Tuesday, June 26, 2012

Sebuah Kitab

Salam

Masih adakah lagi tuan guru
pabila surah sukar dibaca
hanya kedengaran di telinga
corong radio bersuara

Masihkah ada tuan guru
bagi kitab tua yang dilupa
hikmah entah hilang dimana
keramah juga bagai tiada

Hati terus bertanya
sebutan selawat indahnya
gurunya hanyalah mata
bagi yang celik berakal juga

Hati terus bercerita
tentang sesat di perjalanan
mintalah tuan tolong suluhkan
sekelip cahaya menjadi taruhan


Salam

Pagi pagi membaca twitter " 
Bila lagi orang Melayu nak sedar tentang keperkasaan melalui satu bangsa, satu agama, satu negara?


Monday, June 25, 2012

Rintihan Seorang Lelaki

Emak..............
Semalam ayah memanggil namamu
menghidupkan kembali duniamu
yang telah lama hilang
yang tidak akan mendatang

Emak....
Kesunyian ini telah lama sini ,
rumah buruk, periok belanga
bantal dan kelambu
menjelmakan rindu dihati yang sepi

Emak
Ayah mencarimu lagi
yang dirasakan dekat
yang dirasakan jauh
hanya semarak dijiwa
dengan mata nan buta
dengan akal yang lemah
kembalinya seperti asal
ketentuan tuhan nan kaya.................

Emak,
ayah ingin pulang
mencarimu dicelah memori
mencari tuhan dalam dirinya
sedangkan perjalanan itu masih jauh
perjuangan itu masih perlu ditempuh

Entah bila
entah dimana
perjalanan dan pertemuan
yang dinanti nantikan.........................................



Kain Kuning Di Gerobok Lama

Salam...........,

Sekali sekala balik ke kampung lama, apasalahnya menggeledah gerobok buruk yang kematian pemilik. Mungkin ada photo photo lama hitam putih, mungkin ada tangkal jampi yang masih berbalut, mungkin ada kitab tua yang telah kehilangan pembaca. Segala banyak kemungkinan menyeliputi persoalan itu dan terus mempertikaikan apa yang kita cari............................

Sehelai kain kuning yang berlipat di sana menjadi persoalan anak cucu. Guna apakah kain itu ? Adakah untuk membalut kepala batu nensan darah kerabat, adakah untuk sebagai tangkal berubat, adakah untuk kenangan mengusik jiwa atau menjadi waris turunnya saka ? Yang penting anda tidak tersalah langkah menukar akidah, jangan jadi pak turut tanpa ilmu, jangan jadi sesat kerana keliru...


Maaf , jangan marah dengan kewujudan photo biadap ini............Manusia selalu menyangka yang bukan bukan tentang warna tapi ianya lebih sesuai untuk kecantikan dan bukan menjadi kekuatan kepada ilmu hitam

Sudah banyak kita mendengar larangan tetapi larangan itu bagai disuruh suruh. Semakin dilarang semakin banyak pengikutnya. Seolah olah warna kuning ini berkuasa, berkuasa lebih dari Allah Taala. Mereka terus percaya bahawa warna kuning ini akan menjadi perlindung kepada mereka dan keluarga mereka...

Sekali sekali mengeledah gerobok buruk, mengintai kenangan waktu silam, melihat photo zaman silam. Betapalah kita merinduinya kenangan itu yang  tidak akan berulang.

Saturday, June 23, 2012

Dalam Perjalanan Pulang

Salam,

Pusingan hidup manusia telah diatur oleh Tuhan yang maha kaya. Dari mula dilahirkan dalam keadaan telentang berbogel, dipakaikan baju, mengiring, meniarap, duduk, bangun berdiri dan kemudian berputar semula membongkok, duduk baring telentang. Dari yang mula berakal sehinggallah kembali semula sepertinya keadaan bayi yang tidak tahu apa apa.  Akhir yang kekal berkuasa dan berdiri dengan sendiri adalah Tuhan Sang Pencipta.

