Tuesday, July 31, 2012

Kekasih Kuseru

Salam........cubalah kita renung renungkan akan keadaan zaman yang penuh ombak duri ini...

Setiap kali selepas berlakunya kematian ketua keluarga, riuh rendah akan berlaku. Pada minggu pertama itu, anak anak akan rajinlah bersolat dan bersedekah, pada ketika itu suasana murung masih lagi terasa. Akhirnya setelah menempuh hari hari berlalu, cerita cerita kematian itu turut hilang bersama si mati. Hanya segelintir yang masih mengingati si mati manakala sebahagiannya pula mengingati pula harta si mati. Bilakah pula harta tersebut akan dibahagi bahagikan. Adakah kena pergi ke Amanah Raya ? Berbagai soalan berada difikiran waris waris yang ada.

Namun ada pula segelintir waris waris membelanjakan harta si mati dengan jalan agak baik. Mereka bercadang cadang untuk membuat upah haji, mereka membuat kenduri tahlil besar besaran, mereka bercadang membena kuburan yang cantik cantik, mereka bercadang mendermakan kepada anak anak yatim, membelikan barang barang masjid dengan tujuan semuga si mati mendapat pahala yang berlipat ganda.....

Andainya dunia ini boleh dibeli dengan harta si mati, pastilah segalanya berbayar.......

Setelah meninggalnya anak adam itu, segala harta miliknya itu menjadi harta pusaka walaupun 10 sen. Ahli waris hendaklah berpakat pakat dengan tanpa tertinggal seorang pun. Tiap tiap apa yang hendak dilakukan hendaklah mendapat persetujuan dari yang lain walaupun dengan tujuan untuk kebaikan sekalipun. Tapi sekarang banyak orang memandai mandai lebih falaq dari ahli falaq. Semoga Alllah Taala memberi taufk dan hidayah dan menolak segala bala bencana.

Dari Abi Bazrah al-Aslami katanya: Rasulullah SAW bersabda, "tidak akan melangkah kaki anak adam pada hari kiamat sehingga ditanyakan mengenai umurnya pada apa ia habiskan, mengenai ilmunya pada apa ia lakukan, mengenai hartanya darimana ianya diperolehi dan ke mana ianya dibelanjakan dan mengenai tubuhnya pada apa ianya dihabiskan".

Monday, July 30, 2012

Adakah Cinta Selepas Perkahwinan

Salam.......

Saya telah ditanya oleh anak anak "adakah cinta selepas perkahwinan" Jawapannya sangat mudah...." Tidak ada" Kenapa jadi begitu.....Jawapannya " sedangkan dengan tuhan pencipta manusia, mereka mempunyai keraguan untuk mencintainya, inikan pula sesama makhluk.............

Cinta sebelum perkhawinan lebih kepada arah nafsu semata mata mata, justeru itu mata telah tertipu dengan segala yang indah indah, telinga tertipu dengan ucapan yang manis manis, selera berahi juga setiap hari semakin memuncak. Apa yang ada hanyalah palsu semata mata dan penuh angan angan. Terlalu sedikit yang berlaku benar, bahkan tertipu dalam kebenaran...........................

Sebaik sahaja berlansungnya akad nikah, maka segala galanya tertanggung terhadap suami di mana isteri pula dituntut taat kepada suami. Dunia kebenaran sudah mula beraksi ketika itu. Lihatlah poket suami , masih mempunyai uang atau tidak, lihatlah isteri masih mempunyai kerajinan atau tidak. Adakah mereka keduanya mendengar suara azan subuh atau lena menarik selimut

Lalu yang tinggal adalah kasih sayang. Bagaimana kasih sayang itu dapat dilihat ? Lihatlah suami ketika ia marah, lihatlah suami ketika anda mahu melahirkan anak, lihatlah suami ketika kamu sedang berpantang, lihatlah suami ketika kamu sakit dan demam. Lihatlah isteri ketika ia menyediakan makanan, lihatlah isteri ketika ia membasuh kain baju, lihatlah isteri ketika ditinggalkan berjauhan.......... Kita akan melihat kerinduan dan kasih sayang.....................atau kalian melihat neraka di dunia nyata.....




