Followers

Saturday, February 2, 2013

Rindu dan Cinta

Salam,

Di tengahari ini terasa mengantuk sangat, kelopak mata bagaikan bertan tan beratnya. Dari semalam badan terasa sengal sengal, entahkan apa sebabnya....Semalam cuaca agak panas, tidak tahu hendak duduk dimana, manakala di sebelah malam adalah juga sedikit hujan, sejuknya hanya sebentar manakala panasnya memanjang sampai ke pagi....


Mengenang waktu kanak kanak dahulu, saat seperti ini dihabiskan berendam di parit. Waktu tengahari selepas solat zohor dan makan, orang orang tua akan buat tahi mata sampai pukul 4.30 petang. Best oiii dapat tidooooo sambil mendengar radio sayup sayup di cuping telinga. Kepada mereka yang suka berendam, mereka akan main puas puas sampai letih. Kalau lapar, buah durian ,rambutan dan manggis serta pulasan sudah sedia ada. Orang tua tak pernah marah kalau anak anak makan buah buahan. Gasaklah sampai kenyang kerana buah buahan terlalu banyak. Ada yang dijual dan ada juga yang dapat dimakan oleh keluarga dan jiran tetangga atau juga orang kampung...



Sekarang ini kebun dah tak ada, ada tanah menjadi tandus...bagus untuk dijual sahaja...Anak cucu kalau berkeinginan makan buah buah, carilah di pasar pasar atau di tepi jalan....Hanya tinggal tanah yang benilai untuk dinikmati hasilnya bagai menang berjudi...

Mengenang apa yang dinikmati, tidaklah dapat dirasai pada hari ini. Hidup sebagai orang kampung yang makan sardin panas, sayur pucuk paku dan nasi putih di bawah pokok di waktu tengahari sangatlah membahagiakan.... Lebih sedap kalau dimakan bersama ikan kering, bau baunya mengalahkan bau dan keenakan direstoren besar.....Kenangan sentiasa menghidupkan rasa cinta walaupun yang dicintai itu telah tiada. Semoga Allah memberi berkat dan selamat di dunia dan di akhirat....Amin

1 comment:

azieazah said...

... tu belum lagi dikira time makan mangga muda mengkal bercecah cili belacan kicap di bawah pokok rendang...

atau hogah ranting cermai tunggu cermai berderai jatuh..

best sangat!