Followers

Wednesday, February 13, 2013

Antara Cinta Dan Dendam Santau

Salam.......

Entah kenapa free sangat sampai boleh tambah entry 2x sehari.....Cuti raya china " membebaskan " saya melakukan itu.........cerita bergambar hiasan ni...



Nama orang cantik ini adalah Hamidah ( bukan nama betul) Anak kepala seorang pak bilal tua di hujung kampung sana. Dia bersekolah di zaman orang lama. Waktu itu jika lulus darjah 6 sudah boleh menjadi cikgu. Sekarang jikalau setakat darjah 6 hanya duduk makan tanggung....................

gambar hiasan

Hamidah telah membuka sejarah dalam kedewasaannya. Di waktu itu pegangan agama dan adat masih kuat di dalam masyarakat kita. Sikap mengambil tahu orang orang kita menyebabkan masyarakat kampung begitu malu membuat maksiat. Apa sahaja berita terkini akan meniti dari mulut ke mulut tanpa menggunakan sms.

Sepertinya biduanita Saloma, Hamidah mengorak langkah memakai gaun serta kasut tumit tinggi. Wajah cantiknya telah memikat hati Hassan iaitu seorang pemuda ala ala P.Ramli. Kisah percintaan mereka telah mendapat tentangan dari keluarga ( macam dalam filem melayu jugak) Keadaan tersebut menyebabkan Hassan bertekad mahu memiliki Hamidah dengan apa cara sekalipun.

gambar hiasan 

Dengan kepakaran dan kepandaian Hassan itu, beliau berjayat menyusup masuk ke rumah pak bilal di malam hari dan keluar sebelum ayam berkokok pagi. Zaman tu maksiat macam sekarang jugak jadinya Hasil dari pehubungan haram itu, Hamidah telah hamil..........Adapun Hassan sebenarnya telah disokong oleh beberapa orang tua di kampung tersebut bagi tujuan memiliki Hamidah. Seperti yang kita ketahui ada perkara yang tidak dapat ditutup iaitu perut Hamidah semakin membesar.



Setelah benikah, Hamidahpun melarikan diri dari kampung mengikut jalan hutan dan menetap di Kuala Lumpur. Adapun peristiwa ini menjadi dendam yang membara kepada sepupu Hamidah iaitu Osman yang masa itu bekerja di Jabatan Tali Air. Osman seorang pemuda pendiam tetapi memiliki ilmu hitam yang banyak. Beliau kemudiannya membalas dendam dengan cara menyantau orang orang tua kampung yang menyokong Hassan oleh kerana merekalah yang mengajar ilmu halimunan kepada Hassan. Lima orang dari mereka mati berperingkat peringkat seorang demi seorang. kesemuanya kena penyakit batuk berdarah. Namun manusia tidak boleh menjadi tuhan di muka bumi. Hassan kemudiannya mati juga setelah berhari hari di Hospital Kuala Lumpur........




Hamidah kini sudah pun tua dan bercucu cicit. Sejarah lampau masih terpahat, dosa lampau masih juga terkenang. Beliau menghabiskan masa berulang alik ke masjid dan naik haji serta umrah berkali kali. Semoga Allah memberi pengampunan. Masa yang lampau telah lama berlalu, zaman telahpun berganti, sejarah sering berulang, pilihlah jalan anda.


9 comments:

Kakcik Nur said...

Allah itu Maha Pengampun. Tapi janganlah pula kita mengambil kesempatan untuk berdosa kemudian bertaubat dan kemudian mengulangi berbuat dosa...

Amin A. R said...

sedih sungguh dengan perangai orang kita yg sering menggunakan jalan syaitonirojim....

atuk said...

Assalamualaikum PM

tak patut tok bilal...he he

Queenie said...

berat sungguh ujian yg diberi kpd pak bilal tu...jaga punya jaga, akhirnya ttp terjadi juga...

ketara di sini, akhir hidup insan hanya dia yg menentukan... Alhamdulillah hidup hamidah tidak berterusan dlm maksiat, ya, moga ada keampunan utknya..

terimakasih PM atas perkongsian luhur ini, sama2 kita ambil iktibar darinya, tiada manusia yg sempurna...

akuzle ayu said...

sekali minta tolong setan, selamanya syirik. nauzubillah. marilah kita sama2 berdoa diri kita, keluarga, sahabat2 serta saudara2 seislam kita jauh dari syirik. amin3!!

Panglima Muda said...

saya tidak mahu sebut nama sebenar. Tak nak bukak aib orang. Tapi cerita itu benar benar berlaku. Mudah mudahan Allah meengampunkan dosa dosa mereka

gadisBunga™ said...

yang penting adalah pengakhiran nya. masa lampau seseorang tak patut dijadikan kayu pengukur kan?

zino said...

kembali ke pangkal jalan...

seribupilihan said...

semoga allah mengampunkan dosa2 mereka melalui taubat nasuha...