lawatan Yb Dato Mohd Isa ke wad lelaki di hospital KKB

Bapak saya dimasukkan ke hospital KKB pada Isnin lalu 19 jun 2012 kerana sakit tua. Doktor mengesahkan beliau menghidapi strok otak. Harapan untuk sembuh sepenuhnya adalah sukar kecuali dengan  izin Tuhan. Namun anak anak semua telah reda dengan ketentuan ini. Beliau akan menghabiskan sisa sisa hidup ini dengan berbaring sepanjang hayat. Kalau ada makanana dan air yang masih boleh masuk ke kerongkong, bermakna masih ada rezeki baginya. Petang semalam, adik ipar telah mula menggunakan botol susu kerana beliau tidak boleh menyedut lagi. Tidak ketahuan bila buang air besar dan kecil, anak cucu yang datang sudah mulai tidak kenal. 

Khamis lalu Yb Mohd Isa datang melawatnya ke hospital, bukan atas dasar politik dimana tidak mustahil juga jikalau Ustaz Ismail Kamus akan hadir jika dia tahu. Kami semua bersaudara, satu sekolah, satu kampung  walaupun mungkin ada berbeza fahaman politik. Alhamdulillah saat saat begini bukanlah masanya untuk memancing undi dimana Yb memanggil bapak saya sebagai gelaran Pak Uda. 

Semua anak anak saya telah dapat melawat datoknya, melihat perkembangan yang menyedihkan ini. Seperti orang lain juga kami mempunyai masalah penjagaan kerana semua anak anak bekerja akan tetapi sesukar manapun masalah ini perlu diatasi.

Saya ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada staff staf Hospital Kuala Kubu Baru kerana membantu kami sekeluarga. Semalam bapak saya telah dibawa pulang ke rumah..............




"Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, sesungguhnya mati itu mempunyai sakarat. (HR Al-Bukhari 

Friday, June 22, 2012

Filem Cilaka

Salam......

Beberapa hari lepas saya sempat  menonton filem tamil. Tajuknya saya kurang pasti maklumlah filem tamil. Pelakunnnya agak kacak juga dan seperti biasa pelakun filem tamil ini kekadang ada juga masuk ke filem hindustan. Kot mana pusingpun satu negeri jugak cuma bezanya bahasanya. Janganlah pakat gelak ya...

Ceritanya berkisar kepada 3 jenis kehidupan manusia dan menyanyikan lagu tuhan masih ada. Saya ingat lagu dakwah .....Yang tak bagusnya filem itu menunjukkan keganasan orang islam yang berjuang untuk berjihad. Orang Islam menjadi pengganas dan mahu meletupkan bangunan hospital dengan alasan jihad. Biasalah hero filem tamil dapat menghapuskan 3 orang pengganas islam itu yang mana polis india sendiri tidak berkemampuan memusnahkannya. Keganasan itu menunjukkan orang islam yang hidup berpandukan alquran menembak orang orang yang tidak bersalah termasuk kanak kanak di dalam hospital berkenaan. Saya menonton filem itu sampai habis walaupun saya tidak berkenan lansung dan saya tidak tahu bagaimana bingainya pengarah filem itu..........

Saya pasti filem seperti itu tiada di negara kita melainkan mat saleh juga menciptanya. Asal sahaja orang islam sahaja mistilah pengganas, asal sahaja pakai serban misti pengganas..........Seolah olah agama islam ini adalah agama pengganas


Thursday, June 21, 2012

Musnah

Salam.......

Semalam pm jumpa kawan lama, masa kecik kecik dulu selalu bersama. Sekarang dah jadi orang besar dan berpangkat. Kebetulan semalam ada function kat tempat kerja dia. Bukannya pm nak pergi mengendeng pun tapi dengan sebab ada keluarga pm kat sana. Bila pm sampai di muka pintu dewan tu dia tak bagi masuk Dia kata " nanti orang komplen."

Pm rasa malu sangat, sangka pm dia tegur dengan ramah atau sekurang kurang bagi tahu pm yang bodoh ini bahawa tempat itu dilarang masuk dengan sebab sebab tertentu. Pm pun bukanlah kebuloo sangat nak makan kat sana. Sudah bertahun tahun pm hidup dalam tempat function, tempat orang melompat terkinja kinja. Dah bertahun tahun pm tenguk orang teguk air haram dan janganlah buat pm sepertinya orang kampung yang tidak reti bahasa yang terlangak langak tenguk orang............

Inilah manusia, mungkin pm hadir ke sana berpakai buruk kut........atau ada cerita cerita yang kurang baik tentang diri pm di kampung. Biar apapun rasa sakit hati diberi oleh orang kepada kita tidak kita minta. Ambiklah balik rasa sakit hati itu semula kerana itu bukan hak pm. Kalau pandai meludah dengan mulut, pandailah menjilat balik. Pm mahu berlepas diri dari sakit hati itu dan tidak mahu musnah kerana kesakitan itu............ Mintalah ampun kepada Allah tuhan Yang Maha Kaya


Wednesday, June 20, 2012

Hospital KKB

Salam......beberapa hari pm tidak menjenguk ke sini kerana keadaan pm yang tidak tentu hala sekarang. Bapa pm sudahpun menjangkau umur ke 87 tahun jikalau mengikut apa yang tercatit di dalam ic. Bagi pm usianya lebih dari itu kerana orang orang zaman dahulu main agak agak sahaja umur mereka.

Ada orang menyatakan bahawa usia yang panajang adalah merupakan bonos bagi kita. Bagi pm kalau boleh janganlah terlalu pnajang jika badan tidak sihat. Apa guna umur yang panjang kalau separuh dari keadaan itu kita telah nyanyuk dan tidak menentu keadaannya. Pada saat itu anak anak disuruh bersabar dan diiingatkan tentang ujian tuhan.................

Kini ayah pm berada di hospital KKB, suntikan dari budak budak ambulan telah membantu untuk umurnya panjang. Selepas ini anak anak yang ada akan terus berkorban selagi ada hayat...............Seperti biasa di dalam situasi haru biru kita akan melihat telatah adik beradik kita dan kita juga bukanlah orang terbaik diantara mereka. Apa yang boleh kita lakukan, lakukanlah........Kalau tidak boleh , nak buat macam mana.
Apa yang berlaku pm terima dengan reda dan belajar jadi reda.........




Sunday, June 17, 2012

Renungan Anda

Salam............,

Seingat pm bila mendengar emak saudara pm marah marah kerana gelang emasnya dicuri orang. " Aku baca yassin dan sembahyang hajat baru korang tau " katanya. Dia bercakap kepada anak anaknya bagi menunjukkan betapa kuat kelebihan suruh yassin dan solat hajat itu. Mendengar sebutan itupun orang dah takut................

Zaman ini bagai mana pulak ? Bila sebut sahaja soal orang sakit tenat dan tak tenatpun, hendak mencari orang baca yassin pun siksa. Bukan tak ada orang baca yassin tapi tak ada orang pandai dalam soal baca yassin. Alih alih... kita carilah orang masjid yang memang ada ada buat  aktiviti itu pada malam Jumaat. Anak anak orang sakit tu tak pandai baca yassin ke ? Dulu emak bapak tak hantar belajar mengaji ke. dulu sebelah petang tak sekolah agama ke ? Senang jawapannya......sebab selepas baca yassin nampak cam tu jugak, tak nampak keluar asap dan apipun macam filem ninja. Lebih lebihpun ada botol air mineral yang berlonggok depan mata....tutup botol kasi buka nanti doa tak boleh  masuk masuk wooo.....



Saturday, June 16, 2012

Puasa Dah Dekat

Salam...

Lagi dekat dekat sebulan, bulan puasa akan menjelma. Ini bererti kita akan menempuh bajed baru lagi untuk tahun 2012. Lebih lebih lagi kepada mereka yang beranak kecil.....pitam bang oiii, takkan beli baju kat bandel.....

Apa yang menarik adalah saat bersahur pagi dan waktu berbuka puasa. Waktu itu kalau tidak ada semua ahli keluarga alangkah sedihnya. Lebih sedih kepada pakcik pakcik, duda dua dan janda janda. Kesedihan kita tidak akan ditanggung oleh orang lain. Makanalah apa yang ada, makanlah walaupun bercampur limpahan air mata. Ada orang hatinya begitu tebal, dah biasa sangat dengan suasana penuh kemuraman...

