Followers

Saturday, June 16, 2012

Puasa Dah Dekat

Salam...

Lagi dekat dekat sebulan, bulan puasa akan menjelma. Ini bererti kita akan menempuh bajed baru lagi untuk tahun 2012. Lebih lebih lagi kepada mereka yang beranak kecil.....pitam bang oiii, takkan beli baju kat bandel.....

Apa yang menarik adalah saat bersahur pagi dan waktu berbuka puasa. Waktu itu kalau tidak ada semua ahli keluarga alangkah sedihnya. Lebih sedih kepada pakcik pakcik, duda dua dan janda janda. Kesedihan kita tidak akan ditanggung oleh orang lain. Makanalah apa yang ada, makanlah walaupun bercampur limpahan air mata. Ada orang hatinya begitu tebal, dah biasa sangat dengan suasana penuh kemuraman...

Saya kena merepek sebelum bulan puasa. Hutang puasa tahun sudah korang dah bayar ke ? Jangan sibuk sangat menempah kueh dan baju...Raya sekarang memang tak best dah. .... tak ada apa pun....duit pun tak banyak macam dulu walaupun sarungnya bertulis RM 50/-

Hutang kusyen tahun lepas dah habis ke belum......? Tak ada hutang boleh ke  ?


1 comment:

kittkate86 said...

"Makanalah apa yang ada, makanlah walaupun bercampur limpahan air mata. Ada orang hatinya begitu tebal, dah biasa sangat dengan suasana penuh kemuraman..."

ayat ni buat saya sebak bila baca..