Saturday, January 28, 2012

Bertunang Di Hujung Semak

Salam .....Anda pernah bertunang ?

Kisah Pertama


Pm dijemput untuk meramaikan majlis, ikut perarakan membawa serbenika rupa hantaran. Sampai sahaja di rumah bakal pengantin perempuan, kamipun disambut dengan baiknya, cuma lain negeri lainlah bunyinya. Sebelum memulakan hajat, pak imam dari keluarga si perempuan membuka kata. Bukan sahaja salam tapi juga beliau telah berceramah panjang tentang ugama. Ceramah inilah membuat pihak lelaki jadi biol dan tidak dapat bercakap banyak. Biasalah bila jumpa orang pandai bercakap, orang bodoh jadi diam. Maka sesedap itulah pihak perempuan bercakap apa sahaja dan pihak lelaki jadi itek serati angguk apa sahaja................

Bila sampai hari menetapkan hari perkahwinan, pm disuruh bercakap dan kali ini pm pulak ganti pak imam dan kali ini pihak perempuan angguk kepala. Kerja begini tidak boleh kesian kesian dan lembut sangat, orang akan akalkan kita.........

Kisah Kedua

Keluarga lelaki minta pm anak beranak siapkan perkakas hantarannya. Ini kerja orang perempuan tapi pm buat sibuk kerana pm tahu bahawa orang perempuan suka benda yang rumit rumit sehingga dulang penuh dengan bunga bungaan dan menjadi ladang yang besar. Sambil bersembang dengan bapa si lelaki, kami mahu mengagak ngagak berapakah hantaran masa kini.... Pm ingat RM 15000/-, kata bapa si lelaki kalau sebanyak itu mungkin beliau  tidak akan membuat kenduri.... tidak mampu dan biarlah kenduri itu disebelah perempuan sahaja. Bagi pm pihak lelaki buat begitu pun tak apa.....Cuma sebelum kenduri itu pihak perempuan lansung tidak memberi bayang bayang berapakah hantaranya. Mereka mahu buat kejutan, mereka mahu saudara mara mereka meletakkan harga.........Mungkin yang nak kawin tu saudara mara mereka dan bukan si perempuan...........# Rasanya eloklah si perempuan tu digulai sahaja............ Dengar kabar RM 10,000 serba satu...... kurang lebih tu jugak.....



Kisah ketiga

Pm dijemput dengan ajak ajak kambing. Pm tidaklah hadir ke majlis itu. Dengar kabar tidaklah adik beradik kuat sebelah perempuan tu  tahu menahu berapakah hantarannya, pak imam meletakkan harga dan menaikkan harga. Adik beradik sebelah perempuan tu jadi orang lain, manakala orang lain pulak jadi adik beradik. Keluarga lelaki perempuan sahaja yang pakat pakat sendiri. Menentu tarikh pun dia orang buat sendiri. Mungkin hari kenduri itu mereka tidak perlukan adik beradik, nikah dalam dewan besar yang grand grand...Pm nanti datang ziarah dan makan sahaja, lagi pun pm orang luar yang mengintai di reban kambing sahaja..........................


Thursday, January 26, 2012

Mencari Harta Di Dalam Semak

Salam...............

Dulu cita cita nak jadi penulis, kita ingat hidup berkarya ini seronok......... Hari hari kita membaca novel , cerpin majalah. Hari hari mengetuk mesin taip buruk satu persatu kerana kita tidak pernah belajar menaip di mana mana sekalipun. Ada masa kita hantar cerita kita ke surat kabar, ke majalah tertentu, kita buat nama pena dengan nama ADISMA....Mungkin ada orang lain pakai nama itu dan apa yang kita tulis tidak pernah laku sekalipun. Mungkin juga kita bukan nama besar dan hanya penulis kaki lima di tepi jalan atau mungkin juga apa yang kita tulis lansung tidak ada kena mengena dengan kehendak orang........................

Hari ini kita lihat penulis 18SXXXX lebih hebat mendapat sambutan. Padahal yang dia tulis itu adalah benda benda " di celah kangkang " Kotor seperti manapun orang tetap suka. Kalau kita jadi penulis politik mungkin lagi hebat , apatah lagi menceritakan kisah celah kain orang. Hari ini kita tetap dengan falsampah kita demi untuk menjaga maruah yang selalu ditelanjangi.

Bermula dari SMS kita berpindah ke FB dengan tulisan yang karut karut. Gaya bahasa dan penulisan sudah lari dari disiplin. Semua perkatan singkat singkat sehingga entah apa butir sebutannya. Gaya penulisan itu dibawa kedalam karangan bahasa Malaysia UPSR, PMR, SPM dan segala TM TM....Tidak hairanlah bila anak anak kita lingkop bahasa Malaysia berbanding dengan bangsa lain yang bukan beranak dari rahim orang melayu.

Dari sana kita menjadi penulis blog....kita buat tajuk yang hebat....blog aku suka....Kita boleh tulis dengan apa gaya sekalipun, kita akan bercerita dengan perkara yang indah indah sehinggalah kepada perkara yang paling jijik. Kita boleh jadi ustaz menulis dan memaparkan apa sahaja tentang kebaikan dan diselang seli dengan ayat Al Quran.....Kita terlupa tentang saksi yang akan menjadi saksi untuk diperhitungkan....Kita tetaplah kita yang lemah.


Tuesday, January 24, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa

Salam........

Setiap malam kaki lenguh lenguh, mungkin penat menekan pedal kereta setiap hari. Setiap hari juga pm menyuruh anak bungsu mengetuk ngetuk kaki, kekadang kadang ketukan itu menyebabkan pm terlelap lena sampai ke pagi. Iniah dia kasih anak..........Terkadang kadang juga terkenang arwah emak, selalu pm belikan minyak urut kepadanya terutama minyak urut berwarna hijau. Dia selalu lenguh lenguk kaki tapi tidak pernah dia minta anak anaknya urutkan. Kalau sakit sangat dia akan pergi ke klinik di Kuala Kubu Baru. Dengan satu suntikan sahaja dia mulai lega..............

