Monday, May 27, 2013

Sesuatu Yang Terlupa

Salam............

Sendi badan terasa sengal sengal. Tubuh terasa letih. Malas sahaja.........nak cari mana tenaga ya ? Waktu siang dipenuhi dengan aktiviti manakala waktu malam gayanya seperti nak mati. Letak sahaja kepala di atas bantal , terus lenyap.... Esok bangun balik membuka lembaran siang....

Semalam pm bermimpi temui arwah ayah mertua. Seperti cerita melayu dulu dulu, pm temui dia dalam keadaan berserban. Pesanannya cukup ringkas.... dirikan solat hajat 45 hari........Dalam mimpi itu pm cuba selak selak 2 kitab nak cari sebab kenapa dia suruh buat 45 hari.....Tak jumpa....Kalau ada teringatpun buku  kecil tentang solat hajat peninggalannya di tepi tangga rumah........

Pagi ini pm periksa kalender .....rupa rupanya kita ada 45 hari lagi untuk bertemu ramadhan.....Begitulah adanya....... Buku orang tua walaupun tidak dibaca tetapi disimpan penuh makna. Dunia zaman ini dihujung jari, banyak ilmu di dalam internet, berkatnya entah di mana ?


Tuesday, May 21, 2013

Sedangkan Lidah Lagi Disedut

Salam............

Sudah lama hidup di tanah air ini. Tanah tumpahnya darah.....tolong jangan halau keluar.... Semenjak dari kecil kemudian masuk ke sekolah rendah kita mula mengenal bangsa kita sendiri. Buku buku sekolah menceritakan tentang masyarakat majmuk dan mengajak semua bangsa bersatu demi untuk keamanan. Sejak akhir akhir ini ada pula mulut longkang mula menyesatkan, membakar semangat perkauman. Akhirnya menjalar dari kampung ke kampung dan menjadi kesan tidak baik di tempat kerja. 

Bukan semua orang bekerja dengan kerajaan yang begitu selesa dengan kerenah malas tidak menentu... Uppps bukan semuanya ya.. Bukan semua orang bernasib baik begitu dengan sebegitu mudah buat loan, baru kerja tak sampai setahun dengan senang senang dapat pinjaman. Nasib mereka baik dapat kerja dengan kerajaan dan bolehlah cakap besar, bolehlah cakap apa sahaja kerana mereka tidak minta makan cari rezeki dengan bangsa lain.....Bagaimana dengan orang yang bekerja swasta yang masih bayar cukai walaupun untuk seketul berger ?

Orang tua tua dulupun tanam semangat kepada anak daranya supaya memilih orang yang bekerja dengan kerajaan. Kerja opis boy pun tak apa, janji ada pencen. Hari ini anak anak kita hendak masuk kerja kerajaan pun siksa kecualilah ada benda benda menarik. Maka rata rata anak anak muda kita masuk kolej swasta, masuk kerja kilang, masuk kerja di komplek komplek menjadi juru jual. Itupun kerja kerja sedemikian telah direbut oleh indon, bangla , myamar dan nepal. Mereka hanya ada cita cita yang pernah dinyanyikan oleh cikgu cikgu sekolah, pensyarah pensyarah kolej....." nanti besok bila you sudah keluar, you akan berjaya "............................................



Terlajak pulak cerita ini....berbalik kita kepada masyarakat majmuk dan masyarakat pincang, jelasnya di sini masih ada rasa kasih sayang. Bila ada sesuatu bencana terjadi di depan mata, masyarakat yang terdiri dari berbilang bangsa, terdiri juga dari penagih dadah pelacur, perompak, along , akan menghulur tangan memberi bantuan simpati walaupun berkorban nyawa sekalipun.... Itulah Malaysia....

kebakaran kecil di lorong Hj. Taib

Sunday, May 19, 2013

Puisi Sang Tikus

Justeru kerna kerdilnya
busuk baunya
lantas ketiadaan tempat untuk hidup.............

Siapakah engkau yang menghukum
siapakah engkau yang berkuasa
yang bisa menabur janji
yang bisa menepati janji
untuk sang tikus...........


Penindasan dan kezaliman itu milikmu
atau sebenarnya kau sedang berpura pura malu
untuk sang tikus....

