Followers

Thursday, March 28, 2013

Jangan Pisahkan Aku dan Dia

Salam..................


Jam  8.20 pagi tadi bertarikh 28 March , talipon berdering ........katanya adik iparnya pengsan dan muka sudah menjadi biru, sudah talipon ambulan tapi dah satu jam tak sampai jugak.......Pm kata taliponlah lagi...Ya lah rumah orang sakit cuma kat kepong manakala hospital terdekat ada dua iaitu Hospital Sg Buloh dan Hospital Selayang. Mereka kemudiannya ambil langkah lain, iaitu pikul orang sakit gunakan lift dari tingkat 11 ke bawah....

8.30 pagi talipon berdering lagi.....katanya " sudah meninggal dunia" Innalililah hiwainna ilaihi roojiun...... Arwahyarham ini bernama " manja". Baru sabtu lalu pm dengar suaranya menyanyikan lagi " Jangan Pisahkan" di majlis perkahwinan adik iparnya di Changkat Lada. Lagu itu adalah lagu terakhir yang tidak di sangka sangka sama sekali......Apa salahnya kita renungkan sedikit lirik lagu ini..

Biar cinta
Terhalang gunung dan samudera
Aku tetap
Memegang janjiku padamu

Biar jurang
Yang terjal ada didepanku
Takkan goyah
Sumpahku kepada diri

Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita

( korus )
Jangan pisahkan, aku dan dia
Tuhan tolonglah, ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka




Inilah gambar arwahyarham bersama suaminya pm ambil pada tahun 2011 di Changkat Lada. Kehendak Allah yang maha kaya mengambilnya kembali. Kini tinggallah suami dan seorang anak yang masih kecil di muka bumi ini.....alfatihah......





3 comments:

Kemboja Putih N said...

innalillah...saya mendapat kabar juga 2 sahabat saya meninggal dunia hari ni ...semoga roh2 mereka di tempatkan di kalangan org mukmin..Al Fatihah ...muda lagi ...

ida said...

Al Fatihah..masih baru lagi perkahwinan mereka..tetapi siapalah kita utk berkata jangan pisahkan kami...

azieazah said...

Walau bagaimana meminta tidak dipisahkan, tapi bila sudah sampai masa dan janji seribu halangan pun tak akan berkesan.

Janji NYA lebih tepat. Semoga anak dan suami yg ditinggal akan lebih tabah.

Salam takziah.