Followers

Thursday, September 27, 2012

Terbuka Sudah Wahai Sayang

Salam.....................

Hari ini esok dan selamanya kita masih disajikan dengan cerita cerita keji di dada akhbar dan majalah majalah kesar serta kerdil. Hari hari menceritakan kisah manusia yang tidak dapat menahan nafsu serakah. Kisah anak melayu menyerahkan lauknya kepada awang hitam, kisah datok merogol cucunya, kisah kehidupan sumbang mahram, kisah lebai haji tidur sebilik dengan janda. Kisah orang melontar anak ke dalam lombong, kisah anak terbiar di tepi tong sampah dan banyak lagilah kekejian bermaharajalela. Lelaki perempuan saling salah menyalah. Marilah ke mari wahai sahabat dan kawan , pm bukankan mata dan pintu hati.............


Dimanakah kemuliaan dan kekejian yang anda lihat sebenarnya. Apakah yang dapat menghalang mata lelaki melihatnya, apakah tabir hijap yang ada.....dimana mana dimana...............................? Siapakah yang dapat menghalang punca kekejian ini. Pemimpin , rakyat, masyarakat atau orang orang tua yang telah hilang nafsunya...........................

Semuanya soal nafsu dan keinginan. Lelaki inginkan wanita dan wanita menginginkan lelaki. Lelaki saling mencari cari apa yang disembunyikan oleh wanita manakala wanita mempamerkan apa sahaja yang mereka miliki. Lalu selepas itu terjadi benda yang dilarang larang, lalu mereka yang melihat pula saling bertepuk tangan memberi sokongan. Lalu mereka bertanya " sedap tak, lazat tak waktu tadi"... Lalu si perlaku mengatakan " memang sedap terasa , tersangat sedaplah rasanya"... Mereka saling bertepuk tangan , menyambung semula adingan berulang kali sehingga puas. Apakah yang puas ? Yang puas adalah hatinya yang kenyang adalah nafsunya...............

Sama juga mereka yang menerima rasuah, tidak cukup sedikit, hendak lagi, mau makan semaunya sehingga muntah. Mereka akan makan sehabisnya, melupakan dosa dan kemudian berbakti mengaburi mata manusia. Mengambil "share " syarikat tertentu dengan jalan yang haram, jadi ceo dengan jalan yang haram, memerah menipu , memulas peluh ditubuh manusia, menjual manusia


Apa lagi keinginan yang penuh kekejian yang patut kita hirup.....siapakah lagi puncanya......


Masih ada orang berselera melihatnya.

No comments: