Saturday, February 23, 2013

Aku Dalam Dlema

Salam.........

Rasanya sudah sunyi....kita tidak diperlukan lagi.......kalau orang berkehendak kita akan ada harga diri ....selepas itu just forget it.....

Menjalani kehidupan seharian menyebabkan kita menemui segala macam perkara. Kita melihat wajah kita nan muda dan semakin tua.....


Kehidupan ini membawa kita menemui masyarakat, bercampur dan bergaul dan ada masanya kita diangkat diatas....




Disana sini kita mempunyai kawan kawan yang sentiasa menegur sapa dari segala macam pangkat dan darjat.


Kita diberi tempat di majlis majlis jemputan, menghiasi dunia dengan segala apa yang ada


Namun adakalanya kita keletihan dan kecewa menjalani kehidupan yang tidak pasti...


Kecewa dan kadang kadang putus asa


Kekadang kadang kita bangkit semula mendapat semangat suntikan baru




Dilatih mendapat kekuatan dari pengalaman


Kita menjadi semakin berani menempuh segalanya diiringi kawan kawan


Walau apapun kita harus tabah sebagai musafir di muka bumi ini


Kita menjadi hidup yang tanpa warna


Menyanyikan lagu lagu rindu


Lari ke tengah tengah keributan manusia....


Kita tetaplah kita yang menjadi pelakun di pentas dunia


Thursday, February 21, 2013

Ketam Mengajar Anak

Salam,

Terbaca satu kisah tentang wasiat sang suami kepada isterinya  adalah " pengampunan" darinya. Besar sangat ke pengampunan suami tu, apa dia tak pernah buat salah ke, tak pernah sakitkan hati isteri ke ? Begitulah...dum dam dum dam kisah pertikaian sekarang...Ada orang nak bertanya siapa besar, suami atau isteri, siapa patut taat dengan siapa ? Suami kena taat dengan isteri dan harap kepada pengampunan isteri ?

Zaman moden membawa kita kepada belajar melalui  YOUTUBE. Sang ostad  berceloteh memberi  ceramah berbagai kisah dan tauladan. Ostad kata isteri mahu dimanjakan, apasalahnya suami picit picit kepala isteri, pimpin tangan isteri. Belum lagi panggil "yang" " hubby" "ling" .............Hisssss....macam duduk bawah pokok pulak rasanya.


Kok ya pun kalaulah orang orang tua dulu dah silap, takkan nak mengajar macam tu ...Tak tau malu ke nak buat begitu depan awam dan anak anak. Tak salah pimpin isteri depan KLCC tapi patut patut jugaklah..Kalau boleh pimpin isteri , pegang pegang tangan sambil berjalan ke masjid. Sumpah....emak bapak aku tak pernah buat macam tu. Tapi kami semua anak besar jugak, rumah tangga sampai ke anak cucu, tak macam orang sekarang.......Sebelum nikah dah pegang tangan, panggil ling darling tapi kawin 2 minggu dah bercerai. Ustaz bagi ceramah sebelum nikah, anak pulak buang dalam tong sampah....




Wednesday, February 20, 2013

Ilmu Pelaris

Salam,

Pm lihat seorang Bangla menabur air di sekeliling kedainya, pm pernah lihat seorang mamak berasapkan kedai dengan asap kemenyam dari atas meja sampai bawah kerusi.. Semuanya sebab nak buat pelaris, tujuannya  biar banyak orang datang membeli.... walaupun dia tak reti sangat cakap melayu.....pelanggan tetap datang berebut rebut....

Orang cakap syirik, dia apa kisah pasal syirik. Duit brim pun orang tala jugak walaupun kena menipu.....Janji hidup aku ini senang....itulah katanya..........


Tapi lebih kasihan kepada makcik makcik melayu yang mempunyai bakat membuat kueh melayu. Dia orang tidak pakai pelarispun untuk jual kueh. Pada hari ini makcik makcik melayu semakin pupus , ada ilmu buat kueh manakala jenerasi baru lebih suka membeli dari belajar. Akhirnya kita makan kueh makcik makcik indon.., kueh kueh dari india....kita tak jumpa walaupun ubi rebus sekalipun..

Merayau rayau di pasar dan lorong, susah sangat nak jumpa "goreng pisang". Entah kenapa, mungkin pisang sudah mahal harganya atau tepung tidak bermutu...Akhirnya di simpang sana jumpa indon jual goreng pisang...Beli ajalah, ambik alasan dia manusia, kitapun manusia......

Apa dah jadi kepada pasar keramat, pasar chowkit atau jalan jalan di belakang berdekatan Jalan TAR. Semua bahasa sudah  bukan lagi bahasa kita. Kalau berbahasa jawa, bukan orang jawa kita, kalau berbahasa minang, bukan juga orang minang kita...Cuma ada tanah dan tapak kita....yang telah dipunyai.....


Bagaimana pula di Kelang, Kajang dan Bangi.......Tanyalah orang sana.....Perlu pakai pelaris ke untuk berniaga.....banyak ke orang kita berniaga di sana.......

Monday, February 18, 2013

BILA KDN NAK SERBU

Salam......


Bercakap tentang tanah semenanjung, tanah melayu alangkah bahagainya. Kita menyanyikan lagu yang tidak dinyanyikan oleh mat dan minah indon, bangsa Filipino, mat mat bangla iaitu lagu Negaraku. Kita nyanyikan bersama di tanah melayu ini..."Negaraku tanah tumpahnya negaraku"

Jalan jalan di pasar bundle Chowit, memperlihatkan kita bangsa kita, orang China malaysia, orang Acheh dan Bangla berniaga. Pasar bundle yang dahulunya dipenuhi oleh orang orang melayu kini kian berkurangan. Tapak tapak mereka telah di sewa oleh bagsa asing dan ada setengahnya telah dibeli sepenuhnya oleh orang asing. Hari ini kita datang membeli barang barang di tangan orang asing dengan harga yang pelik pelik. Kuasa meletakkan harga pula di tangan mereka.


Ada perniaga melayu mengeluh kesah menghadapi saingan ini. Ada yang tertanya tanya bilakah KDN nak datang untuk sapu bersih kerana bangla yang berniaga kebanyakkan " kosong" dan mungkin duduk dalam pemeliharaan pihak tertentu. " KDN kalau nak datang eloklah bersendirian dan jangan join dengan mana mana pihak" kata mereka. Kalau pakat pakat join dengan pihak lain alamat ambik gambar tv dan masuk surat khabar ajalah .......kerja sia sia" tambah mereka lagi......Tentu tak elok kalau kita sebut ada pihak bocorkan rahsia.......

Apapun kita lihat hari ini dan selepas pilihan raya. Kalau seperti itu juga , maka eloklah banyak banyak bela bangla dan indon dalam malaysia...... sampai jadi kerajaan rojak......................



Sunday, February 17, 2013

Makan Makan Bersama Keluarga

Salam,

Dah lama tak pergi makan makan. Emak bapak pm pulak tak pernah ajar makan besar besar sebegitu. Korang pasti ada mengikut budaya ini


Nak makan begini belanja kenalah banyak. Yang makan juga bukanlah seorang dua dan bentuk makannya memanglah dahsyat



Adengan memilih juga sangat diperlukan oleh orang orang yang pakar memilih


Adengan makan dan menunggu juga pastinya hebat



Selepas itu makanan pun siaplah......apa lagi makanlah..

Thursday, February 14, 2013

Neraka Seorang Lelaki

Salam.................

Kisah orang tua dan pengalaman yang dilaluinya boleh dijadikan pedoman. Namun seperti yang pernah pm katakan bahawa sejarah sering berulang. Manusia hari juga mempunyai paras rupa sepertinya orang orang terdahulu. Bukan hanya 7 serupa tapi lebih dari itu................