Saya kena merepek sebelum bulan puasa. Hutang puasa tahun sudah korang dah bayar ke ? Jangan sibuk sangat menempah kueh dan baju...Raya sekarang memang tak best dah. .... tak ada apa pun....duit pun tak banyak macam dulu walaupun sarungnya bertulis RM 50/-

Hutang kusyen tahun lepas dah habis ke belum......? Tak ada hutang boleh ke  ?


Wednesday, June 13, 2012

Darjat Melayu

Salam........pagi pagi sudah mendidih darah...orang orang alim kata " sabar "........

Seperti biasa jalan raya jem waktu pagi, jadi istilah potong memotong adalah perkara biasa. Pagi ini seorang lelaki india menyalakan signal kereta berlambang "p" untuk masuk ke lorong lain, kemudian pm melaluinya menyalakan signal untuk memotong. Dia membunyikan hon kereta, memandang pm bagaikan mahukan menelan pm, dia memberhentikan kereta. Malas melayan, pm memberi isyarat supaya beliau berlalu sahaja.

Seingat pm masa dulu , orang seperti ini datang menyembah nyembah ke rumah Tok Empat, bukan main berbudi bahasa dalam meminta minta. Sekarang sudah tidak seperti itu, orang tidak pandang dan hormat orang melayu, malahan berani mengajak bergaduh. Kesihan negeri pm negeri Selangor ini.....orang melayu dalam diam diam memilih pembangkang, sokong bagai nak rak tapi pembangkang juga terpilih. Orang besar kerajaan pula merendah rendah diri ke tempat orang ini mencari undi yang banyak. Apa sahaja diminta akan diberi......

Kata kata memertabatkan bangsa melayu tinggallah laungan semata mata, hilanglah melayu di dunia menjadi bangsa lain yang tercipta..............




Monday, June 11, 2012

Cuci Punggung Lu

Salam......di musim minggu mengawan yang baru berlalu, sengajalah saya menulis tentang mandi junub. Saya hendak melihat apa kata kawan kawan blogger kerana isu tersebut sudah biasa diperdengarkan. Bukan juga isu seremeh itu sahaja yang jadi persoalan tetapi ada juga soal soal lain yang jarang dihuraikan oleh mereka yang bijak pandai sehingga berlaku perlanggaran adap peraturan sebagai contohnya mencuci dubur........

Minta ustaz ustaz yang lebih arif membicarakan hal ini agar lebih tepat kerana di zaman ini banyak orang bersolat dengan keadaan tidak bersih..tidak hilang bau..tidak hilang rupa..tidak hilang rasa sebaliknya hanya menyapu mencuci pada kulit biasa sahaja. Ada juga sudah menunaikan haji lebih dari 4 kali tetapi masih belum melepasi dlema ini. Kesudahannya solat jadi tidak kusyuk, tidak ada ketepatan, merewang rewang entah dimana dan hati juga menjadi hitam tidak bersih.....Sedangkan mencuci mencuci dubur mayat memerlukan cucian yang bersih, bagaimana pula mencuci dubur manusia yang masih hidup dan dituntut  pula pekerjaan ibadahnya .  Jadinya, jangan sibukkan punggung orang, sibukkanlah punggung sendiri terlebih dahulu. Kerbau sapi tidak akan memberi jawapan kepada anda apakah hukum hakam dan jangan jadi jadi sepertinya kerbau sapi yang bermandian dilumpur.   Wallahualam


Saturday, June 9, 2012

Malam Pengantin

Salam,

Malam masih muda, di luar sana sanak saudara masih sibuk mengemas. Bunyi periuk belanga masih berlaga, musik sang DJ masih mengalun lagu lagu lembut, lagu lagu mengantuk........pngantin masih tidak mengantuk juga.