Dulu pm juga ada melihat arwah atuk membena  bilik air. Orang dulu dulu tidaklah membuat bilik air di dalam rumah tetapi bilik air itu dibena jauh sedikit dari rumah. Bila ada orang bertanya kepada atuk kenapa buat bilik air itu. Atuk jawab selepas dia mati tidak ada orang akan bena bilik air lagi disitu. Benar kata atuk, bilik air itu akhirnya roboh dan tidak siapapun anak cucunya menaikan bilik air disitu selepas dia meninggal.

Begitulah juga kisahnya dengan seorang atuk angkat pm di Kuala Kubu Baru. Suatu hari pm datang bertemunya kerana sudah lama tidak menziarah. " Dah lamo kau tak datang " soal atuk...." ekau nak tunggu atuk mati baru nak datang " soalnya lagi.........Sungguh benar katanya, setelah ayah angkat pm berpindah ke Langat, pm tidak lagi bertemu dengannya sehinggalah di suatu hari pm dapat mencari rumah mereka disana. Atuk dah tak do dah " kata makcik ketika pm menjejak kaki dirumahnya. Tidak apa yang pm kenang pasal atuk kecuali melihat tubuhnya yang lemah berjalan  tatapi apabila selesai  solat, dia kelihatan kuat. Demikianlah anugerah Allah kepada orang yang beramal dan taat. Pesan atuk " kalau kau buek baik,orang akan kasih........................."

Tidak ada yang baik kecuali kenangan dan pengajaran yang baik...........apalah guna pelajaran yang tinggi , gaya yang hebat tetapi tidak memberi menafaat kepada diri sendiri.............. Alfatihah........


Monday, January 23, 2012

KASIH DI KAKI LANGIT

Semalam
telah kuceritakan pada alam
tentang teman teman
yang berhimpun disini
untuk saling merindu.........

Betapalah kasih sayang itu
tidak memperlihatkan lagi dirinya
atau juga dalam pelukan
hembusan sang malaikat

Ternyata cinta
masih utuh disini
dikaki langit
yang merah..........

Sunday, January 22, 2012

Anak Manis

Salam


Anak manis,
Cantik itu adalah anugerah
untuk milik sesiapa jua
milik orang seperti kita
yang tak pernah ada kekayaan
yang berlantai dibumi tuhan.....

Anak manis
langit tidak menghalang kita
menadah titisan air hujan
menyentuh lembut embun di dedaun
selagi bibir mengucup bumi
selagi malam bertemu siang

Anak manis
bersyukurlah.......
mentari masih merah menyala
membawa seribu bahagia

Saturday, January 21, 2012

APA PENDAPAT ANDA

Salam............apa komen anda tentang ini


Tanduk Di Atas Kepala

Salam..........selama 3 hari meninggalkan blog ini, pm masih seperti biasa iaitu tiada idea...........

Hari ini ramai orang sudah bercuti, di sekeliling rumah pm sudah mulai sunyi sepi. Mereka semua balik ke kampung nun jauh di sana. Selama ini mereka pembohong mengaku orang Kuala Lumpur, beranak pinak di sini tetapi sebenarnya mereka adalah orang luar yang meramaikan kota Kuala Lumpur. Mungkin Orang Kg. Baru sahaja yang boleh bercerita tentang hal ini..........tetapi tidak pula kepada minah minah indon dan lelaki lelaki hitam bertubuh sasa....

Esok lusa pula orang orang kita akan sibuk kenduri, tidak kiralah kenduri apa sekali pun walaupun kenduri arwah ianya tetap dinamakan kenduri. Namun musim Tahun Baru Cina ini, kita akan lebih banyak menyaksikan kenduri kahwin dan juga pertunangan. Pm sendiri ada menerima jemputan dari kerabat di sebelah isteri bersangkutan pertunangan anak perempuan mereka tetapi tidak dapat menghdirkan diri dengan sebab sebab tertentu. 

Bercerita tentang kenduri kahwin ini tentu banyak yang kita dengar desas desus sebelum majlis itu berlansung. Ya lah.. orang akan bertanya siapakah bakal suami atau isteri si anu.... Waktu itu emak pengantin tentu tidak mahu kalah dalam soal ini. Waktu pm kecik kecil dahulu, pm selalu dengar bahawa bakal menantu mereka itu ustazah, ustaz, cikgu, askar polis,........itulah jawatan kebanggaan orang dulu dulu, berlainanlah sekarang kerana menantu mereka mungkin pensyarah universiti, ahli koprat, doktor, engineer , dato dato' . Ini menunjukan di Malaysia ini semua orang berpangkat dan bertaraf tingggi sehingga tidak dapat melayakkan diri untuk menerima zakat atau bantuan rakyat tetapi masih juga beratur mengambil borang tempuh hari. 

Beberapa bulan selepas pernikahan itu nanti, barulah nanti banyak rahsia terbongkar. Pm mengingatkan diri pm, kawan kawan, pakcik pakcik, makcik di luar sana agar tidak bersifat bongkak dan sombong. Segala apa yang baik yang kita dapat hari ini adalah anugerah dari yang esa. Didiklah anak dan nasihatkan bakal bakal menantu supaya dapat membena rumah tangga yang baik dan sempurna. Ingatlah pesanan orang dulu dulu bahawa hanya cangkul dan tanah jadi pemisah, biar tanggal kaki dengan lutut, namun bercerai berai jauh sekali.

Sekali lagi pm berpesan jangan angkoh dan sombong....jangan sekali kali fitnah memfitnah............

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” [surah Luqman, ayat 18]


Tuesday, January 17, 2012

TALAK TIGA

Salam........semalam sengaja pm menulis tentang kegilaan orang lelaki dan perempuan yang sudah bertaraf emak bapak. Tidaklah banyak sambutan, terutama orang perempuan tentulah tak minat.......Banyak terjadi di pejabat pejabat yang kejadian ini suka dinafikan........