Thursday, July 26, 2012

Lawatan Pak Menteri

Salam...........,

Semalam jam 4.00 petang , saya buat sibuk sibuk di depan hotel. Agak ramai orang pada waktu itu kerana pak menteri sedang melawat anak anak lorong.............



Macam biasa, mato mato pun banyak berkeliaran di sana. Korang janganlah buat hal masa tu...


Saya tidak ada kerja apa apa sebab pak menteri tidaklah masuk ke tempat saya, cuma sibuk sibuk jumpa kekawan...ye lah.... nak ajak makan tak boleh...kitakan puasa......

Wednesday, July 25, 2012

Aku Dan JWW Birch

Salam.............,

Allah itu Maha Kaya....Setelah mencecah 30tahun, Allah pertemukan saya dengan kenalan lama di waktu usia saya setengah abad. Saya antara pelakun teater dipentas itu memegang watak sebagai JWW Birch telah bertemu guru saya yang juga pengarah teater itu semalam.


Pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak menjadi agenda pertama di malam yang penuh gilang gemilang. Cikgu Zainal disebutlah namanya yang pernah menjadi kumpulan Anak Alam, telah memperlihatkan bakat kami yang pada ketika itu budak budak hingusan....Bukanlah senang untuk melontarkan suara disebalik kegemuruhan dan jantung yang berdetup detap. Bukanlah senang bercakap tanpa alat pembesar suara dan juga mengatur langkah satu persatu. Akhirnya semua berjalan dengan lancar.....

Semalam saya berjumpa cikgu Zainal di bazar ramadhan MPS. Sungguh saya tidak kenal dia dan saya sangka ND La La menyapa saya. Dia kelihatan lebih muda dari saya.......Dengar khabarnya bertugas di JPM Shah Alam.... Sememangnya semua anak muridnya membawa haluan masing masing. Ada yang sudah menjadi orang besar besar, ada yang kecik kecik...begitulah adanya

Tuesday, July 24, 2012

Kelaparan Yang Memuncak

Salam..........,

Beberapa tahun yang lalu di hotel hotel besar tidak membenarkan pekerja pekerja Islam makan di kantin waktu tengahari. Seperti biasa mana mana manusia yang tidak berpuasa akan menyorok nyorok makan dan menghisap rokok di tempat tempat tersembunyi sebagai tanda takut dan hormat. 

gambar hiasan dari google

Bila pm berpindah pindah ke hotel kecik molek maka terjumpalah dengan GM yang bukan muslim. Bila pm kemukan masalah pekerja melayu makan di bulan puasa, beliau tersu menjawab bahawa hotel ini adalah bukanlah hotel orang Islam. Jadi susahlah nak membuat kerja..............Apa lagi melayu melayu yang tidak ada otak ini makanlah di kantin waktu tengahari buta dengan laparnya. Mereka tidak sedikit merasa segan dan silu dan seolah olah tidak bersalah apa apa. Berkepul kepul kepullah asap rokok mereka di dalam kantin itu....

Tahun demi tahun berlalu, mereka yang memonteng puasa itu telah tiada lagi bersama kepulan asap rokoknya kerana rezekinya tidak panjang di hotel itu. Akan tetapi terdapatlah sedikit saki bakinya yang berkata " tidak berpuasa adalah hak peribadi "........Kira islam adalah hak peribadilah... Kalau dibiar biarkan maka makin tak nak Islamlah mereka.

laparnya

Monday, July 23, 2012

Korang Puasa Tak

Salam........

Bagaimana perasaan remaja di bulan Ramadhan ini ? Kegembiraan masa dulu tidaklah seperti zaman sekarang. Zaman sekarang zaman hand phone canggih canggih, mereka sibuk ke situlah.....

Waktu dulu dulu, bulan ramadhan amatlah terasa. Sahur jam 2.30 pagi dan tidak seperti sekarang, sahurnya jam 5.30 pagi dan ada juga 6.30 pagi. Pagi yang dingin itu memperdengarkan suara jiran sahut sahutan diikuti bunyi batu tumbuk dan bunyi periok belanga berlaga di dapur.


Kemudian termasuklah adengan menggerakkan anak cucu yang tidur mati dengan riuh rendahnya. Pagi nan dingin memperdengarkan juga suara tabuh dari surau menandakan telah masuk waktu subuh dan berakhirnya sesi makan makan. Siang berpuasa tidak memperlihatkan banyak aktiviti, kecuali mereka yang rajin beribadah , membaca quran dan solat sunat. Aktiviti tidur sangatlah jelas sekali............Suara ayam berkokok menjadi muzik yang paling indah di waktu petang sebagai tanda sudah hampir waktu mencari benda benda makan di pasar pasar atau di kedai berdekatan


Zaman sekarang tidak ada bezanya seperti masa lalu, waktu mencekik memperlihatkan meja yang penuh dengan berbagai makanan sehingga tidak tahu dimana akan disumbat lagi


Sunday, July 22, 2012

Tikam , Hempuk dan Buang

Salam.

Hari Jumaat lalu 20/7/2012, jam 2.30 pagi,  pm telah dikejutkan dengan panggilan talipon dari budak budak pm di hotel. Kali ini kesah budak budak Myamar seramai 4 orang telah bergaduh selepas minum arak. Dengar khabarnya bukan sahaja bertumbuk tapi juga bertikam tikam bersenjatakan botol dan gunting. Dua orang cedera  parah, seorang muka lebam lebam manakala seorang lagi turut lebam lebam tapi sempat melarikan diri.



Budak budak sempat panggil polis, dan 3 orang itu telahpun di tangkap


Di dalam hal macam ini, cubalah kita fikir fikirkan, pendatang asing seperti ini semudah itu tikam tikam dan cekik orang selepas itu melarikan diri. Walaupun mereka ada passport dan visa pekerja tetapi mereka masih mempunyai banyak peluang hidup di negara kita. Sekurang kurangnya mereka mempunyai jalan melepasi diri ke negara jiran. Ada setengahnya mempunyai passport, kad pelarian dan juga ic .....dimana mereka dapat ?

Kalaulah jenis jenis mereka dengan senang bunuh keluarga kita dan senang melarikan diri, kau orang nak dakwa siapa ? Kejadian seperti ini menunjukkan arak adalah segala galanya tetapi dengan membiarkan mereka bermaharajalela di negara kita adalah lebih bahaya......................................Mereka dengan mudah mengambil upah untuk membuat kerja jenayah dan tersenyum melihat kebodohan kita...

Wednesday, July 18, 2012

Peninggalan Arwah

Salam.....,

Semalam pm pulang ke kampung setelah seminggu berlalu arwah bapa pm meninggal dunia. Biasalah kalau berjumpa adik beradik banyaklah cerita cerita misteri yang disebut. Orang melayu memanglah seperti itu, tak ada mistik tak adalah melayu......Lalu adik pm pun bertanya hendak atau tidak keris peninggalan  arwah bapa pm


Pm jawab tak mahu sebab pm tidak tahu nak buat macam mana, lagipun di zaman ini orang pakai pistol, dari jauh dah boleh tembak sahaja. Bila tenguk koleksi adik saya, macam orang nak berperang pulak..


Macam itulah minatnya dan dalam seminggu ada 3 hari mengajar budak budak bersilat. Pm ni, waktu dulu berminat juga tetapi sekarang sudah malas, sekali sekala turun ke gelanggang lenguh lutut dan kaki... Dah tak relevan kut ?


Pm cuma ambil pisau lipat ini sebagai kenang kenangan. Bolehlah buat potong limau untuk mandi mandi, atau buat kopek buah buah. Orang tua kalau dah tak ada gigi mungkin perlu menggunakan pisau ini........ha ha ha...

Masa arwah bapa mertua pm meninggal dulu, pm cuma kutip kitab kitab lama yang tertinggal di tepi tangga. Siapalah nak baca tulisan jawi lama tu, banyak helaian yang koyak koyak. Anak cucu manalah nak pandang. Lagipun di zaman sekarang sudahpun moden, alquran digital dah ada, tunjuk aja dah suara membaca quran. Jadi tidak perlu bersusah susah mencari guru. Bolehlah ikut ikut..... kan..............?