Lalu apa yang harus dilakukan, sudah berkali kali berulang ke bilik air, lantaran kesejukan, lantaran gemuruh disambut gelombang di dada yang kian kencang. Hendak membuka baju ? Ah....sepertinya manusia tidak beradap, bukankah elok satu persatu, yang dulu patut di dulukan dan yang kemudian kita kemudiankan. Jadi mahu bermula di mana ? pengantin masih malu membisu.......bunyi bising di luar menggangu perjalanan. Tiba tiba pintu bilik diketuk, rupanya makcik Timah nak masuk mengambil dulang di bawah katil pengantin. Makcik ini satu hal, mengganggu pengantin mengarang madu, bagaikan tidak faham faham. Tapi tidak mengapa, rumah pengantin ini bukannya besar sangat, hanya ada satu bilik besar........dua bilik yang lain hanya muat untuk adik adik.

Sudah jam 3,00 pagi...........tidak ada sesuatupun bermula.....Sang suami mula bertanya " yg, tau tak mandi junub ? ' " Tau bang " jawab isteri. " Macam mana " tanya suami. " Biasalah bang. bukak paip, mandi pakai shower, lepas sabun badan kira oklah "

Suami yang bodoh terdiam, mula membuka kutang isterinya satu persatu, terus memanjat seperti labi labi dan kemudian terlentang kekenyangan. Sungguh nikmat malam itu dan mengulanginya berkali kali sehingga subuh menjelma. Esok pastinya akan mandi, esoknya pasti terpaksa makan panadol namun rambut isteri masih keras dengan gel, masih banyak sepit rambut dan segala macam klip yang melekat. Segalanya akan melambatkan dan melepasi solat subuh......Siapa yang mahu menolong kali ini.

Akhirnya mandi berdualah mereka itu sepertinya kerbau sapi.............................. 



Thursday, June 7, 2012

JIN GATAL

Salam........,

Semalam pm bersembang dengan kekawan di kantin. Dengarlah kisahnya yang tidak berapa senang hidup dalam pejabat ini. Katanya orang " buat " dia hendak bagi berhenti. Sempatlah pm tanya apakah sebabnya orang " buat ' dia begitu. Soalan pm dijawab dengan cerita lain dimana beliau menenpuh beberapa keadaan misteri dari kampung, adikberadik sampailah ke bandar ini.

Bukanlah pm hendak menidakkan cerita dia tapi pm terfikir jugak, apalah pasal banyak sangat orang nak buat dia. Kalau macam ini tentu dia tidak senang duduk, ya lah banyak sangat mambang mambang yang mendekatinya. Cerita masyarakat melayu kekadang kadang best juga dibuat buku, kalau tidak sudah tentu majalah mastika tu tak laku. Tentu adalah benda khas untuk kita mempercayainya.



Bagaimanalah pm hendak menasihat ya ? Hendak menasihat secara agama atau secara akal. Susah nak cakap. Dulu ada juga pm jumpa orang orang seperti ini, tidaklah dapat pm bercakap sebab cakap dia lebih banyak dari pm.

Bagi pm sesiapa sahaja yang suka menceritakan tentang dia telah disihir orang, cepat cepatlah bertaubat. Tok bomoh itu kekadang kadang menambah nambah story untuk semakin sedap. Bukan juga tok bomoh salah jikalau cerita itu benar tapi yang salahnya kita kerana TERBELAJAR mengenal cerita ini.

Masa kecik kecik sekolah rendah , ustaz ustazah mengajar kita nama nama nabi , malaikat, nama nama tuhan dan sifat 20, tak pulak disuruh kita menghafal nama nama panglima, orang orang halus, nama nama rimau saka dan segala macam hantu. Disuruh kita belajar mandi hadas dan bukan mandi bunga, disuruh kita solat dan bukan mengangkong bawah pokok mencari nombor, disuruh kita berzikir mengingati Allah dan bukan duduk mengenang ngenang kekasih hati pujaan kalbu. Untuk menyembelih binatang ada syaratnya, bukan pulak untuk menyemah tanah kampung halaman. Jadi benda benda pelik seperti ini menjadi adat turun menurun susur galur yang menambah remuk redam tok nenek yang telah meninggal dunia. Andainya ada mayat yang boleh bangkit balik ke rumah , sudah tentu korang kena sound kaw kaw.....