Hari ini pm mahu menceritakan sedikit tentang perangai seorang suami yang anih.....Beberapa tahun yang lalu, pm telah terjumpa seorang lelaki melayu berpangkat Inspektor. Beliau datang menziarah kawannya di tempat pm bekerja bersama isterinya. Pm melihat si lelaki ini asyik mengekori isterinya dan begitu baik melayan isterinya, sekali sekali pm nampak dia menangis. Di dalam perbualan kami pm dapat tahu bahawa isterinya tidak suka kepadanya lagi dan beliau sedang mencari tempat untuk berubat. 

Memandangkan beliau memerlukan bantuan dan sanggup mengikuti syarat syarat yang yang diberi, perkara ini pm rujuk kepada abang angkat pm di Ampang. Menerusi perbualan mereka di dapati lelaki ini sungguh sungguh mahu berubat. Minggu pertama perubatan dijalankan lelaki ini dikehendaki mandi berlimau tetapi entah macam upacara mandi itu lambat dijalankan semata mata kerana ketidakjujuran kawan baiknya, maksudnya limau tidak sampai dan wang pengeras juga disimpan utusannya itu. Dengan keizinan Allah beberapa hari kemudian kembalilah isterinya kepadanya seperti biasa. Semua kerja selesai akan tetapi pm kena marah cukup cukup dari abang pm dan kena denda...............

Menurut kata abang angkat pm, setelah ditelek dan dilihat rupa rupanya Ispektor ini berbohong kepada kami. Dia sebenarnya telah menceraikan isterinya dengan talak 3. Apa yang berlaku ini adalah semata mata kerana beliau gila talak. .........Nak buat macam mana , benda dah jadi....dia dah berpeluang kembali tidur dengan isterinya padahal salah disisi ugama. Oleh yang demikian sesiapa yang suka menolong orang kenalah beringat ingat, tok bomoh juga patut tilik pembohongan orang awal awal

gambar hiasan

Monday, January 16, 2012

KONDOM BERGIGI

Salam.....tajuk ini belum cukup hebat tetapi lebih hebat kalau ada si pemakainya. N3 kali ini ingin menyentuh soal penyakit berjangkit dan mempunyai badi tersendiri......Penyakit gila kepada bini orang............

Korang kat sane pernah gile kat bini orang ? Siapa berani jawab tolong angkat tangan. Marilah kita senaraikan kenapa lelaki boleh berkenan kepada isteri orang.


  1. Perempuan yang dia suka memberi respon baik punya.....
  2. Perempuan itu lebih cantik , seksi mengairahkan dari bininya
  3. Perempuan itu sangat bersopan dan lemah lembut sehingga kepala lutut pun longgar .
  4. Perempuan itu memberi kepuasan dengan tersangat puasnya
  5. Perempuan itu tidak berleter
  6. Perempuan itu memperlihatkan cara hidup berugama dan mengamalkannya
  7. Perempuan itu melayan dengan baik
  8. Perempuan itu pandai masak yang sedap sedap.
  9. Perempuan itu diiniaya oleh suaminya
  10. Perempuan itu haus.....sehaus hausnya
  11. Rindu kerana sangat tertarik
  12. Rasa belas ihsan datang setelah lelaki itu selalu menolong
  13. Dia sendiri kesunyinan
Kepada abang abang pakcik pakcik di luar sana, penyakit berjangkit ini boleh kena kepada sesiapa sahaja walaupun kepada mereka mereka berwajah suci. Bila kita melihat ada kawan kawan terkena penyakit ini, tolong jangan kata mereka kerana jangkitan kuman ini mudah merebak. Perasaan cinta diantara suami orang dan isteri orang adalah lebih indah, syahdu dan menakjubkan dan lebih dari perasaan cinta teruna dara. Jika terkena penyakit ini, perubatan harus segera dijalankan agar ianya tidak berpanjangan. Kepada mereka yang tersangkut di dalam masalah ini maka bersegeralah mendirikan rumah tangga baru dengan sesiapa sahaja asal sahaja bukan isteri orang, walaupun terlalu sukar untuk dilakukan. Maksiat yang berlalu dalam waktu yang panjang selalu melupakan taubat dan kematian. ..................................Kepada isteri isteri yang berniat hendak bomohkan laki, fikirlah panjang panjang.....kasih sayang sebenarnya tiada huruf, tiada sebutan, tiada bunyi.........selagi ianya berbunyi ia tetap palsu

p/s.... aku nak tenguk komen orang perempuan selain mengatakan lelaki selalu gatal...

Saturday, January 14, 2012

Dah Dapat RM 500/-

Salam..........korang dah dapat ke RM 500 tu... Siapa yang sudah dapat sila angkat tangan...Korang nak beli apa dengan duit tu ya... Nak beli handphone ke ? Apa salahnya tukar setahun sekali, lagi pun itu duit kita .. kan ?
Aku tak dengki kalau korang dapat sebab korang memang layak, gaji korang seisi rumah tak melebihi RM 3000/-. Kalau ada anak anak kerja pun korang boleh belit belit kasi tahu yang anak korang tinggal kat rumah lain, kalau isteri kerja pun korang boleh cakap tak kerja sebab bini korang kerja kilang yang tidak ada potongan EPF. Kalau korang berniaga pun mana pula ada payslip. Yang pentingnya korang memang layak. Korang juga layak terima bantuan baitulmal dan segala macam zakat kerana korang memang miskin sesangat. Korang layak tinggal kat rumah pprt, rumah dbkl walaupun kereta korang tu cuma lepak bawah pokok. Korang sukakan kemiskinan itu kerana kemiskinan akan membuat korang sentiasa dibantu sehingga membeli kain kafan pun mendapat ikhsan dari orang kampung........

Friday, January 13, 2012

Akukah Di Sini

Aku kembali kesini
menadah tangan
dengan jejari jejari yang lemah
merasai kegetaran itu
ketika cahaya luput di kaki langit
oh sakitnya................

Aku kembali kesini
merinduimu
dengan harapan berbelah bagi
merasai cintanya
ketika kau berlalu tanpa berpaling
oh kejamnya...

Thursday, January 12, 2012

Yang Pastinya

Salam..... pagi pagi ni ada beberapa orang budak tempatan dan pekerja asing mendapat sijil penghargaan dan sedikit wang kerana menjadi orang yang tidak pernah ponteng setahun, tak pernah mc dan tak pernah lambat. Aku sempat merakamkan gambar seorang budak bangla


unruk pengetahuan kekawan kat blog ni aku nak bagi tahu bahawa aku dah tukar no talipon kerana aku sedang diburu.....jadi elok sahaja aku paparkan disini no baru aku....


boleh nampakkan..PCL tentu dapat mengenal pasti.....

Wednesday, January 11, 2012

Kerja Orang Kaya

Salam.....

Dulu dulu dulu......pemeriksaan untuk FC sekali sahaja. Tempat cantik dan pandai berpantun menyebabkan urusan menjadi mudah. Sekarang tidak seperti itu, ceritanya memang panjang apatah lagi jika kita tidak pandai bercerita. Akhirnya surat yang PM tunggu tunggu sudahpun sampai seminggu lalu. Minggu depan hari isnin pemeriksaan bomba untuk kali ke dua bakal dijalankan. Kerja setahun sekali ini kadang kadang membosankan tapi lebih bosan jika tidak ada kerja sama dari jabatan lain... PM ingat nak mc je hari tu

Tuesday, January 10, 2012

Di Sebalik Ombak Rindu

Salam.........

Kelmarin kutemui dia di sana dengan senyuman terukir di bibir. Ternyata wajahnya masih ayu seperti 20 tahun yang lalu." apa khabar "dia bertanya. " Sihat" jawabku dengan ringkasnya. " Bila dapat menantu" soalnya lagi. "Belum , belum tiba masanya" jawabku lagi. Matanya masih memandang kepadaku dengan penuh tanda tanya. Aku mengelakkan dari terus berbicara  dan membiarkan waktu berlalu begitu sahaja. Hanya dialah yang tahu siapa aku di tengah tengah keramaian itu...................

Dia tidak lupa begitu juga aku bahawa di zaman remaja dahulu kami pernah bertemu. Di zaman yang memperlihatkan kami betapa indahnya bunga bunga di taman, betapa riangnya burung burung berterbangan sambil menyanyikan lagu lagu cinta. Namun manusia hanya boleh bercita cita dengan harapan tapi tuhan yang menentukan. Dia bertemu jodoh dengan suaminya dengan ketentuan tuhan manakala aku dengan haluaanku tersendiri. Tidak ada yang lebih manis dalam hidup ini kecuali meredai dengan apa yang Allah tentukan....

Pertemuan hari ini lebih mendewasakan kami, masing masing sudah mempunyai keluarga. Anak anak sudah besar panjang tapi kami tetap seperti dahulu ......" reda". Mari kita nyanyikan lagu ini dan mungkin akan dinyanyikan oleh anak anak kita, bangsa kita yang merdeka........." Jangan Ada Benci"

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

( 2 )
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

( 3 )
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Lyrics www.allthelyrics.com/lyrics/casey/ 
( 4 )
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku






SANTAU ANGIN

Salam......kali ini PM nak sebut pasal pantang..... Pantang bagi PM bila dengar orang buat alasan , buat cerita yang dia tu kena buatan orang kecuali gadis gadis baik sahaja.

Ada seorang makcik tu cakap dia terkena buatan orang. Tenguk kepada makcik tu kita pun payah nak cakap. Kalaulah dia tu kaya , cantik dan ada ape ape, boleh kita anggap betul tapi dia tak ade ape ape pun.Sajelah nak buat dalih menunjukkan dia sorang je baik dan orang lain dengki khianat kat dia..............Namun begitu berbeza sekali dengan seorang kakak tu pulak, dia berniaga di dalam komplek besar. Tahu tahu dah masuk hospital, sekarang wayer penuh bersarang, sambung sana sambung sini. Doktor pun tak tahu dia sakit apa. Ada lah sorang doktor melayu tu nasihat senyap senyap suruh berubat kampung, kena santau katanya.... Isssh... orang melayu ni tak adalah kerja lain selain dari santau menyantau

Kat manalah pulak nak berubat ni... " Orang orang pun suruhlah jumpa Dato' Harun Din" Yang pakat suruh ni macam tak tahu yang orang tua tu busy, macamlah senang senang nak jumpa dan lambai lambai saje...Yang dah tenat kat hosptal tu macam mana pula khabarnya...... Orang orang mengaji pakat pakat suruh bersabo, pakat pakat cakap ini ujian Allah, pakat pakat cakap insyallah baik....Yang tengah mencungap nazak tu macam mana pulak....?

PM pernah bertanya kepada seorang datok " macam mana itu ilmu pengasih ? " Datok tu kata " buatlah baik, nanti orang akan kasih" Jadinya sebelum  kena . eloklah siap siap dulu. Kalau dah kena , tak boleh nak kata apa dah....

Berbalik tajuk tadi pasal buatan orang, PM memang tak faham pasal itu dan tidak pernah faham faham sebab tak ada orang nak buat cerita untuk PM faham.. Lagi pun PM bukan orang hebat, bukan ada apa pun, kalau orang nak dengki kat PM pun bukannya ada untung apa apa. Lainlah orang tu kan....baru bebas semalam...


Monday, January 9, 2012

Selamat Bergelap 10 Januari


Esok , tempat PM tak ada api dari 10 malam sehingga 6 pagi. Pakai Gen-set lah malam tu... Bebudakni kalau tak check minyak desel , memang nahas... Lift ok, lampu kecemasan ok, lampu corridor ok kut atau hidup setengah setengah saja. 3 bangunan nak jaga bang.....aku boleh ke lena kat rumah ?

