Followers

Sunday, May 27, 2012

Kesedihan Berulang

Salam...........,

Biasanya apabila kereta kami menghampiri rumah dia sudah menunggu di dalam post box, ada yang menyambut di tepi jalan dan hadapan pagar. Dah dua hari aku tak nampak dia....................


Biasanya nampak saja makanan dia datang berkejar, manja sangat menggesalkan badan tapi hari ini dah tak ada dah.... Kucing kucing lain pun termenung sama... Nampak sunyi sangat


Rasa rasanya dah tak balik dah tu. Ada orang curi kucing aku. Orang ni jenis pemalas, masa kecik tak nak bela, main ambik kucing orang yang dah sedia besar dan cantik


Sudah berhari hari aku tanya orang rumah, tanya anak anak, nampak Boyboy tak ? Mereka jawab tak nampak, dan dah cari tapi tak jumpa....Sedih sangat....hilang hartapun tak sedih seperti ini. Orang lain bolehlah gelak ketawa, tapi kalau dia orang kena macam aku taulah dia cam mana keadaannya....

Rumah aku dah sunyi, biasa boyboy main main masuk dalam beg plastik, biasa boyboy bawa lipas letak kat belakang aku masa aku tidur, dia telentang tergolek belakang aku... Sekarang dah tak ada dah................


5 comments:

Si Matatajam said...

:-( sayunya rasa. Sabaq na pak din

Panglima Muda said...

begitulah...sayunya

atuk said...

Assalamualaikum PM

kalau ada rezeki...Insyaallah boyboy akan pulang semula

Teenager Housemaid said...

boyboy...:(

Telor Power said...

alamak boyboy ilang ker?

sya juga pengemar kucing, suka bergurau dgn nya.... kucing ni kan manja. kalau dah tiada kelibatnya. rasa tak tenteram juga.