Followers

Saturday, March 2, 2013

Sebelum Ajal

Salam.

Sudah beberapa hari meninggalkan fb dan blog .... hari ini baru pm terperasan sudah 2hb March........Minggu lalu pm sibuk dengan persiapan untuk pemeriksan Bomba kepada bangunan kami. Waktu itu sudah terasa senak senak di bahagian ari ari...Menahan rasa sakit itu sehingga ke hari Isnin iaitu hari pemeriksan pihak Bomba...


Oleh kerana tidak beberapa sihat, sempatlah pm mengingatkan Stevan Nick tetantang soalan soalan yang bakal ditanya. Akhirnya stevan nick jadi cikgulah....


Setelah hari itu pm berasa kurang selesa. Selasa petang pm pergi ke sebuah klinik di Kepong. Doktor kata di dalam kencing pm di dapati berdarah. Memang terasa sakit dan senak sesangat sangat dan menghadapi perasaan tidak puas apabila membuang air kecil atau air besar. Doktor beri ubat dan suruh banyak minum air serta berehat di rumah. 

Malam itu pada jam 12 malam pm terjaga dari tidur dan berasa tidak kena pada perut dan kaki terasa kejang. Pm berjalan di dalam rumah seperti singa dalam kandang. Sememangnya tak tau nak cakap apa. Akhirnya munasabah diri menahan kesakitan dan bersabar, pm kemudiannya menyuruh anak lelaki mengurut ke dua belah kaki pm dari peha ke hujung jari kaki..... Semua ok kesudahannya.....

Esok malam pm mengambil keputusan untuk berbekam..


Kawan kita kata berbekam adalah sunnah nabi



Pada mula tak sakit tetapi selepas berbekam barulah terasa sakit dihiris...................Malam itu selepas jam 12 malam terjadi lagi kesakitan pm. Kali ini angin menyesak di pinggang perut dan ari ari. Pm terasa kelam kabut dan beritahu anak anak pm bahawa jikalau tidak pulih dam masa 1 jam, pm akan ke hospital malam itu juga. Hospital yang terdekat ilah hospital Selayang atau Kuala Kubu Baharu....

Akhirnya seorang anak lelaki pm bersanggupan mengurut pm bersama adiknya. Dia urut keseluruhan kaki, belakang badan dan kemudian perut. Dalam pandai tak pandai itu dia telah berjaya memulihkan pm dengan izin Allah. Pm lihat dia bermandian peluh dan tidur terlentang keletihan selepas itu.....

Pm belum pasti apakah sakit yang pm hadapi, ada orang kata batu karang, kenalah jumpa doktor dahulu untuk pastikannnya. Di dalam hal ini pm teringat bagaimana orang orang tua dahulu begitu memerlukan anak anak di saat saat kematiannya....Salah satu tanda kemungkinan kematian itu adalah sistem badan tersumbat..........

3 comments:

Telor Power said...

Jaga diri. Mungkin juga batu karang. Tapi utk kepastian kena check di klinik buat scan buat pinggang

azieazah said...

Memang elok dibuat susulan check dgn doktor. Kena tahu juga apa punca, baru senang nak rawat pula.

Chik Att said...

mungkin batu karang .siptom yang sama dengan suami dulu..