Thursday, February 14, 2013

Neraka Seorang Lelaki

Salam.................

Kisah orang tua dan pengalaman yang dilaluinya boleh dijadikan pedoman. Namun seperti yang pernah pm katakan bahawa sejarah sering berulang. Manusia hari juga mempunyai paras rupa sepertinya orang orang terdahulu. Bukan hanya 7 serupa tapi lebih dari itu................

Seorang tua pm temui merintih tentang nasibnya. Dia selalu menyebut tentang fitnah dunia iaitu persolan anak isterinya. Kenapa perkara ini tidak pernah berakhir. Dia selalu berjalan jalan menziarah kawan kawan, dilihatnya suasana di rumah orang lain begitu aman sekali. Isteri kawan berpakaian cantik, bersopan melayan tetamu, tidak ada huru hara kedengaran. Kawannya juga kelihatan senang sekali, dilayan oleh isteri dengan baik dan dalam cerita ceritanya tidak pula mengalami banyak masalah.



Anak anak kawan kawan nampaknya baik baik belaka. Ramah dan mudah bergaul. Tidaklah seperti di dalam rumahnya yang hingar bingar. Ada sahaja cerita dipersoalkan. Isterinya kerap membebel, banyak perkara yang tidak disenangi. Anak dan isterinya kekadang kadang tidak sebulu.....Lama lama dia boleh sakit jantung katanya. Adakah dia salah mendidik ?

Sebenarnya kita tertipu dengan apa yang kita pandang dan kita dengar......Semua lautan bergelombang kecuali laut itu sudah mati....Orang lain tidak akan bercakap atau menceritakan keburukan sendiri, tapi ambil lah panduan sejarah lama.....



Pm copy paste dari blog kekawan tentang satu kisah lampau :

Pernah pada satu ketika datang seorang lelaki ke rumah Khalifah Umar Ibnu Khattab r.a untuk mengadukan karenah isterinya. Beberapa saat lamanya dia menunggu di depan pintu, tiba-tba dia terdengar suara isteri Khalifah Umar sedang marah-marah pada suaminya, tetapi Khalifah tetap diam dan tidak menyahut. Melihatkan keadaan seperti itu lelaki tersebut pergi meninggalkan tempat itu sambil berkata pada dirinya: Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti itu, apa lagilah keadaanku!

Rasulullah SAW bersabda :

“Hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik dengan wanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok ialah yang berada di bahagian atas. Jika kamu meluruskannya ia akan patah dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok. Kerana itu hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik dengan wanita”

Mendengar dari kisah ini, kita akan bertanya dimanakah arah tujunya..... ada sesiapa nak kata apa apa.....



4 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
rumah sesiapapun memang kelihatan macam tu...silalah hargai apa yang kita ada. Kalau kita sendiri tak suka dengan apa yg kita ada, mcm mana hati nak rasa bahagia.

Hati yang terlalu tamak dan meminta-minta terlalu banyak sebabkan diri lupa utk syukuri apa yang dimiliki...

Queenie said...

mungkin segalanya bermula dari sekecil2 punca...jika dibiarkan dan ambil lewa tak lewa mmg lama2 akan bermaharaja lela...

kalau ada masa lapang, sila baca ini http://mutiaraislam.wordpress.com/halaman-utama/pendoman-keluarga-islam/institusi-keluarga-harus-berpandu-ciri-ciri-islam/

seribupilihan said...

sebagai suami dan ketua keluarga dia berhak menegur ats kelakuan isteri dan anak2nya sekiranya ada kesilapan..disinilah akn tercipta kebahagiaan..:-)

azieazah said...

Kadang malu bila ada orang bertandang jika keadaan sedang laut bergelombang. hehehe

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...