Kalau hotel tak penuh dengan pelancong kira ok lah... kalau banyak memang susah sebab air cond tak ada... panas... pasangan yang baru kahwin pun akan lari juga

BEBAS.... BEBAS DARI HUKUMAN

Salam.... Aku nak ketawa sikit.... Ha ha ha ha...... empat kali ha dah cukup. Berita paling gembira untuk anak anak buah dan penyokong Anwar..... Beliau didapati tidak bersalah... Aku pun ada baca blog kekawan yang maki hamun mahkamah pulak. Betul kata kawan aku " jika mahkamah tidak menjatuhkan hukum berslah, jangan nak berani berani tuduh " bersalah"

Biar apapun aku nak tumpang ucap " Tahniah" juga kerana kejayaan dalam sejarah Malaysia ini. Ingatlah bahawa Allah itu maha mengetahui dan tidak perlu penyokong 5,000 atau 25,000  di Padang Mahsyar. Aku disini tidak untung mana mana, aku mahu keamanan di Malaysia ini sahaja. Bontot siapa sakit dia punya pasal,siapa suruh tonggeng tinggi tinggi, ustaz kat sekolah pun tak ajar.... Namun begitu sakit bontot dan membontot bukanlah penghalang untuk berpolitik, jadi gay pun boleh jadi pak menteri... Ini soal dunia...

Bacalah dulu surah ni : -

"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,

"Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"


Kalau ada orang didapati bersalah kerana bersodomi pun, hukumannya tetap hukuman ringan...tetap hukuman yang tidak berlandaskan Alquran....... 

Lupaklanlah ... mari kita solat sunat taubat, sunat tolak bala.....Bala dah dekat nak sampai.....

Daripada Ali b Abi Talib berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada quran itu kecuali hanya tulisannya. masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (nanungan) langit. dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali.- HR al- Baihaqi.

Sunday, January 8, 2012

Perhimpunan ‘Bebaskan Anwar 901

Salam..... Esok bagaimana ? Jalan jalan ke Kuala Lumpur bakal sesak ? Bagaimana mahu pergi ke tempat kerja dan jalan mana pula mahu dilalui..........................Pada mereka yang berniaga akan merungut rungut, mereka yang menggunakan kenderaan awam juga merungut, mungkin banyak orang bercuti kerana malas nak bersesak sesak atau mereka sendiri mahu bersesak sesak ke bangunan makhkamah, budak budak ke sekolah bagaimana ?

Mereka mula menyalahkan Perhimpunan ‘Bebaskan Anwar 901′ . Kejutan demi kejutan bakal berlaku, lapuran polis berlambak lambak dan jelasnya mereka tidak mahu kekecohan. Namun bagaimana pula sikap penyokong, mereka telah menyokong bertahun tahun, sudah terlalu banyak berkorban, sudah lama menjadi penyokong jalanan. Mereka mahu melihat Anwar menjadi PM. Bagaimana pula dengan skandal sex menggadaikan maruah....?. Ah..... semua orang ada melakukan kesalahan. Cuma kesalahan itu dapat dilihat atau tidak atau boleh disembunyikan sehingga ke hari kiamat.

Kesalahan tidak bermoral tidak kena mengenakan dengan bakat yang sedia ada.  Kesalahan itu tidak bermakna beliau gagal menjadi pemimpin. Ramai orang mahukan pemimpin yang bersih dalam segala galanya. Tapi hari ini mereka saling menyingkap kain semata mata mahu menutup kemaluan sendiri.

Biar apapun, perhimpunan esok tetap berlansung, hukuman tetap diputuskan. Suka dan tidak suka kita kena dengar tapi jagalah keharmonian yang ada, pulihkan ekonomi yang menjunam. Kehidupan hari ini adalah untuk hari esok.....Cerita melayu ini tidak habis habis, bangsa lain menjolok dari belakang, kita menjerit jerit mati matian, mereka senang senang duduk di pejabat berhawa dingin...mereka memegang eknomi manakala kita pula masih tetap kuli....

Saturday, January 7, 2012

Tsunami Januari 2012

Salam, bulan januari adalah bulan menghabiskan duit bonos. Tidak kira banyak atau sedikit yang mereka dapat. Bagi mereka yang mempunyai anak yang masih bersekolah, bonos itu akan menjadi milik anak anak mereka. Manakala bagi mereka yang tidak ada apa apa tanggungan, bulan ini adalah bulan perabih namanya. Beruntunglah isteri isteri yang dapat menikmati bonos suami suami mereka sehingga tidak tahu akan khabar dirinya. Mudah sekali menghabiskan tetapi susah pula untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Sufiah Yusof Sudah Insaf Dari Aktiviti Pelacuran

Salam... aku nak buat kerja amal copy paste dari blog kekawan...apa salahnya menyebut benda baik daripada bercerita yang haram


06 January 2012

Sufiah Yusof Sudah Insaf Dari Aktiviti Pelacuran

Sufiah Yusof Sudah Insaf Dari Aktiviti Pelacuran
Sufiah Yusof

KUALA LUMPUR - Wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti Oxford, Sufiah Yusof,23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran. Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek yang dihubungi Harian Metro, semalam.

Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata,pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu.

“Dia dah tak buat lagi kerja tu dan kini hanya aktif melakukan kerja amal. Melalui e-mel yang dihantar kepada saya kira-kira seminggu selepas Aidilfitri lalu, Sufiah kata dia betul-betul menyesal dengan perbuatan itu.

“Kami juga ada menghubungi agensi teman sosial yang menguruskan Sufiah dan mengesahkan mereka tidak dapat menghubunginya serta tidak tahu di mana dia berada,” katanya.

Kisah kehidupan Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.

Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup. Dia dikatakan menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.

Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang begitu berprestij.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Mengulas lanjut, Hanafi berkata, Sufiah kini lebih tenang selain senang dan gembira dengan rakyat negara ini yang mengambil berat mengenai dirinya.

"Bagaimanapun melalui e-mel sama, dia jelaskan belum bersedia untuk bertemu keluarga, terutama ibunya (Halimaton Yusof).

“Sungguhpun begitu, saya gembira dengan perkembangan positifditunjukkan Sufiah dan menasihatkannya supaya sentiasa ingat serta memohon pertolongan kepada Allah,” katanya.