Seorang tua pm temui merintih tentang nasibnya. Dia selalu menyebut tentang fitnah dunia iaitu persolan anak isterinya. Kenapa perkara ini tidak pernah berakhir. Dia selalu berjalan jalan menziarah kawan kawan, dilihatnya suasana di rumah orang lain begitu aman sekali. Isteri kawan berpakaian cantik, bersopan melayan tetamu, tidak ada huru hara kedengaran. Kawannya juga kelihatan senang sekali, dilayan oleh isteri dengan baik dan dalam cerita ceritanya tidak pula mengalami banyak masalah.



Anak anak kawan kawan nampaknya baik baik belaka. Ramah dan mudah bergaul. Tidaklah seperti di dalam rumahnya yang hingar bingar. Ada sahaja cerita dipersoalkan. Isterinya kerap membebel, banyak perkara yang tidak disenangi. Anak dan isterinya kekadang kadang tidak sebulu.....Lama lama dia boleh sakit jantung katanya. Adakah dia salah mendidik ?

Sebenarnya kita tertipu dengan apa yang kita pandang dan kita dengar......Semua lautan bergelombang kecuali laut itu sudah mati....Orang lain tidak akan bercakap atau menceritakan keburukan sendiri, tapi ambil lah panduan sejarah lama.....



Pm copy paste dari blog kekawan tentang satu kisah lampau :

Pernah pada satu ketika datang seorang lelaki ke rumah Khalifah Umar Ibnu Khattab r.a untuk mengadukan karenah isterinya. Beberapa saat lamanya dia menunggu di depan pintu, tiba-tba dia terdengar suara isteri Khalifah Umar sedang marah-marah pada suaminya, tetapi Khalifah tetap diam dan tidak menyahut. Melihatkan keadaan seperti itu lelaki tersebut pergi meninggalkan tempat itu sambil berkata pada dirinya: Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti itu, apa lagilah keadaanku!

Rasulullah SAW bersabda :

“Hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik dengan wanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok ialah yang berada di bahagian atas. Jika kamu meluruskannya ia akan patah dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok. Kerana itu hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik dengan wanita”

Mendengar dari kisah ini, kita akan bertanya dimanakah arah tujunya..... ada sesiapa nak kata apa apa.....



Wednesday, February 13, 2013

Antara Cinta Dan Dendam Santau

Salam.......

Entah kenapa free sangat sampai boleh tambah entry 2x sehari.....Cuti raya china " membebaskan " saya melakukan itu.........cerita bergambar hiasan ni...



Nama orang cantik ini adalah Hamidah ( bukan nama betul) Anak kepala seorang pak bilal tua di hujung kampung sana. Dia bersekolah di zaman orang lama. Waktu itu jika lulus darjah 6 sudah boleh menjadi cikgu. Sekarang jikalau setakat darjah 6 hanya duduk makan tanggung....................

gambar hiasan

Hamidah telah membuka sejarah dalam kedewasaannya. Di waktu itu pegangan agama dan adat masih kuat di dalam masyarakat kita. Sikap mengambil tahu orang orang kita menyebabkan masyarakat kampung begitu malu membuat maksiat. Apa sahaja berita terkini akan meniti dari mulut ke mulut tanpa menggunakan sms.

Sepertinya biduanita Saloma, Hamidah mengorak langkah memakai gaun serta kasut tumit tinggi. Wajah cantiknya telah memikat hati Hassan iaitu seorang pemuda ala ala P.Ramli. Kisah percintaan mereka telah mendapat tentangan dari keluarga ( macam dalam filem melayu jugak) Keadaan tersebut menyebabkan Hassan bertekad mahu memiliki Hamidah dengan apa cara sekalipun.

gambar hiasan 

Dengan kepakaran dan kepandaian Hassan itu, beliau berjayat menyusup masuk ke rumah pak bilal di malam hari dan keluar sebelum ayam berkokok pagi. Zaman tu maksiat macam sekarang jugak jadinya Hasil dari pehubungan haram itu, Hamidah telah hamil..........Adapun Hassan sebenarnya telah disokong oleh beberapa orang tua di kampung tersebut bagi tujuan memiliki Hamidah. Seperti yang kita ketahui ada perkara yang tidak dapat ditutup iaitu perut Hamidah semakin membesar.



Setelah benikah, Hamidahpun melarikan diri dari kampung mengikut jalan hutan dan menetap di Kuala Lumpur. Adapun peristiwa ini menjadi dendam yang membara kepada sepupu Hamidah iaitu Osman yang masa itu bekerja di Jabatan Tali Air. Osman seorang pemuda pendiam tetapi memiliki ilmu hitam yang banyak. Beliau kemudiannya membalas dendam dengan cara menyantau orang orang tua kampung yang menyokong Hassan oleh kerana merekalah yang mengajar ilmu halimunan kepada Hassan. Lima orang dari mereka mati berperingkat peringkat seorang demi seorang. kesemuanya kena penyakit batuk berdarah. Namun manusia tidak boleh menjadi tuhan di muka bumi. Hassan kemudiannya mati juga setelah berhari hari di Hospital Kuala Lumpur........




Hamidah kini sudah pun tua dan bercucu cicit. Sejarah lampau masih terpahat, dosa lampau masih juga terkenang. Beliau menghabiskan masa berulang alik ke masjid dan naik haji serta umrah berkali kali. Semoga Allah memberi pengampunan. Masa yang lampau telah lama berlalu, zaman telahpun berganti, sejarah sering berulang, pilihlah jalan anda.


Jin Di Atas Bumbung

Salam............


Ayah bilal Amin dan ayah bomoh kampung adalah orang yang sama. Seperti biasa kedua ibubapa  mereka tinggal berdekatan dengan rumah mereka. Pm sering lalu lalang di hadapan rumah mereka. Masih teringat lagi wajah mereka yang sudah tua itu. Begitulah biasanya, ibubapa tidak suka tinggal di rumah anak anak sebaliknya suka duduk berasingan. Senang untuk masak memasak dan tidak berkongsi periuk. Seperti yang kita tahu bahawa orang dulu dulu sangat taat bersolat. Namun di sebalik ketaatan itu tersembunyi rahsia yang tidak diketahui........

gambar hiasan

Suatu hari di waktu tengahari pm lalu di tepi rumah orang tua itu. Pm melihat ada orang memanjat bumbung membuka atap rumah. Atap dibuka hanya sekadar satu keping.  Sampai di rumah, pm telah mendengar cerita bahawa orang lelaki itu iaitu bapa kepada pak bilal sakit tenat dan  menghadapi kepayahan untuk kematian. Dengar khabarnya bukan hanya atap dibuka tetapi juga kayu gelegar juga ditarik dari bawah rumah. Setelah selesai kerja itu barulah orang tua itu meninggal dunia. Entah apa punca dan sebab tidaklah pm ketahui. Apa yang pm maklum ialah, orang orang tua terdahulu suka mengamalkan ilmu kebal dan kebatinan. Banyak yang suka mati di rumah di hadapan keluarga. Wallahualam....


# seorang saudara pm telah ditemui di dalam hutan Kuala Selangor, tinggal berhampiran sungai pernah mengajar pm supaya menghimpunkan setiap kepala surah ayat alquran yang sebanyak 30 juzuk. Sebaris ayat itu di cantumkan menjadi doa. Menurut katanya, orang yang mengamal ayat ini tidak akan mati kecuali dihadapan keluarganya walaupun tercedera teruk sekalipun.... Hanya Allah yang mengetahui...

Tuesday, February 12, 2013

Keris Datuk Empat

Salam............

Pm masih lagi mahu bercerita tentang kisah lama......sampai fade up.......


Dulu di kampung pm ada jawatan datuk empat manakala jawatan penghuylu pula ada di tempat lain. Apakah kelebihan datuk 4 itu tidaklah benar benar diketahui. Biasanya datuk 4 ini adalah orang pandai dan serba boleh............

Pm mengaji Quran di rumah datuk 4 yang rumahnya tidak jauh dari rumah pm. Saat yang paling seronok ialah pada musim durian atau selepas cabut gigi di klinik sebab waktu itu pm tidak perlu pergi mengaji quran. Datuk 4 ada kebun durian yang luas dan kebunnya itu "main tinggal sahaja" kerana pencuri tidak berani masuk. Pernah juga hutan bersebelahan kebunnya terbakar, datuk 4 itu selamba sahaja mukanya kerana api  tidak merebak masuk  ke dalam kebun. 

Biasanya belajar mengaji di waktu tengahari selepas zohor. Kami membaca quran di luar bilik  manakala beliau berehat rehat tidur di dalam bilik. Agaknya dia tidur tidur ayam sebab  bacaan yang salah dapat dikesannya. Dia akan menjerit menegur dari dalam bilik. Setelah puas membaca berulang ulang, barulah dia datang mengajar dan kadang kadang singgah juga rotan di tengah belakang.



Sambil mengajar sempat juga menurunkan ilmunya sedikit sedikit terutama apabila sampai kepada ayat ayat tertentu. Waktu itu pm masih budak budak manalah nak serius sangat..

Apabila bercerita dia ada mengatakan bahawa sewaktu dia muda muda , dia sangat nakal. Kalau setakat inginkan perempuan, memadailah dapat mencuri baju dalamnya. Tapi tidak pula diturunkan ilmu itu kepada pm..........Beliau bercerita tentang kisah datuk 4 lama yang sangat nyanyuk ketika itu. Dengar kabarnya melakukan kesalahan memarahi orang bunian di hujung bukit. Semenjak " membentak" orang bunian itu, bekas datuk 4 itu menjadi tidak tentu hala. Pun begitu orang bunian sudah tiada lagi disana sekarang ini kerana sudah berpindah....Pm sendiri tidak pernah jumpa dan kalau jumpapun tidaklah kenal. Apa yang pm ingat adalah unggun api kelihatan di kaki bukit berserta kedengaran suara suara orang ramai.....Esoknya kalau dicari, bekasnya tiada......


Datuk 4 memiliki keris yang disimpan di dalam geroboknya. Menurut katanya keris itu diberi makan sireh pada setiap malam jumaat. Kadang kala sedang kami belajar mengaji di waktu maghrib, dapatlah mendengar keris itu berbunyi. Pelik tapi begitulah adanya......

bersambung...............

Monday, February 11, 2013

Janji Palsu

Salam.


Amin namanya seorang bilal masjid yang kukenali. Suaranya selalu berkumandang di waktu azan setiap hari. Hidup berkeluarga dan mempunyai anak dara cantik serta rumah yang begitu sederhana. Beliau seorang bilal yang warak dan jenis yang suka solat di tengah malam. 


Ramai juga orang kampung dan juga orang luar menemuinya untuk meminta beliau membuat solat hajat. Soal dapat upah atau tidak aku tidaklah pasti. Pada suatu hari datang seorang lelaki anak kepada orang kuat kampung. Beliau meminta pak bilal itu membuat solat hajat kerana beliau akan masuk bertanding merebut jawatan penting dalam parti cap kapal waktu itu. Menurut katanya jika beliau menang bertanding beliau akan membawa pak bilal Amin ke Mekah. Pak lebaipun memulakan tugasnya sehinggalah dengan izin Allah makbulnya doanya. Lelaki itu telah mendapat jawatan yang diingininya akan tetapi tidak mengkotakan janjinya. Beliau tidaklah membawa pak bilal ke Mekah sebaliknya hanya membawa bapanya sendiri sahaja. Pak bilal Amin menerima berita itu dengan keadaan sedih dan terus menangis. Maklumlah keinginan beliau ke Mekah telah terpahat oleh kerana janji itu.........

Sekarang pak bilal tersebut telah lama meninggal, manakala lelaki itu masih hidup meniti usia....tidak nampak kaya dan senangpun..............................................................................


# banyak pulak cerita aku ni...korang rajin ke baca.........orang dah semakin tua memang banyak cerita, jangan pulak korang kata aku bohong.....semua betul tau...cerita misteripun betul..." manusia harimau akan bersambung.


Malam Nan Kelam di Kaki Bukit...

Salam,

Senja menyahut, maghrib bakal berlalu..........Semua anak anak murid sudah berkumpul di hadapan rumah Sang Guru. Sudah puas diberi salam tapi tidak ada jawaban. Lampu rumahnya masih terpasang tapi Sang Guru tidak juga kelihatan. Mata jahat mula mengintai di celah celah dinding. Kelihatan ada orang berjalan di dalam rumah tapi agak mustahil kerana Sang Guru cuma tinggal sendirian......Bunyi tapak kakinya juga masih kedanganran di lantai....." siapakah dia"


Setelah sekian lama menunggu akhirnya anak anak muridpun terus berjalan ke gelanggang silat di dalam hutan di hujung kampung. Mereka berjalan menempuh kegelapan malam, mengikuti lorong lorong kecil. Bermacam macam bau terhidu termasuk juga bauan dedaun hutan di waktu malam. Ketikanya sang cengkerik sedang sibuk bernyanyi, terdengar tempikan suara orang dari celahan pokok. Satu penumbuk dan tendangan telah dihayun merempuh kumpulan anak murid itu. Mereka mengelak terus bertaburan, masing masing terus menanti serangan yang berikutnya. Dalam kegelapan itu Sang Guru muncul sambil tersenyum..." kalian tidak berhati hati ' katanya. 

Malam, kumpulan anak murid itu meneruskan pelajaran di gelanggang, belajar di dalam kegelapan malam. Mengelak memukul serta bergulang guling di atas tanah yang terhampar. Tapi adakah Sang Guru yang mengajar atau sebenarnya ada orang lain di sebaliknya.....Tandatanya terus berlegar diingatan....." siapakah dia"





Sunday, February 10, 2013

Penjaga Rimba Di Gelanggang

Salam.........................

Sang Guru bertanya lagi " adakah kalian benar benar telah berfikir panjang."  " Sudah guru" jawab anak anak muridnya. Sang Guru menyambung lagi " persilatan ini bernama Silat Mega, pelajaran memakan masa 44 hari. Sepanjang masa itu kalian harus menjaga pantang larang dan jangan sekali sekali melanggarnya. Sesiapa yang melanggarnya akan menerima akibatnya"......" Apakah pantang larangnya " tanya muridnya lagi. "Larangan paling besar, kalian tidak boleh bergaduh sesama sendiri, sesiapa yang bergaduh akan menerima hukuman kematian" kata Sang Guru. " Bagaimanakah kematian itu boleh berlaku" tanya sang murid lagi. " Kalian akan mati dengan penangan harimau jadian" jawab Sang Guru.


"Kalian harus menyimpan rahsia persilatan. Apabila pulang dari tempat perguruan kalian tidak tidak dibenarkan bercakap cakap dengam kenalan yang ditemui, kalian harus terus pulang ke rumah. Gerak geri kalian sentiasa diperhatikan oleh dampingan persilatan ini" Kata Sang Guru dengan nada yang tegas. " Siapa yang memerhatikan kami" muridnya terus bertanya. Mereka adalah " Tanjol" berupa pocong dan Si Bongkok,  mereka akan datang dalam bentuk baunya tanpa kelihatan. Si Tanjol akan mengeluarkan bau yang busuk manakala Si Bongkok akan mengeluarkan bau minyak urat. Manakala gelanggang ini akan di pagari oleh Pak Belang......" Sang Guru bercerita lagi.......


"Kalian jangan cuba berbohong, orang yang berbohong akan menerima akibatnya dan lagi tidak dibenarkan menonton tv kecuali kepada cerita cerita peperangan......Sepanjang 44 hari ini permainan adalah tanpa senjata dan bermain di tempat gelap atau samar samar" kata Sang Guru.......

"Setelah kalian bersetuju , aturcara mandi limau akan dimulakan. Syaratnya juga kalian semua harus bertelanjang dan dimandikan juga dalam keadaan telanjang bagi memasukkan ilmu...." kata Sang Guru menghabiskan ceritanya .......



Malam itu seorang demi seorang anak muridnya dimandikan dengan kesenian mandi yang anih.....Mulai hari itu perguruan telahpun bermula.....Panglima Bugis datang menunjukkan cara, pak belang juga menghayun langkahnya sehingga genap 44 hari yang dinanti nantikan...............................


Saturday, February 9, 2013

Manusia Harimau Di Malam Hari

Malam itu, kami beramai ramai berkumpul. Maklumlah budak kampung, apalah sangat aktivitinya, kalau adapun motor kapcai untuk merempit di tengah malam...Kami bersembang panjang dan selepas itu keluar berjalan berkumpulan juga. Dalam kumpulan aku ada 5 orang budak budak sebaya......


Keadaan jalan kampung sangatlah gelap, mujurlah salah seorang dari kami ada membawa lampu suluh. Di dalam perjalanan itu kami ternampak satu lembaga manusia yang betul betul menuju ke arah kami. Dalam samar samar itu juga terasa seperti kenal siapakah orang itu, maklumlah orang kampung sendiri .......... Sahabat aku di sebelah dengan tiba tiba menyuluh muka lembaga itu, alangkah terperanjatnya kami semua bila melihat   wajahnya yang bukan berwajah manusia tetapi wajah seekor harimau...." dia menyergah kami " Kami semua membuka langkah seribu lari lintang pukang........ Aku lari kerana aku tenguk kawan aku lari......

Selepas dari hari itu , aku suka  berjalan sendirian.... Aku nak tenguk muka hantu itu sendiri... aku tak mahu lari dengan sebab orang lain lari...Aku tidak percaya kepada keberanian di sebabkan beramai.....dan orang yang beramai ramai bersorak sorak itu pula belum tentu menolong kita.......Mereka mungkin bersorak untuk TUMBANGKAN kita.......


Siapakah manusia harimau itu.....? cerita akan bersambung lagi......

Wednesday, February 6, 2013

Duit BRIM Sudah Mali

Salam..........

Dah ambil duit BRIM ke ? Bukan main seronok lagi nampaknya.... Ialah dapat RM 500 untuk kali ke 2. Kau tak ambik ke ? Soalan itu diajukan kepada pm. " Tak" jawab saya ringkas sekali. Tidak ada sesiapa nak tanya panjang panjang. Rata rata adik beradik seluruh kampung termasuk ipar duai sahabat handai semuanya ambil. Abang ipar pula sibuk mengirim surat kepada orang kampung iaitu jemputan untuk mengambil duit BRIM.


Berbagai pendapat kita dengar melalui corong telinga. " kerajaan dah bagi kita ambiklah" kata mereka. Dengar khabar dalam satu rumah ada 5 kepala, masing masing ada kapal sendiri, semua kepala itu dapat duit   BRIM. Tidak ada susahnya, cuma isi borang dan hantar, pasti dapat duit itu." Kau tak ambik ke " soalan berulang lagi...." " Tidak" jawab saya.......

Ada orang menunggu nunggu untuk dapat duit BRIM, barulah berkira kira mahu berjlan jalan ke Kuala Lumpur. Ada pula yang duduk di rumah anak anak di KL, bergegas balik untuk ambil duit BRIM. Duit ada segala galanya untuk kita rupanya.....Di sudut sana setelah ambil duit BRIM kedengaran sayup sayup bersuara " kita tukar kerajaan baru ya tahun ni "......Rupa rupa sudah kaut BRIM masih ada juga niat yang lain..........

Rambut sama hitam , manakala hati lain lain walaupun adik beradik keluar satu perut..... Ada orang tidak puas dan sentiasa inginkan segala galanya dalam hidup. Bos pm dulu pernah berkata " jangan makan sampai muntah " Hari ini bukan sahaja muntah, malahan air matapun sudah keluar tahi kerana terlalu kenyang...

Terpulanglah kepada diri masing masing untuk memilih, samada bertahan dengan prinsip yang ada ataupun menjualnya dengan harga yang murah...............

" Apabila wang ditembak ke dalam kota dengan meriam, semua rakyat bergembira sehingga terlupa menjaga pintu kota "

Semuga Allah mengampuni dosa kami semua.....

Di pejabat tanah KKB 4hb FEb. 2013

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...