Tuesday, April 30, 2013

HARI JADI ORANG TUA

Salam......

Sudah lama tidak ada entry.. Entry yang hangat adalah mengundi tapi kenalah menunggu 5hb Mei ini. Hari ini pm nak add sikit pasal hari ketuaan pm ini. Baru baru ini  23/4/2013, pm sempatlah menyambut hari jadi yang ke 15 tahun...

Sebenarnya sejak dari kecik, emakbapak pm tak pernah ajarpun tentang binatang birth day ni, tapi entah macam mana penyakit ni merebak masuk ke rumah pm. Asal "bed day" ada ajalah kek. Asal ada kek adalah bird bird..........

Permudah kata menyambut hari jadi ini adalah penghibur kepada anak anak, kita yang dah tua ni bagi ajalah budak budak makan...


Penat hembus....budak budak tu bukan nak tolong....dia orang bukannya cucu cucu pm pun...

Saturday, April 20, 2013

PILIH PAS ATAU BNNNNNNNNNNN

Salam........

Hari ini tak usah mencarutlah.... tak baik....Marah memang marah sebabnya asyik kena bodoh sahaja. Sebenarnya dah beberapa hari dari minggu sudah pm tenguk jalan ke rumah pm asyik gelap aja. Bendera parti yang dipasang tentulah tak nampak. Lainlah macam pilihan raya di Hulu Selangor dulu... Terangnya macam hari raya. Sudah nak agak, mungkin ada pihak tak bayar duit api......

Apa yang pm tahu, laluan masuk Taman Kasturi tu ada bendera PKR., ada bendera PAS... BN pun ada tapi tak banyaklah....Rata rata  di jalan raya nampaklah bendera PKR. Namun bendera yang banyak bukanlah menunjukkan kekuatan parti. Bilik gerakan BN biasanya cantik cantik, duit banyak dan boleh pasang bunga sana sini.

Semalam pm ambik gambar dekat bilik gerakan kawan kawan di Chow Kit.


Ada meriam kat belakang tu nak menembak.............

Kemudian pm ke sebelah sana pulak


Setakat ambil gambar ini sesiapa pun boleh, tapi korang pilih parti apa ? Jangan pilih parti PAK KADUK  ya..... tergadailah semuanya.......Tapi pm pun ada dengar orang yang dah mengutip duit BRIM tapi tak mahu pergi mengundi...........Patutlah Nik Aziz ada mengata tempuh hari........apa dia sebut... macam haiwan ?


Thursday, April 18, 2013

FUCK ...LAH

Salam.....

Pm suka tajuk ni....Selalu pm terbaca dalam entry orang lain pasal benda fuck fuck ni.... Tapi sebelum itu pm nak sebut sikit tentang orang dulu dulu berlaki buni.... Bila sahaja ada pertengkaran tang benda fuck fuck ni lah orang tua sebut sebut. Gunanya untuk menyelesaikan kerumitan, akhirnya perbalahan tadi berakhir dengan  ketawa..............



Cerita fuck kali ini adalah berlegar tentang "saya pilih mengundi'.....Ada orang tanya pm undi apa? Sebenarnyalah nak cakap sikit, bila pm teringat tentang bapak pm, dia ini dengan megah berbaju putih seluar putih dan memakai lencana UMNO dan juga memakai songkok. Masa itu orang melayu tidak ada perasaan berbelah bagi. Seronok di zaman arwahyarham Tengku Abd Rahman, zaman Tun Abdul Razak....

Sampai ke zaman pm, bukanlah nak membohong... kan .... kalaulah ada orang dapat baca IC pm... Dah beberapa kali beratur mengundi tapi tak pernah bersorak macam orang gila keliling Kuala Lumpur. Pm pernah pangkah tok aji berserban ...tak nampak apa apa pun kesudahannya, pernah pangkah cina roket.. cam tu juga ceritanya dan pernah juga pangkah manusia bersongkok dan berdacing.....Dia orang ni kalau dah kaya.....payah nak cakap. Pernah makhluk tu tanya pm " awak kenal saya siapa ?" Fucklah... kalau rakyat tak pilih korang, korang jadi macam kita orang inilah.....



Hari ini pemimpin pemimpin penuhi hidup mereka dengan cerita fuck...Tak habis habis liwat hentam belakang, tak habis habis keluar gambar telanjang, ada yang kena tangkap basah sampai ustazpun kena, ada yang hisap hisap dalam bilik air, ada gambar panjat panjat....Betullah fuck tu.....Korang nak memerentah negara ke atau nak tunjuk terror siapa pandai fuck........



Rata rata kalau ditanya di dalam hati perut rakyat, mereka sayangkan BN  tak ? Tapi apa pasal nak tumbangkan negara kasi roboh ? Sebabnya mereka benci melihat pemimpin pemimpin yang cakap berbunga bunga. Kalau janji sudah ditepati tak payah sebutlah, bukannya rakyat tak ada mata tak ada telinga. Tapi yang penting kasi bungkus orang yang dah sangat kaya itu. Sudah puas merampas hak rakyat, sudah puas sedut sana sini , kasi bungkuslah...Jangan pakai lagi.....Ini bila BN dah menang, dia ambik balik mangkok mangkok tu.....bagi kaya balik.... Jadi budak budak muda mula menyampah.....Budak budak  budak kata nak tukar kerajaan.....Kerajaan baru nanti akan bagus ke ? Atau dalam kerajan baru itu masih ada muka lama yang pernah kenyang semasa duduk dalam BN dulu. Asal kalah sahaja, lompat parti, asal kecewa sahaja lompat parti.... Asal nak mengundi sahaja , banyak drama masuk TV. Banyak orang keluar parti beramai ramai... dengan alasan kecewa..... FUCK LAH..............

Abang abang, pakcik pakcik yang pm hormati di luar sana......kita bukan sehari dua di sini...Kita telah mengundi setiap lima tahun......Bukan sahaja tahun ini sahaja. Kita telah lihat drama ini bertahun tahun, kita telah lihat tukang sorak disana sini. Ada duit adalah sorak, kita pernah lihat duit berkotak kotak dibawah meja...Kita sayangkan negara kita.......tapi bukanlah parti parti liar itu.......Cakap Tak Serupa Bikin....... fuck lah.......


Wednesday, April 17, 2013

Menjolok Lubang

Salam...............

Apa yang paling berharga untuk menarik orang ramai....Ia adalah tajuk lucah yamg mempesonakan. Tenguk gambar ini....


Di dalam kerja misti ada kecacatan.....ada ke tinggalkan lubang begitu sahaja ?

Gambar ini pula.......


Ini pula adalah manusia dan sampah yang tidak dapat dipisahkan.... Sah memang sah, orang Malaysia memang kotor, ada tong tapi sampah bertaburan di luar......Mereka suka semak samun...lepas tu suruh pulak kita undi dia........KL memang tak bersih.....

Monday, April 15, 2013

Bicara Pagi

Salam......Pujian Kepada Allah dan Selawat kepada Nabi.....................

Sejenak membicarakan soal " kegagalan" insan membentuk diri yang ke arah kebaikan.... Dimanakah ianya bermula ? Ada yang mengatakan bahawa pendidikan itu bermula dari dalam perut. Hanya Allah sahaja yang tahu...Ada orang mengatakan bahawa ibu mengandung sebaiknya membaca alquran bagi memperdengarkan anak yang di dalam perut tidak termasuk siibu memakan benda benda baik baik dan halal. Rasanya sudah banyak juga para ibu berbuat demikian padahal anak yang dilahirkan perangainya jahat juga macam hantu. 



Dari kecil si anak diasuh mengaji Alquran, menghafal doa, solat puasa dan sebagainya tetapi apabila sudah dewasa mereka juga memenuhi tempat tempat  maksiat mencari jalan yang lain dari jalan agama. Salahnya dimana pula ? Sekali sekala kita melihat orang lain dengan penuh kecemburuan, bukan hanya melihat kekayaannya tetapi anak anak mereka penuh berilmu dan berjaya. Bukan sahaja berpakaian seperti orang soleh tetapi juga menduduki jawatan jawatan tinggi. Manakala anak anak kita adalah murid yang TERCOROT di dalam kelas, menjadi hantu jalanan...............



Namun segala apa kejayaan yang kita lihat sebenarnya bukanlah satu realiti. Mereka juga seperti kita dihimpit tekanan hidup, bergelumang dengan kegelisahan lantaran kerana tiada tempat berpijak di bumi nyata. Sekali sekala ada baiknya bertanyalah kepada anak anak jantan dan anak anak dara di dalam rumah. Tanyalah apakah rukun sahadat, syarat sah syahadat, tanyalah tentang rukun iman , dan yang membatalkan iman, rukun islam , syarat sah islam , tanda islam dan juga rukun intinja......Kalau perkara asas seperti itu tidak diketahuinya, inikan pula perkara yang besar besar. Kalaulah perkara besar besar seperti kesusasteraan  islam , ekonomi islam , budaya islam diketahuinya bagaimana pula dia hidup tanpa asas yang pertama tempat bermula ?


Jika tapak pertama mereka bermula, mengenal halal dan haram, mengenal salah dan betul, mengenal buruk dan baik lalu mempraktikannya, nescaya mereka akan menjadi pemimpin yang benar dan tidak boleh dijual beli, mereka akan menjadi jenerasi yang beriman, pemimpin politik yang beriman. Mereka tidak akan makan rasuah, tidak dibeli dengan wanita, tidak minum arak, tidak mengunjungi tempat maksiat, tidak fitnah memfitnah, tidak menjadi penyokong kepada pihak yang salah.. Tidak juga sombong dan takbor dan tidak menindas dan merampas harta orang. Semua tidak akan berlaku jika mereka mempraktikkan ajaran Islam kerana Islam mengajar kita percaya kepada Allah dan bukan sekadar hanya percaya semata mata tetapi takut kepada azabnya. Dlema terus terjadi bila ada kata kata percaya kepada tuhan.....ianya penuh seribu maksud... Wallahualam...............

Thursday, April 11, 2013

BANJIR BESAR MELEPASI TILAM

Salam.......

Semalam KL banjir ? Sememangnya ada orang tidak tersangkut dalam jem kalau keluar opis seawal awalnya pukul 5.00 petang. Tapi selepas daripada itu kebanyakkannnya menerima padah yang berbisa...Pm berada di kereta jam 5.25 petang memandang hujan lebat dan kilat sabung menyabung. Sekali sekala melihat cahaya kilat melepasi kepala, dahsyatnya kelihatan angin membawa hujan berusing pusing. Pm berfikir mahu menunggu sehingga hujan reda.....

Jam 5.50 kesabaran mula tercabar, pm keluar dari hotel menuju ke Jalan Ipoh. Di hadapan hotel Dynasti kelihatan air banyak bertakung dan kelembabkan pergerakan menyebabkan ada kereta menelan air. Ada yang terdampar tidak boleh bergerak manakala pm menakan pedal minyak mengharungi air. Alhamdulilah lepaslah ujian pertama. Pm masuk ke jalan Sentol menuju ke Bt. Caves. Perjalanan Ok sehinggalah ke simpang mahu ke taman koperasi polis. Di sana ada kereta cantik jenis honda berendam di dalam air. Banyak orang tersenyum melihat kerta itu terutama pemilik kereta lama seperti pm ini. Ujian ke dua mengharungi air ........

Sambil menunggu anak masuk ke kereta, pm terasa bahang yang panas. Dalam kereta ada angin tapi hawa sejuk dah tak ada, cermin mula kabur.....Pm berhenti di station minyak ...dapati kipas air cond dah tak bergerak...................................aduh...........

Cerita di jalan ipoh di belakang Vistana hotel...katanya air sungai melimpah naik. Ada kereta tenggelam, ada poko tumbang. Seorang perempuan melayu memakai skirt keluar hotel menangis nangis cuba ditenteramkan oleh teman lelakinya. Dia menangis kerana keretanya lumpuh di dalam banjir. Menurut katanya kereta tersebut adalh milik suaminya dan dia takut suaminya marah dan mengetahui kedudukan keretanya yang ditenggelami air. Dia takut dan sangat takut setelah menggunakan bilik " day use" bersama teman lelakinya. Suaminya ingat dia pergi ke pejabat , rupa rupanya dia berbanjir bersama orang lain........Akhirnya dia meredah air pulang ke rumah tanpa menghiraukan keselamatan dirinya......

gambo hiasan 

Thursday, April 4, 2013

Mari Mengundi.....

Salam................

PRU 13......macam best aja pm tenguk.... Setakat ini belum nampak sangat kemeriahannnya. Rasanya macam hari raya pulak bila tenguk bendera parti berkibar di sana sini. Seronoknya orang kampung, orang susah susah, orang separuh susah, orang yang kena susah pun mendapat duit yang entah dari mana terjunnya. Tau tau dapat duit wei....

Sekarang ini pulak orang berserban masuk dalam TV, orang berpengaruh seperti mereka menjadikan promosi sangat ternilai harganya. Orang mengaji pondok juga tidak ketinggalan. Di dalam TV suara mereka menjadi lantang dengan ayat Quran dan juga hadis. Pm tidak salahkan mereka, kalau mahu hidup lama atau meraih apa apa yang patut. Kitapun memang tersangat faham.......

gambo hiasan

Di tempat pm masih terlihat juga idea lama. Jalan bertampal tampal di sana sini....Entah siapa punya projek. entah apa yang kurangnya...mungkin minyak kurang tapi tar yang lebih. Akibatnya permukaan jalan tidaklah rata, kereta akan melompat lompat katak di sana sini. Dia menampal jalan macam tak ikhlas je......Sebenarnya jalan itu ditampal untuk apa ya ?

gambo hiasan

Biar apapun kat TV ada cakap " saya pilih mengundi".... Hak rakyat mengundi walaupun menang jadi abu dan kalah jadi arang........ Kalau tak tepatpun pilihlah agak agak nak dekat dekat tepat... Semua orang bercakap untuk memperjuangkan kebenaran dan menyalah nyalahkan sesama sendiri. Semua orang juga bercakap untuk memperjuangkan islam walhal kesudahannya cam tu jugaklah........Orang yang kaya bertambah juga kayanya sampai muntah muntah kerana terlalu banyak makan. Ada orang itu pula duit masjid pun dia sapu sesuka hati emak bapak dia, belumlah lagi duit anak yatim dan duit baitulmal.....

Jadi macam fikiran korang.....tak lama lagi kita cutilah balik kampung,,,balik mengundi...agaknya ada orang nak bagi duit ....lagi jauh lagi banyaklah duit kita dapat ....kan ?


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...