Followers

Tuesday, March 26, 2013

Lautan Bergelora

Salam........

Masih teringat pm pada arwah paklong pm yang tinggal di Batang Kali. Gelaran pak long atau disebut juga poklong diberi kepadanya walaupun dia hanya bapak saudara jauh. Rumahnya berdekatan dengan sekolah menyebabkan pm sering kali singgah makan bahkan juga bermalam di sana. Pak long pm ini waktu itu telah pencen dari Jabatan Perhutanan. Tidak ada misteri apa pun pada beliau kecuali pm dapat melihat tongkat yang mempunyai besi tajam di bahagian dalam dan juga pedang samurai. Kalau setakat keris itu biasalah... kalau tak ada keris bukanlah melayu namanya walaupun tidak pernah digunakan untuk bertikam.


Dari kecil berulang alik ke rumah pak long dimana pm telah dilayan dengan baiknya. Kehidupan dengan pak long lebih kepada belajar metamatik ..... Dalam guraunya beliau menyukai membuat teka teki. Masih teringat kata katanya " kalau seekor kerbau ada 4 kali, 5 ekor kerbau ada berapa kaki" Inilah kerjanya melayan kami iaitu anak anak saudaranya. Cuma ada satu penyakitnya kedengaran, beliau susah tidur malam. Waktu malam beliau berjalan kaki dari rumah ke pekan Batang Kali.............Menurut kata orang dia ada menyimpan tulang dahi duyung.........Wallahhualam

Pm tidak pernahpun melihat ikan duyung. Menurut kata arwah guru mengaji pm bahawa di zamannya beliau pernah melihat duyung. Rambutnya panjang dan mempunyai susu seperti manusia. Duyung ini dibawa dalam kolam bagi tujuan untuk pertujukan sarkis. Duyung ini menangiss sahaja. Tentang apakah kelebihan memiliki tulang duyung ini tidaklah pm ketahui. Mungkin orang hendak ilmu dengan cepat kut ? Ya lah kalau belajar agama , belajar usuludin, belajar kitab kitab ma'rifat dan takrikat memang orang tak mahu....

gambar ikhsan

Waktu sekarang ini juga kalau mendengar ustaz ustaz terkenal buat lawak di masjid tentu masjid penuh sepertinya menonton maharaja lawak, tapi kalau kelas kelas tauhid sudah tentu hanya ada 5 orang...Orang tidak berminat.........Manusia memang tidak berminat untuk mengetahui tentang tuhannya inikan pula untuk mencari Allah dan Muhammad...........................Kita lebih gemar mencari benda yang suka suka dan mengasyikkan................................

1 comment:

YaKuza YesungNoOna said...

main teka-teki dengan shira akhirnya panglima muda jadi mangsa hehehehehe