Jadi macam mana hendak buat, perbuatan sihir itu memangnya wujud dan kita terus terbawa bawa dengan kisah itu sehingga ke 7 keturunan tak habis. Masyarakat harus mengubanhnya menjadi cerita yang baik baik agar masyarakat akan lebih bertamaddun.

Baliklah ke rumah dan buka semula buku perukunan, buka semula kitab kita yang nipis, belek beleklah dalam almari peninggalan orang tua, insyaallah selain dari Quran buruk kita akan jumpa juga sesuatu tulisan yang boleh memberi nasihat walaupun hanya sedikit tetapi bermakna sepanjang hayat.

نَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ – فاطر : 6
Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka”.

Wednesday, June 6, 2012

DAH DEKAT RAYA

Salam......Hari Raya aidilfitri masih jauh lagi tapi bunga bunga persiapan telah mula dilakukan terutama kepada mereka yang sudah dan baru beranak pinak. Tahun ini agaknya pakai baju warna apa ? Balik kampung tentu best....Saya nak balik kampung rasa tidak seronok sebab emak dah tak ada. 

Tahun ini entah dimanalah hendak menumpang. Adik beradik semuanya mempunyai rumah di kampung, kita hanya ada sebiji rumah di bandar. Nasib baiklah rumah itu dibeli dan bukan rumah sewa. Hendak menumpang di rumah adik beradik rasanya tidak sampai hati pulak. Ya lah, kalau besar besar pun bukanlah rumah kita. Manalah hendak di sumbat kita ini anak beranak. 

Adik beradik kita bukanlah seperti dulu. Dulu anak anak kecik kecik sekarang semua dah besar besar dan sudah bermenantu dan bercucupun. Kalau kita berjalan berselisih bahu, terasa sempit di dalam rumah tambahan pula ada pula kerabat sebelah mertua dan sebelah ipar duai menumpang sama. Betullah kata arwah dulu " dimasa akan datang adik beradik menjadi orang lain, orang lain pulak menjadi adik beradik beradik". Kalaulah sudah tidak ada orang tua, hubungan adik beradik itu entah sampai kemanalah agaknya. 

Kita tidak usah menyalahkan orang lain, salahkan diri sendiri kenapa tidak beli sebiji rumah di kampung. Tapi mampu ke ? Orang yang tidak mampu buatlah cara tidak mampu. Kalau nak balik juga carilah rumah tumpangan. Jangan menyusah adik beradik, pagi pagi raya barulah menjenguk muka. Kalau tidak bawa buah tangan, makanlah anak beranak ala ala kadar je , nanti habis beras rumah orang. Zaman ni beras memang mahal, ikan temenung pun mahal...lainlah dulu boleh dapat 50 sen.


Buatlah buget bodoh kalau nak balik kampung... sewa 130x 3 malam, minyak letaklah 300.00 dan tol pulak letaklah 120.00. Di sana aja sudah 810.00 tidak termasuk makan minum. Kalau nak jimat lagi tidurlah dimasjid, di petang puasa terakhir masih boleh makan free sehingga malam......

Saya mencadangkan elok aja tak usah balik, duduklah di tengah bandar ini dengan gembiranya. Kalau setakat ketupat lemang banyak bersepah , janji ada gambar agong. Tidak payah sibuk sibuk nak ziarah kubur, berdoa dari KL pun doa akan sampai juga. Dah tua tua ni, apa nak sedih sangat...bukannya orang nak ingat kita pun.


Tuesday, June 5, 2012

Sebuah Harapan



Wahai Tuhanku, 
janganlah kau biarkan aku mengalah dan takut
jangan juga jatuh tanpa berpaut
jangan juga takut kepada maut
jangan juga lemah anggota dan lutut


Berilah aku kekuatan penuh kesaktian
berikan jiwa kebaktian
berikan hati penuh kebaikan
berikan kasihmu padaku yang kemiskinan

Monday, June 4, 2012

Kenduri Besar Besaran

Salam........ semalam ada 4 jemputan perkahwinan dan 1 jemputan sesat......Semalam jemputan pertama dari Trolak Perak. Saya fikir tidak ada kesempatan dan bujet jugak ciput. Akhirnya tidak dapat menghadirkan diri tetapi sempatlah membukus hadiah.............

Jemputan ke dua dari belakang rumah, penuh warna hijau yang saya sangat suka. Saya hanya makan bubur sahaja walaupun makananya sedap....

pengantinnya berserilah juga di sebalik kehijauan itu 

tanpa budak budak begini tidaklah berseri majlis itu.......

Jemputan ke tiga adalah jemputan sesat namanya. Gambar tidak ada cuma kebetulan nama sepupu saya bernama Karim, tuan rrumah itu juga bernama Karim dan berada di Flat yang sama... Flat Seri Langkawi Gombak. Tuan rumah ajak juga saya singgah makan. Terima kasih ajalah....dengan buah tangan itu.

Jemputan ke  empat adalah memang rumah si Karim yang menikahkan anak lelakinya dua orang sekali. Karim adalah sepupu sebelah ayah saya , manakala isterinya dari sebelah ibu saya. Maka ramailah kaum kerabat saya di sana.


Dunia yang sempit ini menemukan saya dengan anak buah saya yang memang tidak saya kenali tapi menjadi bahan ketawa kesudahannya

Saya bersama kumpulan No Entry ....rupanya anak saudara saya.

Jemputan kenduri yang ke 5 saya tidak  pergi kerana begitu lama menghabiskan masa di rumah si Karim. Yang kahwin adalah anak kepada adik kakak ipar saya....Gambar kad ini menjadi kenangan


Begitulah kesudahannya, kenduri sebegini merapatkan kembali perhubungan, menjadi jambatan yang terbaik kepada semua pihak. Saya kata kepada anak anak buah saya, marilah kita bergambar kerana selepas ini mungkin tidak dapat berjumpa lagi....Zaman kanak kanak dan persekolahan saya telah lama berakhir, kami semua berpisah mengikut haluan masing masing. Hari ini kami bukan sahaja kami menjadi seorang bapa tapi juga datok kepada cucu cucu....Kami dah tua....

KARIM

Saturday, June 2, 2012

Angkara Kamu

Salam........semalam adalah sikit " incident' pasal benda ni


Bila baca artikel orang tulis dalam bahasa orang putih, cam ni bunyinya 


Bed bugs are parasitic insects that prefer to feed on human blood. The term is used loosely to refer to any species of the genus Cimex, and even more loosely to refer to any member of the family Cimicidae (cimicids).] The common bedbug, Cimex lectularius, is the most famous species of the family. The name of the "bed bug" is derived from the insect's preferred habitat of houses and especially beds or other areas where people sleep. Bed bugs are mainly active at night but are not exclusivelynocturnal and are capable of feeding on their host without being noticed.
A number of adverse health effects may occur due to bed bug bites, including skin rashes, psychological effects, and allergic symptoms. Diagnosis involves both finding bed bugs and the occurrence of compatible symptoms.

Binatang ini telah menggigit tetamu hotel yang mempunyai kulit anak dara. Bising dari pagi sampai ke petang. Disebabkan hal itu, manusia itu dihantar ke hospital untuk rawatan, kosnya hotel tanggunglah. Sesudah dirawat di hospital swasta, dia balik ke hotel dan meminta tuntutan ganti rugi dan jaminan tidak terkena aids pulak. Bukan sorang minta tapi sampai 3 orang minta ganti rugi. Dengar khabarnya sampai repot merepot polis kesudahannya. Akhirnya pihak travel bayarlah sikit kat dia orang membolehkan dia balik ke kampung halaman dia orang di negeri Cina.

Masa pm kecik kecik dulu biasalah tenguk pijat kat hujung hujung tali kelambu tapi tak pernahpun dengar orang mati kena gigit pijat. Bagaimana nak menghalau pijat itu.... Orang kata " bunuh ibunya".....Pest control pun tak mampu membunuh ibunya.....

Yalah....kalau korang membela pekerja bangla di kawasan rumah dan bangunan, kau akan menyaksikan banyaknya pijat di sana. Mungkin darah dan bau badan dia orang terlalu menarik untuk bangsa pijat ini. Wallahhualam......................

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...