Followers

Wednesday, January 30, 2013

Air Nikmat Pembawa Duka

Salam..................,

Bagaimana pula sikap orang sayangkan isteri ? Si Tenggang moden telah memainkan peranannya selepas beberapa hari berlansungnya perkahwinan.........


" Emak jangan suruh isteri saya buat kerja apa apa" si anak lelaki bercakap kepada ibunya. Semuanya kerana isterinya kelihatan kurang sihat, semuanya kerana isterinya malu malu alah kerana takut dikata emak mertua. semuanya kerana juga si isteri nak menunjuk pandai kepada mertua. Si emakpun berkata " aku tidak suruh dia buat kerja apa apapun, lagipun dia yang nak tolong. Kalau setakat potong timun dan hiris bawang,  apalah sangat susuhnya"



Inilah dia sebahagian cerita masyarakat. Kisah yang nyata membuat sang ibu menitis air mata. Rupanya di zaman ini menantu jadi tuan puteri di dalam rumah. Ibu kena layan anak dan menantunya, ibu kena jaga cucunya. Apabila menantu balik ke rumah, makanan telah tersedia. Ibu kena terima hakikat bahawa dia telah tua dan tidak boleh ' bercantik cantik lagi" Ibu kena jadi orang tua, solat, duduk atas tikar sembahyang dan pergi surau serta masuk kumpulan berzanji. Ibu ada dalam " waiting list" untuk mati.

gambar hiasan

Si Tenggang moden terus beraksi, kalau tidak cukup duit minta emak, ada problem cakap dengan emak, tak ada rumah sewa boleh duduk dengan emak. Akhir segala apa hal isteri dicakapkan dengan emak termasuk pasal cerita dalam kelambu 18sg.....



Ambillah sebitan pm ini sebagai pedoman. Setelah kita berhempas pulas menyambut kenduri kendara, berhabis duit kerana menikahkan anak, inilah yang kita dapat........


Monday, January 28, 2013

Gelora Pengantin Baru

Salam.............

Dah beberapa hari kahwin ? Kenapa orang rumah awak nampak pucat saja. Sakit ke atau terkejut melihat benda yang tidak pernah tenguk ? Bukan itu sahaja solannya malahan ada lagi solan yang bukan bukan yang saja saja nak mengusik pengantin baru.........



Sebenarnya esok sahaja apabila bangun pagi, si pengantin dah tahulah apa masalahnya. Masalahnya dia dah jadi suami dan orang perempuan pula dah jadi isteri. Bangun pagi nak mandipun sudah satu cerita terutama kalau dalam rumah itu cuma ada satu bilik air...Sape yang patut mandi dulu , pengantin atau emak bapak pengantin dan salah tak kalau pasangan tu mandi sama sama bagi menjimatkan masa... Abih tu pak long , maklog, pak ngah dan makngah dan seterusnya sampai ke bibik kena baratur sampai pukul 10 pagi.



Abis tu kenapa muka pengantin pempuan nampak pucat ? Mungkin dia takut pada emak mertuanya sebab tak reti masak....maklumlah tinggal rumah mertua dah lebih seminggu...Kok ya pun, keluar biliklah, tolonglah apa yang patut. Abis abis lekehpun tolong kopek bawang, tolong siang ikan. Yang nak makan dalam rumah ini bukannya sorang....Ada ramai lagi nak makan...., awak tu bukanlah puteri raja..." yang asyik dok mengangkang dalam bilik buat apa ?...... Huh sungguh celupar lidah mak long....., cakapnya bagai tidak bertapis lagi.....Bior je le pengantin baru tu.........esok lusa bila sedara mara dah balik , pandailah dia membela lakinya".........

Masalahnya pulak, pengantin lelaki baru tahu bahawa aturan haid isterinya tidak betul..... Selama ini sebelum menikah, keluar malam sampai 2-3 pagi, duduk berembun sampai subuh, tak nampak apa sakitpun... Alih alih sekarang sudah ada penyakit....... Rupanya kahwin ini bermaksud kita menanggung sakit ......


Esok siangnya, bini mula membungkus rambut dengan tuala, sambil membawa baldi ke ampaian. Nak sidai seluar dalampun malu, apatah lagi di anjung rumah......, simpanlah dalam seminggu dalam bilik, sampai emak mertua masuk tenguk....Nanti panjanglah muncung emak mertua..tenguk pakaian anak jantannya berkepuk bertimbum..." katanya dapat menantu malas ".... Rupanya hidup berumah tangga ni, kat manapun orang kata....

Hari esok esok akan berganti......menantu sama menantu saling berbeza dan berlawanan. Bukan hanya paras rupa tapi juga sapa pandai bodek.....Sebelum korang terlupa ingin pm ingatkan iaitu SOLAT......Solat bukan hanya untuk sebab baru kahwin, tapi bangunlah waktu subuh itu walaupun sesejuk mana, walau sesedap mana..., segeralah waktu zohor itu walaupun sesibuk mana....Disisi tuhan manusia itu tetap sama........

.

Sunday, January 27, 2013

Sempit Di Lorong Gelora

Salam...............

Seperti tahun tahun lalu , pm akan tetap melalui jalan MRR 2 dan jalan sekitar Bt. Caves setiap hari walaupun terpaksa meredah lautan manusia dan longgokkan kereta sempena Taipusam. Suka atau tak suka, urusan di kawasan tersebut terpaksa jugalah dijalankan.


Kita sedia maklum bahawa ketaatan kepada agama telah memberi kegembairan pada diri walaupun berlainan pendapat. Pm sendiri melihat mereka berjalan kaki dari jarak yang sangat jauh dengan cara berkaki ayam menuju ke tempat ibadah dan ianya menjadi kepusan yang tidak terhingga.


Semua ini berlaku kerana kepercayaan mereka terhadap agama mereka manakala kita pula mempunyai rukun imam untuk kepercayaan terhadap agama kita...Banyak orang kita temui di sana dan bukan hanya orang orang berbangsa India tetapi juga bangsa bangsa lain..


Adakah dimasa akan datang kita tidak berasa bimbang terhadap " kepercayaan" anak anak kita apbilanya mereka tidak dapat membezakan tentang kebenaran .....Dan apabila ada orang berkata bahawa semua agama itu benar ...Dan apabila kemanisan agama sendiri tidak dapat dirasai oleh penganutnya...



Apabila telah tiada alquran, bermaksud juga tiada di dalam ada, bermaksud juga ada tetapi tiada lagi orang mempercayainya.  Apabila telah tiada juga orang orang yang mengajar tentang alquran, bermaksud juga manusia lebih suka kepada buku buku ilmu yang lebih moden......waktu itu mereka akan lebih percaya kepada angan angan dan cerita cerita rekaan dan pada ketika itu datanglah kebinasaan....



Wednesday, January 23, 2013

Pembunuhan di Kaca TV

Salam........

Ada banyak lagi mungkin isu terkini menjelang piliharan raya menyebabkan kita pening pening lalat. Ada perkara macam tak betul ada perkara pulak macam betul. Lagi muntah kuning kalau kita tenguk tv dan dengar radio . Ada kawan pm terus tutup tv sebelum pemberita itu bercakap. Bukan nak jimat letrik tetapi menyampah mendengar cerita rekaan dan tambahan cerita itu. Namun begitu bukan bermakna dia tidak menyokong kerajaan .....Sebenarnya apakah benda yang dia MENYAMPAHKAN......Dia menyampah melihat muka yang sama setiap tahun dan setiap lima tahun. Bagaikan tidak ada orang lain. Dalam 5 tahun itu cuma bertukar jabatan tetapi muka itu juga yang ada menyelit sana sini. Menukar muka muka itu bukannya bererti menukar kerajaan............




Tentu ada banyak cerita menjelang pilihan raya ini. Ada kenalan saya berkata " marilah kita memberi peluang kepada pentadbiran baru. Kita tenguk apa terjadi kepada peluang itu". Kata kata yang pm dengar di sana sini daripada suara suara kecil dan juga suara suara besar. Tapi ini adalah kata kata 5 tahun sekali. Ada yang suka menerima dan ada yang was was menerima. Semua kerana sejarah lampau. Mata kita sendiri melihat  negeri negeri contoh di bawah parti pembangkang. Tidak ada kemajuan ke ? Pembohonglah kalau tidak maju tetapi tidak semistinya tidak ada kelemahan manakala kerajaan sebenar masih berkuasa dalam menentukan hitam dan putih.

Apapun mari kita tunggu, gajah berlaga sesama gajah, anjing menyalak nyalak di kaki bukit............runtuhkah bukit tanpa tsunami ?




Wednesday, January 16, 2013

Hikayat Keturunan Lanun

Salam,

Semalam dengar khabar pihak pekerja asing ada menuntut gaji RM 900/- untuk para pekerjanya dan bekerja cuma 8 jam sahaja.  Dia orang ini nampaknya lebih bahagialah dari kita orang Malaysia. Orang Malaysia kena kerja 9 jam di komplek komplek. 8 jam kerja manakala 1 jam lagi ditolak untuk waktu makan. Ada pulak kena kerja 10 jam..... Pekerja asing bukan sahaja dapat gaji RM 900/- tapi juga diberi tempat tinggal dan makan minum. Orang kita naik bas turun bas , duduk rumah sewa. Apa agaknya salahnya orang kita ?. Ada orang cakap orang kita ini memilih kerja, betul tak ? Atau sebenarnya kita tidak ada peluang lansung. Ialah nak kerja tukang cuci pun dah ada syrikat lain ambil alih, kerja jaga pun ada syarikat tertentu ambil alih dan menggaji pekerja asing. Abis tu kita jadi perompaklah ?


Atau kita harus jadi ayahanda, abang kawasan dan menjaga keselamatan orang orang asing dikawasan tertentu...Tok penghulu mereka bayar kat kita pulak ?


Berbalik kepada kisah sabtu lalu ketikanya rakyat rakyat menjerit memperjuangkan keadilan, meminta itu dan ini dengan amannya katanya tapi adakah aman hati pemimpin pemimpin kerajaan yang sedia ada ? Sebenarnya dunia sekarang tidak aman. Ekonomi terasa amat perit, barang barang mahal, orang asing menjadi tuan rumah, kita menjadi penumpang. Kita orang melayu bersorak, kita orang islam bersorak manakala di belakang kita bangsa lain menyorong nyorong kita ke depan. Kitalah bakal jadi pak kaduk, ayam menang kampung tergadai. Kita yang kebumikan orang orang kita.....manakala orang orang gomen yang menonton telatah ini, bergelak ketawa juga. Gelak kerana tak perlu bersorak sorakpun, kalau tidak bersorak sekalipun kita terpaksa mengikut mereka kerana gula gula sudah dan akan diberi.

Kemanapun akan pergi marilah menasabah diri. Jangan latah...............

Tuesday, January 15, 2013

Gelombang Syaitan

Salam,

Beberapa kali sudah pm cuba menasabah diri, tenguk dan jenguk dalam diri sendiri tetapi perasaan marah cepat juga meninggi kalau masalah datang mengejut dengan tiba tiba. Dahulu pm selalu mengadap bos dan cakap perlahan lahan diwaktu pagi sebelum beliau pergi taklimat. Apa apa hal suruh dia duduk dulu sebelum mendengar berita yang kurang enak. Tapi bila zaman pm jadi bos pulak, berita datang tanpa tapis tapisnya. Pm pun melompatlah....... Orang cakap berbanyak banyak bersabar, tapi itu adalah cakap orang yang tidak terkena macam penyakit pm....


Sekali sekala cemburu juga bila melihat orang dapat kerja yang best best. Datang pagi pukul 8.00, pukul 8.15 pergi minum dengan kawan kawan sampai pukul 9.30. Pukul 9.30 masuk opis, pukul 10.30 turun minum lagi, pukul 12.30 pergi makan sampai pukul 2.30. masuk opis balik, dan pukul 4.30 setengah boleh balik.....Oh...bestnya....Pukul 6.00 sampai rumah , boleh main bola, malam boleh pergi surau. Beribadah pun lega sahaja tak ada tension .......24hb dah dapat gaji dan tak payah menunggu sampai 31 atau 32 hb.....

Kita selalu dinasihatkan supaya tidak terlalu selesa tapi sebenarnya kehidupan mereka memang selesa. Ada duit, cakap pun selesa. Mereka telah terdidik dari dahulu dengan kehidupan yang selesa. Nak pinjam bank pun senang, anak beranak mereka mendapat biasiswa, pinjaman pelajaran, duit zakat sampilah ke khirat kematian pun senang......

Kalau nak cakap cakap, kita akan mendengar katanya " rezeki dari Allah"...Hari ini dalam umur sebegini kita masih lagi berhempas pulas untuk hidup sepertinya naik kapal layar di laut.

Berbalik kepada cerita pm yang berangin angin tadi, sebenarnya dalam 2-3 hari ini sedang mencari ubat. Ubat yang ada ialah buat bodoh aje........



Sebagai manusia kita selalu berfikir dan menganggapkan sesuatu terjadi sepertinya sangkaan kita, padahal kita terlupa bahawa bukan sahaja tenaga, malahan keupayaan akal berfikir adalah dari Allah juga... Lupakanlah apa yang berlaku dan redhalah...

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."(Surah Ali Imran: ayat 139) 

Monday, January 14, 2013

Kain Samping Merah

Salam........, semalam pm jadi orang pintu depan.....

Memang terasa jangggal bila pakai baju warna itu dengan  samping merah .....Kalau YB pun tak sanggup ..sangatlah tak cantik..... Ini kes terlupa bawa kain samping, maka pakai ajalah....Pm sebaris dengan anak anak sibuk sibuk jadi penyambut tetamu


Apapun pm mengucapkan selamat pengantin barulah, kalau buat kat stadium merdeka pada 12hb hari sabtu itu tentu lagi hebat...


Saturday, January 12, 2013

Bangunan Pas ...Berhimpun ?

Salam........

Jalan Raja Laut pun ada tempat mendaftar pagi ni......wah misti hebat cerita petang ini ...



Tuesday, January 8, 2013

Masuk ASMARA

Salam..............

Ahad lalu pm menghantar anak bujang kembali ke asramanya di Sek Menengah Teknik Kelang yang sekarang telah di upgradekan bertaraf kolej pulak. Seperti biasa ramailah ibu bapa datang membawa anak anak masing bagi menyambung sekolah semula ke tingkatan 5.



Sambil duduk duduk di tepi tebing dapatlah pm melihat telatah emak bapak yang datang itu. Berbagai bagai cerita yang ada, ada yang macam gengstar bersuara lantang macamlah dia tu" ayahanda" kawasan itu. Ada yang suami merajuk rajuk dengan sebab nak bayar yuran anak, ada yang sempat tampar anak depan orang ramai, ada juga emak emak yang cantik cantik dan sexy. Biar apapun sesi masuk sekolah menengah sama jugak seperti anak masuk darjah satu.

Anak pm bawak baldi dan beg beg sahaja. Baju bajunya disumbat dalam baldi bersama bantal busuknya. Sekali sekali pm tunjukkan padanya bagaimana anak orang lain membawa pakaian mereka dengan rapinya. Baju sudah siap siap bergosok dan digantungkan, banyak benda benda baru kelihatan. Anak pm nak simple jugak........Sebagai seorang ayah kita hanya boleh kata " apa mau cakap sahajalah".....

Sempat pm jumpa cikgu asrama, sempat juga pm beritahu supaya cikgu itu " titik" cukup cukup anak pm, asal jangan patah sudahlah... Harapan pm adalah keputusan peperiksaan yang baik. Abangnya sendiri pernah duduk di asrama Shah Alam, menurut katanya kalau cikgu tak pukul dengan rotan sampai hari inilah dia bodoh tak tau apa. Sampai begitulah berkat rotan cikgu menyebabkan dia sudah bekerja bagus sekarang........

Pm teringin juga nak jumpa cikgu kelas, pm nak suruh cikgu rotan anak pm........ Dengan rotan semua perasaan akan terubat......Sesiapa yang tidak suka anaknya kena rotan, bukalah sekolah sendiri...