Kata Hanafi, rancangan untuk merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam mungkin dapat dilaksanakan sekitar bulan depan. Ini kerana dia akan ke Belanda atas urusan kerja sebelum ke England untuk bertemu Sufiah.

kredit : siasahkini.blogspot.com

Friday, January 6, 2012

Tanda Tanda Binasa

Salam............

Sudah hampir 3 tahun berhari raya pm mengalami masalah yang sama. Cukup sahaja 3 hari raya, PM mengalami masalah sakit peha. Bila duduk mencangkung terasa amat susah untuk bangun. Bahagian peha kejang dan memerlukan bantuan untuk bangun ataupun terpaksa berpaut pada tepi tepi dinding. Semuanya angkara makan pulut. Di negeri Kedah susah nak jumpa nasi impit, mungkin PCL ada bawa bekal kalau ke sana. Bagi PM jika kakak ipar orang Singapura itu datang, barulah jumpa nasi impit. Di Kedah PM tetap jumpa ketupat palas.

Pernah PM fikir nak beli tongkat sahaja tapi dalam umur umur begini kalau bertongkat nanti jadilah seperti orang kaya atau guru silat. Lagipun penyakit tu sekali sekala. Baru baru ini lenguh bahagian kaki semakin menjadi jadi, bukan sahaja peha tapi di pangkal pergelangan kaki. Semuanya kerana kekerapan minum air batu dan teh......Asal malam sahaja berketuk kaki, adalah nanti anak anak jadi mangsa. Alhamdulilah masih boleh solat seperti biasa, namun begitu PM sudah membeli kerusi macam pakcik pakcik bawa ke masjid tu...

gambar hiasan

Anak anak cakap 'abah masih mampu solat seperti biasa" Betullah tu tapi pakcik pakcik kat masjid tu nampak relax sahaja gunakan. Besinya rengan dan boleh bawa ke mana mana. Kepada kekawan PM nak bagi ingatan, janganlah minum benda benda barangin dan sejuk, jangan jadi PM. Kepada yang suka tinggal tinggal solat itu juga perlu beringat bahawa apabila kita sudah uzur, kita akan menghadapi masalah untuk bersolat. Kalau solat tak pernah buat, waktu uzur lagilah tak mahu buat....Alasan demi alasan akan datang sehinggalah menghembuskan nafas yang terakhir. Ada seorang kawan PM pernah berkata " walaupun saya tidak solat, hati saya baik dan tidak semua orang bersolat akan masuk ke syurga" . Hanya Allah sahaja yang tahu, tidak elok memperkecilkan orang, mungkin tahap ilmunya hanya sampai di situ. Soal syurga dan neraka adalah urusan Allah. Kita manusia hanya menjalankan tanggungjawab dengan usaha yang ada semampu yang boleh. Perkara ini ditulis hanya semata mata untuk saling berpesan pesan. Lagi jauh kita berjalan, lagilah banyak kita melihat kehidupan orang , ilmu orang, kefahaman orang dan perangai orang.

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
Maka dirikanlah shalat karena Rabb-mu dan berkorbanlah.
Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu, ia adalah yang terputus (dari rahmat Allah). [Al Kautsar : 1-3]


Thursday, January 5, 2012

Salah Ibu Mengandung

Salam........

Tahun sudah gm aku suruh aku cari cone yang kuat tapaknya. Akupun pening memikirnya kerana cone biasa banyak dilihat di tepi jalan. Dia kata kat highway tu...Puas berulang dari KL ke Bukit Beruntung, tak nampak pun cone yang dimaksudkan. Akhirnya pada hari pertemuan blogger hari itu aku jumpa di tol Bangi. Maka benda alah tu kami orderlah........Bila benda dah sampai aku pun terperanjat

Korang tenguklah...gila betul benda ni nak letak depan hotel...Alangkah memalunya ........


Kat tol tu tenguk kecik aja.....salah aku ke....? dato lf dengan kak cik selalu tenguk benda ni., pcl pun ada tenguk kat Banting sane....Dari dalam kereta nampak kecik aja, nak hantar balik si supplier pulak kata tak ada yang kecik..... Last last aku suruh budak budak bergambar dengan cone tu..

Wednesday, January 4, 2012

Antara Silat Dan Silap

Salam....

Bila musim sekolah begini membuat pm ingat tentang aktiviti masa budak budak dahulu. Waktu siang sekolah manakala waktu malam pergi ke surau. Sungguhpun masjid di kampung berhampran  rumah, surau juga jadi pilihan. Ini adalah kerana di surau itu ada seorang 'abang tu' jadi daya penarik..Di masjid pula, pakcik pakcik yang ada tidak mesra alam dan tidak tahu mahu mengambil hati budak budak.

Dari aktiviti surau , pm berjinak jinak pula dengan kumpulan silat. Silat kampung aja..tak standard seperti silat orang sekarang. Orang sekarang kita akan lihat gayanya cukup hebat, pakai baju berwarna warni, berselimpang kain kanana dan kiri, keris tersisip di pinggang, jalan mendongak dongak seperti ayam jantan nak berlaga. Belum lagi dia menjerit, tentu takut mendengarnya.....

Aktiviti silat kampung tidaklah bermodal banyak, mencukupi ada baju dan seluar serta minyak api untuk pelita. Silat sekarang, baju sahaja sudah mahal, belum lagi yuran bulanan .... Silat moden seperti itulah.... Dulu dulu pm belajar cuma 44 hari, tiap tiap malam belajar kecuali malam Jumaat. Kami belajarpun tidaklah ramai, tidak sampailah 7 orang. Selepas tamat 44 hari , kami tidaklah berbuat apa apa kecuali membuat semak di rumah guru. Guru guru silat dahulu  menurunkan ilmunya ditengah tengah malam dan bukan semua murid mendapat ilmu yang sama. Ada yang sama tapi tidak serupa dan kemudiannya beramal mengikut kemampuan masing masing. Di zaman itu budak budak terpengaruh dari filem filem indonesia dan cina , semua orang belajar untuk  menjadi pandai tapi pm tak nampak pun mereka boleh terbang seperti dalam filem itu.

Belajar 44 hari asas itu menjadi bertahun tahun pula lamanya. Hampir setiap malam berada di rumah guru berkenaan sehinggalah habis sekolah tingkatan 5. Sepanjang waktu itu tidak sekali pm gunakan untuk memukul orang dan tidak adapun orang mencari gaduh... Belajar silat hanyalah suka suka.................

Setelah berumur 18 tahun, pm pun keluar dari kampung halaman, di sana barulah pm jumpa orang tak serupa orang dan manusia tak serupa manusia. Barulah pm tahu silat itu untuk apa.... Rupanya silat tu digunakan untuk pergi dating dengan anak dara orang....Pelik tapi benar........

Ada seorang kawan pm berasal dari NS, entah bagaimana dia berkenan dengan orang negeri K. Dia seorang yang berani masuk ke kampung itu menziarah ibubapa si perempuan . Apabila keluar sahaja dari rumah tersebut, dia telah dinanti oleh beberapa orang pemuda kampung. Itulah saat getir baginya kerana di zaman itu orang orang luar tidaklah boleh sembarangan masuk ke kampung orang, apatah lagi di rumah orang yang mempunyai banyak anak dara. Jelas sekali pemuda pemuda itu menunggu diluar untuk memukulnya. Kesudahannya dia dapat meloloskan diri berbekalkan sedikit jampi serapah dimana pemuda pemuda itu tidak mengusiknya dan juga tidak dapat melihat dirinya....

Di zaman ini semua mudah, ada hand phone dan ada facebook, senang berhubung sesama sendiri. Tidak ada orang kampung memperdulikan orang lain. Anak anak gadis bebas membawa teman lelakinya datang bertandang dan tidur dibiliknya. Ibubapa juga tidak menghalang bahkan bergembira dengan bakal menantu menantunya. Di zaman ini anak anak gadis mudah sahaja beranak, bukan sahaja di dalam bilik tapi juga di dalam tandas di tepi tepi taman bunga atau di dalam tong sampah. Inilah silat orang sekarang yang juga disebut sebagai silap..................


Tuesday, January 3, 2012

Nota Nota Di Kaki Langit

Salam.....

Hari ini dan esok, anak anak kita akan mula bersekolah. Anak anak yang baru masuk ke tadika dan darjah satu akan mengalami satu pengalaman yang bermakna di dalam hidup mereka begitu jugalah kepada ibubapa mereka juga. Ibubapa akan mengambil cuti dan berada di sekolah sepanjang hari. Jelas wajah kerisauan terpancar kelihatan. Jika ada anak anak bersekolah pagi dan petang, ibubapa akan menunggu pula sampai ke petang. Jangan lupa pula di waktu petang ada pendaftaran sekolah agama. Waktu ini masalah duit adalah segalanya dan waktu ini juga ada rumah dipotong bekalan air dan letriknya. Waktu ini juga segala bil cukaipun sampai, bil talipon lama 20 tahun sudahpun orang telekom ingat. Bagaimana pula nasib anak anak yang bakal masuk ke kolej nanti, kalau tak ada RM 2000/- janganlah nak kata apa apa....Walaupun ada orang berkata, "tak sampai sebanyak itu ...".

Waktu anak pm kecik kecik dulu, awal awal januari seperti ini, pm sudah berada di pintu pejabat ceti. Duit tak ada, ceti pula pergi menghantar anak mendaftar masuk kesekolah. Bila ceti balik barulah dapat duit. Pinjamlah RM 1000/- dalam tempuh 6 bulan. Sebulan 240x6 tak termasuk denda lewat, caj pendaftaran. Balik ke rumah, orang rumah tanya dimana awak dapat duit, kita jawab kat cetilah....Sungguh sukar menempuh hidup dengan anak anak yang dahagakan pelajaran, nak dapat bantuan dari ahli keluarga , janganlah bermimpi. Waktu itu semua orang susah,  orang tak susahpun mengaku susah...Bukanlah senang jadi orang beriman walaupun bersekolah agama sekalipun.

Bila pm tenguk , anak anak orang lain dapat biasiswa, bantuan sekolah, bantuan makanan, baju dan pakai percuma, hati pm pun berkata. Mengapalah orang yang ada kereta besar besar, orang yang malas nak bekerja, orang yang berniaga jadi tokeh dapat bantuan, mengapa tidak kita. Mungkin kita tidak rapat dengan guru besar, mungkin kita tidak rapat dengan ketua kampung, mungkinn kita bukan ajk PIBG sekolah dan seribu macam kemungkinan ataupun mungkin tahun itu bukan tahun mengundi....Orang orang lama mengajar kita supaya berdikari, berjuang untuk diri sendiri tetapi mereka sendiri hidup berpaut kepada dahan dahan besar, hidup dengan pengaruh maka jangan hairanlah jika anak anak cikgu mendapat keutamaan.

Hari itu ada cikgu marah, komen dalam blog pm pasal pelajaran budak budak yang bodoh di sekolah. Cikgu cikgu tok sah marah, terimalah kritik yang membangun dengan hati yang terbuka, seumpama kita masuk ke kampung, terima apa sajalah perangai orang kampung itu...

Bagaimanapun kita sudah dekat nak mengundi, pohon pohon besar akan bertukar, ada yang masih kekal dan runtuh. Mereka yang suka hidup berpaut, janganlah jadi katak melompat sana melompat sini, belajarlah percaya kepada Allah.....Allah menentu rezeki............ Walaupun ada anak anak orang miskin tidak berdaya tidak dapat meneruskan pelajaran, mereka akan terus bangkit untuk hidup, menjadi cikgu kepada jenerasi akan datang. Yang dah tua tua itu, pergilah haji dan bertaubat. Dosa sesama makhluk, menindas sesama makhluk , korang jawablah sendiri..........................


Monday, January 2, 2012

Dosa Orang Munafik

Salam.... adalah satu dato'...alahai orang melayu kitalah...entah dari mana dia dapat pangkat tu, kerajaan bagi kut, tapi aku tak pernah dengar jasa dia, namapun jauh sekali...Dia ni dengar kabar jadi adik angkat satu dato' bangsa cina. 

