Saidina Ali. 


'Siapa yg byk bicara, byk pula salahnya,.. 
Siapa yg byk salah, hilanglah harga dirinya... 
Siapa yg hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak...
Sedangkan org yg tidak warak itu bererti hatinya mati' [Saidina Ali Abu Tali



Pm telah memberi komen ;-

jauh sangat perginya wahaii saudari oiii, bagai mencari mutiara yang hilang. Kalau ada kaca peliharalah mudah mudahan menjadi benda berharga di masa akan datang..


Salahkah pm komen begitu ? Mungkin pm merapu pada tengah tengah hari ahad ini. Pm tahu dia tidak suka walaupun pm kata pm bergurau . Maklumlah gurau orang tua...... 

Dipasar sana ada kelihatan makcik menjual kueh mueh, cantik dan menyelerakan...Tapi rasanya dah tak sedap, walaupun makcik membawa anak gadisnya yang cantik tolong berniaga...Yang sedap itu dimana agaknya. Kata orang yang sedap itu ditekak manakala perut pula hanya mahukan kekenyangan.

Zaman terus berlalu.....pm mula melihat...manusia berdoa dengan kusyuknya....sayu terlalu sayu, mendayu sangat mendayu....tapi DALAM FACEBOOK...............



Marilah kita ke pondok pengajian, berikan laptop kepada anak murid sorang satu, suruh mereka belajar melalui internet, tuan guru boleh goyang kaki dan anak murid cuma perlu berdoa di facebook saja...


Saturday, May 12, 2012

BERBEKAM

Salam........pengalaman yang menarik buat pm

10/5/2012 jam 8.30 malam


 sedut betul betul  dipergelangan kaki...


kabus dan mula berbuih dan mengeluarkan darah 


angin dan darah bercampur 


banyak darah darah kotor

darah beku kelihatan setelah penutup itu di buka

Gambar menceritakan pm berbekam pada malam jumaat lalu. Sakit kena cucuk dengan jarum sebanyak 3 kali pusingan. Perit ketika pusingan kali ke 3. Melihat darah beku dan berbuih menunjukkan betapa pm ini sebenarnya patut mengulangi lagi perubatan ini

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Thursday, May 10, 2012

Cinta Buaya

Salam....melihat tulisan cik telor , membuat pm kembali merindui waktu waktu yang lalu. Waktu itu pm bekerja sebagai juru ukur di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Tiap tiap minggu misti ada projek di dalam hutan atau sekurang kurangnya tempat tempat semak di hujung bandar.

Waktu itu, seronok mencium bau bau hutan di pagi hari dan waktu senja. Waktu itu pm belajar mengenal pokok tongkat ali, daun sibadara, pokok seluruh, rotan tunggal dan lain lainnya. Waktu itu belajar memahami pantang larang suapaya mulut tidak gatal menyebut itu ini.

Yang paling seronok bila tercium bau nasi lemak , cok kodok pisang bila berada di empangan empangan kecil. Manalah ada orang masak sebegitu di tengah tengah hutan. Tinggal di dalam hutan sambil memasak sardin dan menggoreng pucuk paku adalah satu kegemaran. Baunya sungguh menyelerakan. Allah sahaja yang tahu......Kekadang kadang terjumpa tapak harimau dan juga tapak buaya di tebing tebing sungai. Suara suara monyet dan kera yang bising di waktu senja, unggas unggas yang beredar pulang sebelum kegelapan......Semuanya jauh dari kehidupan kota hari ini...........................

Harimau kota lebih ganas dari harimau di hutan.....harimau  di kota sudah disekolahkan dan diberi makan tapi masih tak faham faham bahasa. Buaya di kota sudah diberi makan ayam setiap hari tetapi masih lapar mengangakan mulutnya.


Wednesday, May 9, 2012

Korban Percintaan

Salam............

Adakah kita misti memilih kerja ? Ramai orang berkata " carilah pengalaman" Kata kata yang baik dan memberi semangat untuk kita terus berjuang untuk hidup. Kerja apakah yang kita hendak buat dan kalau kita memilih pekerjaan yang sesuai dengan kita nanti orang kata kita memilih kerja. 

Mereka berkata " bekerjalah, asal mendapat rezeki yang halal."  Hidup dengan prinsip sebegini entah sampai ke mana hujungnya. Zaman ini orang telah meninggalkan prinsip


Biar apapun, " just do it ". Setelah berkecimpung di dalam sesuatu bidang, kita patut berhijrah dan berhijrah sehingga kita temui sebuah noktah. Nasib kita bukan ditentukan oleh manusia ...............


Monday, May 7, 2012

Selamat Tinggal Dunia

Salam.......

Semalam telahpun kita tinggalkan dengan kenangan manis dan sumpah seranah. Apa apa pun semalam tidaklah dapat pm berjumpa "Saleem" menyanyi kat tempat majlis berdengung itu. Tapi mereka juga kelihatan menghiburkan kanak kanak dan dengar khabarnya jalan ditutup sampai jam 12.00 malam.  



Sempatlah anak pm jadi budak budak kat sana


Inilah dia ular kecik yang sudah dibalut mulutnya......Sesiapa yang penggeli tak usah pegang.


Ada minuman free...biasalah promosi ....

Hidup di Malaysia ini mewah jugak kerana dengan tiba tiba kita akan melihat hiburan percuma di tepi jalan. Masa itu kita boleh bawa anak bini dan bayi yang masih kecil melihat hiburan semasa. Ye lah waktu kecil kecil inilah kita patut ajar mereka melihat hiburan supaya waktu dewasa nanti mereka tidak menjadi kera sumbang dan tidak tahu bercampur dengan masyarakat.


Kemewahan di Malaysia akan dapat juga kita lihat di masjid masjid. Banyak orang bersedekah, makanan melambak lambak di sana sini. Nasib kita tidak seperti di negara orang kulit hitam.... Sudah hitam , hidup juga penuh kehitaman... Tapi hati kita pula semakin hari semakin hitam, tak sempat diputihkan menjelang kematian.

Sunday, May 6, 2012

Otak Letak Kat Mana ?

Salam pagi Ahad.

Pernah dengar sumpah seranah tak ?.... Pak Lebai selalu suruh kita bersabar tapi sabar itu sampai kemana ? Sabar sampai air naik ke kepala ke ?




Tenguk lambang ini sahaja, ramai orang kenal.... lambang AADK....................Betul betul melintang jalan di lorong Hj Taib 3. Dia orang buat kenduri seperti orang kampung buat kenduri. Main pacak pacak, main selak selak, lansung tak bagi khabar kepada orang sekeliling. Tau tau sahaja, Rela dah terpacak di simpang jalan menghalang kenderaan masuk. Jadi sesiapa yang mahu ke Plaza GM untuk membeli tudung dan manik, ikutlah jalan lain kerana mereka ini telah membuat jalan ini seperti bapak mereka punya. Pak Lebai tolong nasihatkan saya supaya bersabar daripada mengikuti " BERSIH"

Tuesday, May 1, 2012

Cantinya Alam Maya

Salam pagi Ahad,

Bergembiralah dengan apa yang ada dan bersyukur dan tahu menghargai. Waktu waktu semalam telahpun kita tinggalkan dan terus berlalu. Pejam celik duduk dan bangkit memperlihatkan kita tidak mempunyai apa apa kecuali hanya sedikit nikmat


Bersabarlah dengan setiap dugaan, patah tumbuh hilang berganti.............