Followers

Tuesday, July 31, 2012

Kekasih Kuseru

Salam........cubalah kita renung renungkan akan keadaan zaman yang penuh ombak duri ini...

Setiap kali selepas berlakunya kematian ketua keluarga, riuh rendah akan berlaku. Pada minggu pertama itu, anak anak akan rajinlah bersolat dan bersedekah, pada ketika itu suasana murung masih lagi terasa. Akhirnya setelah menempuh hari hari berlalu, cerita cerita kematian itu turut hilang bersama si mati. Hanya segelintir yang masih mengingati si mati manakala sebahagiannya pula mengingati pula harta si mati. Bilakah pula harta tersebut akan dibahagi bahagikan. Adakah kena pergi ke Amanah Raya ? Berbagai soalan berada difikiran waris waris yang ada.

Namun ada pula segelintir waris waris membelanjakan harta si mati dengan jalan agak baik. Mereka bercadang cadang untuk membuat upah haji, mereka membuat kenduri tahlil besar besaran, mereka bercadang membena kuburan yang cantik cantik, mereka bercadang mendermakan kepada anak anak yatim, membelikan barang barang masjid dengan tujuan semuga si mati mendapat pahala yang berlipat ganda.....

Andainya dunia ini boleh dibeli dengan harta si mati, pastilah segalanya berbayar.......

Setelah meninggalnya anak adam itu, segala harta miliknya itu menjadi harta pusaka walaupun 10 sen. Ahli waris hendaklah berpakat pakat dengan tanpa tertinggal seorang pun. Tiap tiap apa yang hendak dilakukan hendaklah mendapat persetujuan dari yang lain walaupun dengan tujuan untuk kebaikan sekalipun. Tapi sekarang banyak orang memandai mandai lebih falaq dari ahli falaq. Semoga Alllah Taala memberi taufk dan hidayah dan menolak segala bala bencana.

Dari Abi Bazrah al-Aslami katanya: Rasulullah SAW bersabda, "tidak akan melangkah kaki anak adam pada hari kiamat sehingga ditanyakan mengenai umurnya pada apa ia habiskan, mengenai ilmunya pada apa ia lakukan, mengenai hartanya darimana ianya diperolehi dan ke mana ianya dibelanjakan dan mengenai tubuhnya pada apa ianya dihabiskan".

No comments: