Followers

Thursday, October 18, 2012

Misteri Templer Park Jalan Rawang

Salam

Mash ingat Templer Park di Jalan Rawang, dulu orang sebut Bukit Kancing.......best mandi kat sana , apatah lagi dating dalam keadaan hujan dan sejuk sejuk................


Malam itu kira kira jam 8.00 malam saya melalui jalan itu untuk pergi ke Kuala Lumpur. Jalan itu adalah jalan biasa untuk saya berulang alik dari Bukit Beruntung. Malam itu hujan renyai renyai mewarnai malam Jumaat yang selalu menjadi tanda tanya orang melayu. Tidak banyak kereta melalui jalan itu pada ketika itu dan hanya beberapa buah kereta berselang seli. Ketika melalui suatu bukit, dari jauh saya terpandang dua lembaga manusia berdiri betul betul di tengah jalan. Pelik betul di tengah tengah hutan yang kosong ketika itu ada manusia mahu menyeberang jalan. Agaknya orang indon kontrak pada fikiran saya. Saya memperlahankan kereta kerana bimbang terlanggar mereka. 

gambar hiasan

Semakin lama kereta saya semakin dekat menghampiri mereka dan kemudian saya sempat menjeling. Mereka adalah sepasang suami isteri yang  berbaju putih dan apa yang lebih jelas adalah  isterinya itu sedang memangku anak yang masih kecil. Wanita itu menundukkan muka memandang anaknya dan tidak menampakkan wajah manakala wajah suaminya juga tidak jelas di malam yang serba hitam itu. Selepas melalui kawasan itu dengan tiba tiba di dalam kereta saya dipenuhi dengan bau asap kemenyan yang entah datang dari mana. Apa yang pasti, saya selamat seisi keluarga.

Saya mempunyai prinsip tersendiri melalui jalan itu iaitu saya akan melewatkan 5 minit atau sebelum 5 - 10 minit melalui kawasan itu diwaktu tengah malam. Maklumlah kerja saya tidak menjajnjikan bilakah waktu pulang atau adanya panggilan dari tempat kerja di waktu malam. Ada berbagai tanda yang saya lihat membuat saya begitu berhati hati terutama apabila dengan tiba tibanya hujan renyai waktu malam atau hujan panas waktu siang, atau juga saya terlihat ada daun berterbangan beralun melintasi jalan. Pernah saya melihat seorang lelaki tergolek akibat kemalangan selepas pertanda itu. Saya pernah memotong lori di satu pagi dan dengan tiba tiba hujan lebat menyebabkan saya tidak nampak jalan hadapan dan kenderaan yang saya potong itu. Akhirnya saya memilih langkah memperlahankan kereta.........sehingga saya nampak lori itu berlalu. Apa yang saya bimbangkan ialah kenderaan dari belakang ketika saya mahu memotong, saya sangkakan motor rupanya lori treler panjang yang hanya ada sebelah mata......................

Adalah berbohong jika saya katakan di sana ada hantu...tapi anda perlu berhati hati kalau ke sana....




4 comments:

Telor Power said...

SEJAK 2,3 ENTRI NI CERITA SERAM JER YER


SEDAP MEMBACANYA. ENTRI MAK SEDARA(KALAU TAK SILAP) TU MCM MANA? NAK SAHAJA TAHU KISAH SELANJUTNYA

Queenie said...

ollooo....seramnya..

salah time masuk nih!
lariii........

Panglima Muda said...

mak sedara punya cerita tak dapat di sambung lagi tapi ada cerita baru akan datang....

Anonymous said...

Pada tahun awal tahun 2012 memang ada kemalangan melibatkan motor dengan lori dimana penunggang dan pembonceng motor meninggal dunia. Saya ada semasa kejadian dan lihat sendiri dua mayat bergelimpangan di atas jalan. Sepasang suami isteri (kiraan saya) yang berumur lingkuan akhir 20-an atau awal 30-an.... Si isteri bertudung. Al-Fatihah kepada mereka