Saturday, March 9, 2013

Meniti Pelangi Petang

Salam....

Pm kembali ke pejabat hari ini setelah berhari hari menempuh keadaan tidak menentu. Hari Isnin lalu pm mc sehingga hari Rabu iaitu hari pengesahan pm terkena penyakit batu karang. Pagi Rabu itu pm memandu kereta dalam keadaan resah dan terasa kebas kebas di pinggang kiri. Setelah selesai taklimat pagi pm bergegas ke klnik panel. Doktornya seorang lelaki melayu muda yang lebih banyak bercakpa dari pm. Dia menterjemahkan penyakit ini dalam huraian yang panjang menggunakan bahasa inggeris. Kekadang pm tidak faham apa yang dia cakap , almaklum bahasa inggeris pm hanya sekadar bahasa tingkatan 5 dan bukanya gunapakai bahasa surat khabar new straits times. Pm tidak mementingkan apa yang dia cakap tetapi amat memerlukan satu suntikan bagi menahan sakit....... Masa orang sakit tak perlu membebellah...Selepas menerima suntikan sepertinya doktor doktor lain dan juga orang orang kampung yang bodoh tak sekolah , pm menerima nasihat darinya supaya minum air banyak banyak..........

Di tempat kerja pm juga banyak mendengar pendapat orang. Ada sahabaat menyatakan bahawa dia telah berbelanja hampir RM 10,000.00 untuk perubatan isterinya dan dengan bangganya dia menyatakan bahawa dia ada kad insuran. Pm dengar sahajalah.... maklum orang tengah bengong...........

Jam 12.30 pm berjumpa kawan sepejabat yang mana beliau memberi pm dua pokok bayam berduri. Satu untuk di tanam dan satu lagi untuk direbus untuk diminum airnya. Menurut katanya jikalau ada yang sangkut sangkut pasti akan terlepas keluar.....



Dalam perjelaana pm ke kereta, tiba tiba pm dapat panggilan talipon dari adik pm. Dia tanya kenapa lambat sangat memeberitahunya. dia nasihat pm minum air ecpi..........


Bukan nak promote.....pm pun belilah dua botol besar di farmasi berdekatan................... Dua dua kaedah ini pm pakai terus walaupun ada banyak nasihat yang lain....... Mulai petang itu pm mula minum air ecpi dan kemuidan minum air rebusan dari pokok bayam berduri itu. Esok paginya pm telah mula dapat buang air besar dengan tenang, manakala pangkal ari ari pula mula terasa sengal sengal........Masuk hari kedua iaitu hari jumaat, pm buang air besar berkali kali menyebabkan pm mengambil keputusan memberhentikan dahulu minum air rebusan itu.....manakala minuman air boto masih diteruskan sehingga ke hari ini........Alhamdulillah warna air kencing sudah mula jernih dan rasa sakit berasa hilang........

Ada beberapa hikmah pm temui sewaktu sakit itu
  • Tidak ada orang akan sanggup bersama kita walaupun untuk menunggu sama saat kematian kerana masing masang mempunya urusan tersendiri.
  • Kehidupan dilalaui sehari hari adalah amat membosankan, kita semakin kehilangan selera.
  • Andainya tuhan menutup dua laluan keluar iaitu salur dubur dan kencing, kita akan rasa pening dimana angin naik ke kepala. Peringkat kemudiannya adalah berlaku kesesakan mengganggu penafasan dan jantung. Kemudian anda akan sendiri faham
  • Duduk di rumah hanya bertemankan tv, kita akan menonton apa sahaja filem samaada suka atau tak suka....

  • Kerja membaiki dapur rumah pm berjalan dengan lancar....orang kontrak buat dengan tekun dengan sebab tuan rumah ada di hadapan mata.

  • Akhir sekali pm bertemu guru berwibawa yang begitu menarik hati pm di kaca tv di petang Jumaat. Bahasanya, ajarannya bagitu menyenangkan. Beliau adalah .................

  • Guru pm pernah berkata bahawa jikalau telah telah datang ketentuan Allah, maka pada waktu itu tiadalah jampi tiadalah doa.... Terimalah denga redha. Sesunggunya kesakitan yang pm lalui menyebabkan pm tidak tahu membaca apa apa, mengganggu pm mengingat apa apa ayat, mengganggu kenyakinan. Waktu ini kita memerlukan seseorang sebagai panduan dan penyuluh. Walaupun mungkin ramai manusia di sekeliling kita tidaklah bermakna salain daripada orang yang saling ingat mengingati tentang keagungan tuhan....

4 comments:

Amin A. R said...

sebelum reda dengan apa yang berlaku, haruslah mencuba sedaya upaya dulu ....
semoga pm kembali sihat :)

perjalanan pulang said...

terima kasih

azieazah said...

Penyakit samada kecil atau besar, mengingatkan kita, menginsafkan yang kita tidak berupaya melawan kejadianNya.

Semoga kembali pulih.
Saya suka tengok dapur tu. Mesti cantik bila dah siap nanti.

Unknown said...

dapor tuh da siap la tuh....hehehe

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...