Followers

Monday, September 10, 2012

Seronoknya Kahwin

Salam...........

Semalam anak angkat pm yang perempan tu bernikah di Medan mengikut adat istiadat mereka. Pm tidak boleh pergi dengan sebab sebab peribadi. Namun begitu beliau kelihatannya gembira mendapat suami yang sangat dicintainya.



Itu adalah kisah di Medan, bagaimana pula suasana di tempat kita ?... Orang kita masihlah dahsyat lagi. Bukan sahaja hantaran mahal mahal, benda benda hantaran pula bermacam macam rupa. Dalam hantaran yang berbalas balas itu masih ada yang hantar Quran cantik, kain telekung , tasbih di dalam dulang. Harap harap si pengantin pakailah barang tu dan bacalah Quran tu. Jangan buat "tok pekong" dalam rumah. Sudah dapat baca setahun sekalipun sudah dikira alhamdulillah.

Kerja kahwin ni bukanlah untuk menunjuk nunjuk, kahwin hendaklah lama hidup bersama dan bukan sehari semalam sahaja dan selepas itu tidak sesuai........


No comments: