Followers

Tuesday, February 12, 2013

Keris Datuk Empat

Salam............

Pm masih lagi mahu bercerita tentang kisah lama......sampai fade up.......


Dulu di kampung pm ada jawatan datuk empat manakala jawatan penghuylu pula ada di tempat lain. Apakah kelebihan datuk 4 itu tidaklah benar benar diketahui. Biasanya datuk 4 ini adalah orang pandai dan serba boleh............

Pm mengaji Quran di rumah datuk 4 yang rumahnya tidak jauh dari rumah pm. Saat yang paling seronok ialah pada musim durian atau selepas cabut gigi di klinik sebab waktu itu pm tidak perlu pergi mengaji quran. Datuk 4 ada kebun durian yang luas dan kebunnya itu "main tinggal sahaja" kerana pencuri tidak berani masuk. Pernah juga hutan bersebelahan kebunnya terbakar, datuk 4 itu selamba sahaja mukanya kerana api  tidak merebak masuk  ke dalam kebun. 

Biasanya belajar mengaji di waktu tengahari selepas zohor. Kami membaca quran di luar bilik  manakala beliau berehat rehat tidur di dalam bilik. Agaknya dia tidur tidur ayam sebab  bacaan yang salah dapat dikesannya. Dia akan menjerit menegur dari dalam bilik. Setelah puas membaca berulang ulang, barulah dia datang mengajar dan kadang kadang singgah juga rotan di tengah belakang.



Sambil mengajar sempat juga menurunkan ilmunya sedikit sedikit terutama apabila sampai kepada ayat ayat tertentu. Waktu itu pm masih budak budak manalah nak serius sangat..

Apabila bercerita dia ada mengatakan bahawa sewaktu dia muda muda , dia sangat nakal. Kalau setakat inginkan perempuan, memadailah dapat mencuri baju dalamnya. Tapi tidak pula diturunkan ilmu itu kepada pm..........Beliau bercerita tentang kisah datuk 4 lama yang sangat nyanyuk ketika itu. Dengar kabarnya melakukan kesalahan memarahi orang bunian di hujung bukit. Semenjak " membentak" orang bunian itu, bekas datuk 4 itu menjadi tidak tentu hala. Pun begitu orang bunian sudah tiada lagi disana sekarang ini kerana sudah berpindah....Pm sendiri tidak pernah jumpa dan kalau jumpapun tidaklah kenal. Apa yang pm ingat adalah unggun api kelihatan di kaki bukit berserta kedengaran suara suara orang ramai.....Esoknya kalau dicari, bekasnya tiada......


Datuk 4 memiliki keris yang disimpan di dalam geroboknya. Menurut katanya keris itu diberi makan sireh pada setiap malam jumaat. Kadang kala sedang kami belajar mengaji di waktu maghrib, dapatlah mendengar keris itu berbunyi. Pelik tapi begitulah adanya......

bersambung...............

2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum PM

kat kampung saya panggil ketua kampung

Panglima Muda said...

ADA JUGAK PAK LURAH.....