Arwah bapa pm pun ada quran besar, tidaklah pm mengambilnya. Di dalam rumah pm dah ada quran... Kalau simpan banyak banyak tidak baca, apalah gunanya ya ......Tapi seperti biasa orang melayu tersangat bimbang takut keturunan keturunan kita dulu dulu mempunyai saka....Cerita melayu memang macam tu.. Kalau keturunan kita dulu jenis ostad ostad ahli masjid, tak apa lah jugak.....Tapi kalau jenis kuat menampo orang , bengis macam jin ...payahlah sikit....

Tuesday, July 17, 2012

Khabar Dari Seberang

Salam...........


Jelmaan apakah dia
hanya kata kata di hujung mata
hanya bicara bercerita
kenyataannya adalah tanda tanya
tanpa suara..................

Sunday, July 15, 2012

Antara Cerita Cerita

Salam,

Seorang teman datang kepadaku membawa cerita yang aneh aneh, paling layak mengisi buku buku misteri. Sayang sekali aku bukanlah pengarangnya yang pandai menokok tambah. Zaman dahulu telah lama berlalu, waktu itu orang orang kita masih berada di simpang jalan, berada di bumi Allah sepertinya jejak tak jejak. Mereka melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama................. 

Kudengar seorang ibu sangat menginginkan seorang anak lelaki, lalu beliau pergi berniat di makam Habib Noh di Singapura. Akhirnya dengan izin Alah subhanahuwataala, lahirlah anak idaman itu disambut dengan ribut taufan mengggila............Manusia tidak berfikir panjang dengan pekerjaannya, anak itu lahir dan semakin membesar mengejar usianya. Sempurnakah hidup anak itu ? Perbualan aku dengan lelaki itu terus menyingkap rahsia, beliau sering bermimpi mimpi melihat zaman zaman lalu, melihat keris berlok 9, melihat Hang Tuah mendatanginya, melihat raja dan dayang........Sungguh kasihan.... beliau masih lagi dibuai mimpi dan hayalan....Aku hanya teringat pesanan arwah guru aku " carilah ilmu memudahkan mati, carilah jalan pulang dan bukannya mahu menungkat langit menjadi Tuhan "


Bukan juga mudah untuk mati jika kita ada ikatan dan perjanjian dengan dunia. Bukan juga mudah untuk kita mati jika hati kita masih lagi berkata kata dan tidak reda, bukan juga mudah untuk mati jika kita tidak bersedia untuk pergi. Lalu setelah mati itu apa pula kita tinggalkan untuk anak anak kita, apakah pesanan pesanan dan panduan yang berharga..................?

Dari hari pertama , hari ke dua, ke tiga dan tujuh........kemudian 21 hari dan seterusnya 40 dan 90 hari ke 100 hari. Hari hari terus dihitung oleh anak anak menjadi kenangan, semakin hari semakin jauh dan bermusim tahlilnya. Apa salahnya kalau kita berpesan pesan sesama kita, sesama saudara kita.............

" wahai anakku, janganlah kau fikirkan bahwa aku yang mati ini akan menjadi hantu atau aku ini akan menurunkan saka yang tidak berguna itu kepada kamu. Jangan juga kau membayang bayangkan aku akan kembali ke dunia dengan pakaian pocong melompat lompat di pintu rumah. Tapi hendaklah kau buat apa yang disuruh oleh agama dan apa yang telah diajar oleh nabi. Jangan kau mengikut ngikut atau mengada ada perkara yang tiada di dalam agama. Jangan berpecah belah dan saling menyakiti sesama sendiri sebaiknya bersatu dan bermufakatlah. Segala rukun dan aturan agama telah tersusun maka jangan kau susah susahkan dirimu dengan perkara perkara yang tanpa ilmu dan munafaat...........

Dari Abu Hurairah r.a juga berkata, Rasulullah SAW bersabda : Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalannya, melainkan 3 macam :
  1. Sedekah yang berjalan terus.
  2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  3. Anak yang sholeh yang mendoakan baik baginya

”Daripada bidaah apa dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya. “
“Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram.
“Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya.” ( rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).

Dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah.



Thursday, July 12, 2012

Jalan Kembali

Salam,

3 hari saya mendiam diri meninggalkan blog ini. Bermula dari hari Isnin lalu jam 7.30 pagi tanggal 9hb Julai 2012, bapa saya arwahyarham Hj. Ismail bin Abdullah telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumah beliau di Kg. Melayu Rasa Hulu Selangor. Berita sedih itu telah dikhabarkan kepada seluruh sanak saudara dimana beliau telah selamat dikebumikan pada jam 12.30 tengahari pada hari yang sama.



Selama 3 malam berturut turut majlis tahlil di adakan di Masjid Rasa dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir dan juga kepada mereka yang datang membantu sewaktu pengurusan jenazah...

Alfatihah...............................

Saturday, July 7, 2012

Dari Seberang Sana

Salam........

Tidak tahu apa yang mahu dilakukan pada hari ini. Mungkin juga sebaiknya membuka facebook melihat gambar gambar untuk diabadikan


Siapakah dia.......kena tanya tuan punya badan........


Masih bergaya tapi penuh tandatanya...........


Orang yang sama..........


Cerita yang penuh tandatanya.................


Nasib manusia tidak sama

 yang masih dibuai mimpi


masih mencari nasibnya

mimpi mimpi yang belum nyata


yang pergi jauh
macam amoi


kemana sahaja dengan tudungnya


Saya paparkan gambar bersebab sebagai dairy di dalam blog saya. Semua yang saya kenali jauh di seberang. Semakin hari mereka semakin dewasa, membawa nasib masing masing di bumi Tuhan

Thursday, July 5, 2012

Kembali Terjalin

Salam.........

Mengingati lagu Arwah Sudirman " kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu " mengingatkan saya pekan lama itu di tempatnya saya membesar menjadi seorang lelaki tabah. Di sana saya bersekolah, di sana saya temui sebuah keluarga dari Jabatan Hutan yang menerima saya di dalam hidup mereka. Di sana juga buah hati saya meninggalkan saya dan menaiki kereta dengan lelaki lain.....



Kuala Kubu dengan kisah lama buaya putih yang menyebabkan empangan  pecah............



Kuala Kubu tempat saya masuk pertandingan membaca Alquran.......Di sana saya didewasakan dengan segala kisah suka duka.........Sekali sekali masih teringat kata kata arwah atok angkat saya " lamo ekou tak datang, takkan nak tunggu atok mati baru nak datang " Sungguh benar kata atok.... bila pakcik pindah ke Langat, atok sudahpun meninggal dunia..... Tak ada ilmu yang saya dapat dari atok .Cuma yang tinggal pesanannya " kalau kau buek baik orang akan kasih"...

Takdir Allah "ujang" cucu atok menghubungi saya kelmarin.........Lama sudah kami tidak berjumpa. Dengar khabarnya dah beranak pinak dan bercucu...loyar buruknya tak habis habis .....begitulah kami yang semakin tua ini.................

Tuesday, July 3, 2012

Seluar Dalam Tunang

Salam,

Waktu bujang dulu tinggallah bersama kawan kawan seramai 3 orang. Bila seorang dah kahwin dan berpindah maka tinggallah kami berdua. Kawan saya tu...orang Terengganu. Emak bapak dia selalu datang melawat termasuklah tunangnya.............

Pada satu hari kawan saya bertanya " kau nampak tak sependa tunang aku yang tergantung di ampaian....Sependa tu dah hilang "

Malu sangat saya pada masa itu...........................................

Monday, July 2, 2012

Seikhlas Hati

Salam,

Bila orang bertanya kepada kita, siapakah kamu......jawab sahaja saya adalah saya. Saya adalah manusia biasa yang tidak mempunyai apa apa dan menumpang di bumi tuhan.......Tidak ada apa apa yang dibangga banggakan sebagai seorang musafir seperti ini yang tidak mampu mengangkat tangan sendiri........


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...