Followers

Wednesday, October 24, 2012

Pembunuh Upahan

Salam..........

Cikgu Misai gelarannya, seorang guru disiplin yang suka bercermin mata hitam walaupun di waktu pagi buta ditambahi pula dengan misainya yang hitam menebal membentuk wajah garang.....aduh...ramai student tak suka.....tapi pm suka. Dia juga seorang guru jasmani yang kerjanya sibuk tentang sukan, dari pagi sehingga ke petang dan sampai bila bila  dia suka memakai seluar track

gambar hiasan

Di setiap pagi ada waktu jasmani di kelas kami. Memang rasa malas juga tetapi tidaklah boleh mengelak. Dia suruh kami berlari dari sekolah ke arah hutan itu yang ada waterfall...tempat banyak orang datang, dan kemudian melalui kawasan rumah murah dan terus melalui pusat latihan bomba dan akhirnya kembali ke jalan asrama menuju ke sekolah......Dia naik motor kapcai, kami berlari macam nak mampus tidak termasuk kena kejar anjing ........so sweet ........... Semuanya berlaku disini


Mengingati cikgu misai dan cikgu kesukaannya iaitu cikgu Bi Bi..adalah sesuatu yang tidak mungkin kembali lagi kepada pm dan seluruh student di sekolah tersebut.


Di dewan ini , kami berkumpul pagi pagi sambil menyanyikan lagu " Negaraku" dan celoteh guru besar yang tidak penat bila sahaja dapat microphone. Ramai sudah pelajar pelajar pergi dan kini menjadi orang besar besar dan kecik kecik. Sehingganya juga disuatu hari ada 2 orang bekas student datang memakai uniform tentera yang berpangkat menemui Cikgu Misai....." Cikgu, sekarang saya dah jadi orang " kata mereka. Semuanya kerana sakit hati mendengar maki hamun cikgu misai sewaktu dahulu memperlekehkan kemampuan mereka.


Asrama ini tempat kawan kawan pm sewaktu dahulu dan kini dipenuhi dengan anak anak bangsa kita yang mewarisinya.

Sudah lama pm tidak berjumpa dengan Cikgu Misai dan juga merasa rotannya. Dia masih dalam ingatan dan bukan kerana dendam tetapi rindu pada kenangan lama. Waktu itu pm sempat berjumpa J.Sham penyanyi tahun 60an dimana beliau juga menjadi Nazir sekolah......

Pada tahun 1995, pm telah terjumpa Cikgu Misai yang kebetulan tersangkut di pondok parking di Federal Hotel Kuala Lumpur. Dia tersangkut kerana terpaksa membayar RM 30........ Apalah yang ada pada RM 30/- itu kalau difikirkan tentang kebaikan tegurannya.... Apalah yang ada dengan RM 30/- itu kalau kita mampu menggunakan tandatangan kita yang penuh kuasa untuk membebaskannya dari bebanan itu. Dia sudah jadi nazir sekolah ketika itu dan sekarang entah di mana, rasanya dah lama pencen....Kami semuapun dah tua dah....

Garang bukanlah bererti makan orang dan kalau kita tidak buat garang, budak budak akan pijak kepala kita. Cikgu sekarang tidak boleh garang dan terpaksa lembut lembut dan senyum senyum. Maka dengan itu ramailah budak budak tidak mahu mendengar kata sebaliknya akan pasang " peguam" untuk kebodohannya.

6 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
Kat sekolah saya dulupun ada juga cikgu macam ni...sekolah rendah 7 menengah. Arwah Cikgu Abdul Rahman (sekolah rendah), selalu bawak rotan besar panjang warna kuning tu masuk kelas. 5 minit pertama dia soal sifir sorang demi sorang yang perlu dijawab dlm masa 3 saat. Sebahagian besar murid dia akan kena pembaris besar tu, adakala bukan sbb tak dapat jwb tp sbb blurr dia dok depan dgn masa 3 saat itu.
Walaupun hari2 kena pembaris tu, kami sangat gembira. Kalau arwah terlupa soal sifir 5 minit pertama itu, kami akan ingatkan dia (mcm seronok pulak kena bedal dgn pembaris besar tu...).
Alhamdulillah saya jadi orang walaupun tetap gagal Matematik Tambahan. Hingga arwah pencen, tak ada seorangpun murid pasang peguam sbb kami semua "jadi orang" ;)

Panglima Muda said...

paling susah bila terkena cikgu pakai ejaan lama, jenuh kami yang terlampau moden ni...." chantik "

Siti Shafina Borhanudin said...

So sweet

Siti Shafina Borhanudin said...

So sweet

azieazah said...

Teringat cikgu lama saja ker? Awek lama masa skolah dulu, tak teringat kah? hehehe

Panglima Muda said...

terlalu banyak awek, manalah nak ingat