Dia datang kat tempat kerja aku dan buat tempat ni macam bapak dia punya. Adalah dia buat bisnes, bisnes atas angin, duit beranak jadi duit. Peliknya banyaklah orang kita percaya dengan dia.... Rezeki secupak boleh jadi segantang, dia ada ibu duit kut....Dulu dia ada sewa pejabat disini.... blah saja hutang tak bayar. Ada juga dia sewa dewan untuk function, pakai bilik saja....kueh, air kotak beli kat luar... pinggan mangkuk pinjam dari store kami.

Datang ke tempat kerja aku dia minta tempat parking khas, macamlah dia bos besar, pulak tu boleh herdik orang sesuka hati.. Inilah orang melayu tak tahu dik untung, lupa kepada kekuasaan Allah, sombong bersaudarakan syaitan, makan duit haram........... Inilah dia orang melayu bangsa kita yang menyusahkan bangsa sendiri.....Bangsa lain ketawa kat kita, parti pembangkang pun ketawa kat kita sebab kita tak boleh kaya....Asal kaya saja sombong , hidung tinggi......" pernah juga dulu aku jumpa satu makhluk , nak masuk parking tempat khas , dia kata kat aku bahawa dia pernah jadi driver agong...............gila betul melayu ni..jual pulak pasal agong...

Duduk kat KL ni memang terasa pedih dihati, pedih melayan kerenah orang, lansung tak takut dengan tuhan. Cakap pulak " kubur aku, aku punya suka"... Dia dah gila agaknya....Kalau masuk kubur, pakai kain kapan, solat jenazah boleh buat sendiri, buatlah...tak usah menyusahkan orang.. Ada pulak sorang janda cakap " benda aku, aku punya, korang apa susah "..... Baginya siapa dia nak bagi benda dia, dia punya suka......

Bila tenguk semua perkara ini aku jadi takut, takut juga kepada perangai aku sendiri. Namun begitu di setiap hari orang orang masjid ada berdoa.....untuk kita, untuk semua, untuk dato tu juga ...walaupun dia tidak mahu tunduk kepada Allah


"Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar."
"Our Lord! grant us good in this world and good in the hereafter, and save us from the chastisement of the fire." (2:201)


Sunday, January 1, 2012

Perjalanan Di Bumi Allah

Salam..............

Aku selalu menyebut tentang Kaabah itu, tentang kerinduan demi kerinduan. Tentang hatiku yang tidak tenang kerana gelodak dunia yang masih belum berakhir. Aku  melihat contoh dan tauladan tentang mereka yang telah pergi dan pulang, pergi menjadi tetamu Allah dalam sesuatu pencarian. Betapalah dunia hari ini adakah masih ada nikmat bagi mereka yang menziarahi tanah suci atau sekadar memenuhi masa mengikut jejak kawan kawan. Alangkah baiknya kelakuan mereka sebagai mana pergi ke tanah suci, kemudian  kembali dengan kesucian berterusan dan juga bukan sekadar hanya bertahan 44 hari. Alangkah baiknya mereka yang rendah hati sewaktu disana dan kemudian pulang  dengan keikhlasan , bukan membawa kesombongan.....

Aku bimbang kepada hatiku, bimbang kepada kelakuanku walaupun orang berkata bahawa hidup ini tidak boleh lari dari dosa. Aku melihat saudara saudaraku itu ke tanah suci 3-4 kali sedangkan anak anak cucu disini masih kebuluran, masih memerlukan bantuan, masih memerlukan kehidupan. Justeru kerana Allah memberikan kepadanya rezeki melimpah ruah, dia mahu terus beribadah ke Baitullah, dia mahukan keampunan Allah tetapi dia tetap tidak berubah...Baitullah masih tidak lekat dihatinya. Kembali ke bumi bertuah ini bukanlah untuk melebelkan haji di dalam kad pengenalan tetapi untuk menjauhkan diri dari maksiat dan berbakti kepada alam dan manusia...

Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

nyanyisunyi: Akhirnya si Kecil pergi jua...

nyanyisunyi: Akhirnya si Kecil pergi jua...

Salam Baitullah

Salam.......

Telah tersebut dalam kata
tentang haji dan umrah itu
adalah perjalanan bersuka suka
mengikut ngikut gaya manusia
menginjak bumi nan sia sia

Baitullah membena cinta
redup hati datang berulang
dengan air mata dan keinginan
dengan nafsu kejahilan

Apalah cita cita itu
menggadaikan pusaka nan sebidang
menghiris hati saudara seperut
perginya dengan senyuman
pulangnya segala menghilang

Betapalah baitullah itu
menjanjikan syurga buatmu
tapi bukan untuk menyombong diri
bukan untuk melupakan diri
bukan merentap kasih saudara
bukan juga menentukan
kau ke syurga
aku ke neraka..........

Pernikahan Di hujung Tahun

Salam........semalam penutup tahun baru, aku pergi ke majlis perkahwina anak sedare di Ampang Tasik. Ramailah ahli keluarga yang datang manakala aku datang hanya menolong untuk makan. Abang aku pakai "catering ". Kekadang dalam kenduri orang melayu ni aku heran jugak apabila semua kerja dah  berupah tapi kita masih sibuk nak berlengas lengas ketiak..... Time tu pengarah pun banyak juga....Biaorlah bebudak tu buat kerja dia orang, tuan rumah mencukupi salam dan terima duit...............


masa untuk menjeling

pengantin kena warning...

ambik gambarpun siksa..gambar hp orang pun masuk

sempat bergambar dengan anak buah


biasalah...adat adat kat tempat makan...

Bair apapun aku nak mengucap selamat pengantin baru dan pandai pandailah bawa diri. Hidup ini tidaklah seperti apa yang kita impikan. Muga muga Allah mengampuni dosa dosa aku, anak bini aku, emak saudara aku, kakak kakak aku, adik beradik lelaki aku. Semuga Allah memberi pertunjuk jalan kebaikan ... Amin

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...