Followers

Thursday, November 22, 2012

PELUANG MASIH ADA

Salam.................

Masih ingat zaman ekonomi meleset dahulu sekitar tahun 90an, waktu itu gaji pm baru RM 490/-. Pm  menyewa rumah di Selayang Baru, isteri tidak bekerja dan anak pula ada 4 orang. Dengan duit itulah dapat membayar tambang bas, bayar sewa ruimah, bil air dan letrik dan seterusnya makan minum serta pakaian. Nasib baik kerja di hotel dapat makan free.


Tinggal berdekatan pasar borong merupakan satu rahmat. Sayur sawi boleh dibeli dengan harga 50 sen manakala ikan bawal juga murah harganya. Kaum keluarga yang datang  dapat juga menikmati makananan yang dikatakan mewah itu. Dengan RM 2/-  belanja dapur sehari dimanalah cukupnya....Tapi masih boleh bernyawa dan budak budakpun dah besar panjang masa kini........

Kehidupan masa lampau memanglah susah, banyak bebanan hutang dan kalau tidak berhutang manakan dapat barangnya. Masa itu kebanyakkan orang berhutang mengambil barang singer maka belilah tv dan peti ais sebagai pelengkap rumah. Tiap tiap bulan berbunyi "kelepap kelepap" bunyi selipar bil collector datang ke rumah dan kalau tidak dapat dibayar nanti diangkutnya balik barang itu. Orang sebelah rumah beli barang karaoke di rumahnya, mintak pulak tolong kita jamin...last last tak boleh bayar. Maka kita pulak jadi mangsa..... Duduk di Selayang Baru rumah bertingkat memang banyak pengalaman dan banyak juga tok bomoh di sana.

Kehidupan terus berubah, pm pindah ke Kepong , bos suruh duduk di rumahnya. Rumah teres yang besar mempunyai 3 bilik yang besar, ruang tamu dan dapur yang besar. Rumah besar tapi pm tak ada barang apa apa. Rumah besar akan bergaung dan riuh rendah dengan suara budak budak. Jirannya sebelah china sebelah inda, depan india belakang india...Alhamdulillah, manusia tetap sama walaupun akidahnya berlainan.

Seorang minat kerja panjat panjat


seorang duduk melangut

seorang jadi hensome guy

seorang melengung

seorang masih cekolah....

Kehidupan ini banyak pahit dan manisnya.....cerita juga masih banyak sambungannnya.....

2 comments:

YaKuza YesungNoOna said...

nape gmbr yg nie huhuhu

azieazah said...

Hahaha nampak gaya macam anak sendiri yang jadi pengomen pertama. hehehe

Begitulah masa berlalu pantas, bila anak semakin besar dan kita semakin tua. Masa lalu dah tak boleh diulang kecuali untuk dikenang. Saya sendiri memulakan hidup di KL... pun susah dan pun ada hutang juga.