Atau sebenarnya kau sedang lapar
makan apa sahaja tanpa batas
makan makan dan muntah
makan makan tanpa kenyang


Saturday, May 18, 2013

Pancung Putus

Salam........

Pemimpin mendapat tempat di hati orang bawahan ? Bukanlah senang kerjanya. Dulu bos pm mengajar pm supaya mendekati dan berkenalan dengan orang bawahan. Katanya orang bawahanlah yang bersusah payah membuat kerja untuk orang atasan. Orang bawahlah yang penat mencuci tandas untuk menyenangkan bosnya berak walaupun yang keluar itu adalah benda yang sama dan busuk. Tapi bos bos selalu lupa dan berfikir jamban itu boleh mencuci dirinya sendiri.

Hari ini pm melihat bos tersenyum melihat tiga orang anak buahnya meletakkan jawatan serentak. Senyuman tanda dia berjaya melaksanakan tugas atau dia tersenyum melihat dirinya yang tidak ketahuan nasib di kemudian hari.

Anak anak buah yang blah begitu sahaja adalah menandakan mereka tidak sukakan kepimpinan ketua mereka. Mereka tidak lagi mahu bersusah payah menabur bakti kepada ketua yang memang tidak boleh diharapkan. Jelasnya blah begitu sahaja tidak memadai......takkan itu pun nak ajar........


Thursday, May 16, 2013

BERHENTI KERJA

Salam.........

Hidup sebagai lelaki penuh perjuangan dan dugaan. Adakalanya kita kalah dan lemah dengan tekanan hidup yang datang. Itulah diri kita yang sebenarnya..........

Anak lelaki pm telah menghantar notis berhenti kerja beberapa hari sudah. Biasalah jika bertukar bos baru yang berlawanan selera. Notis beliau tidak mendapat sambutan lansung kerana bosnya tidak panggil untuk sebarang kaunseling. Ini bermaksud " anda memang tidak berguna lansing". Jangankan kata kata simpati bahkan ucapan semangatpun tidak ada.



Anak pm cakap , dah dekat berentipun masih ada banyak kerja hendak dibuat, bos longgok jugak dekat dia. Pm kata biasalah..." kita harus lakukan sebaik mungkin, hadir setiap hari walaupun ditarikh akhir" Biasalah kalau orang perah peluh kita walaupun kita dianggap tidak berguna. Sememangnya ada orang ingin hidup di atas tangisan orang lain, ada orang ketawa di atas kematian orang lain. Inilah yang dikatakan fitnah dunia ...........



Menghadapi apa situasi sekalipun berbaliklah kita kepada prinsip orang Islam " sabar kepada hukum Allah, reda kepada Qada' Allah"  Tidak ada guna ilmu setinggi langit dan kitab satu almari jika sebaris katapun tidak dapat diamalkan. Percayalah bahawa rezeki itu Allah yang beri dan bukannya manusia , bahkan manusia sendiri tidak dapat melakukan apa apa terhadap kita. Wallahualam....

Wednesday, May 15, 2013

Kerja Kotor

Salam..................

Banyak orang mahukan kehidupan yang berjaya. Apabila mendapat kerja di tempat kerja baru kita akan menjadi penyapu baru. Adakalanya kita mendapat amanah yang bukan bukan dari bos kita, apatah lagi bos itu pula bukan orang Islam. Maka tidak usahlah ditanya tentang hukun hakam.

Bos besar kita suruh kita cari sebab untuk buang kerja beberapa orang anak buah kita. Kita kena cari pasal dan cari sebab kukuh untuk buang mereka. Ini bermakna kita kena buat kerja kotor dan mengenakan tekanan kepada mereka dengan kepakaran kita yang ada. Hendak ikut atau tidak ikut perentah ? Jika tidak ikut arahan bermakna kita bukanlah pekerja yang berjaya. Jika ikut pula bermakna kita adalah MANGKOK yang berjaya sangat..........

Dah usia tua ini tidak usahlah buat kerja bukan bukan. Pekerja yang tidak baik haruslah dididik serta dinasihatkan. Manalah nak jumpa orang yang tidak pernah melakukan kesalahan. Bengong gamaknya. Tapi itulah yang pm nak ceritakan, walaupun cerita biasa, kejahatan dan ketamakkan dunia memang begitulah.


penat


Sunday, May 12, 2013

Isteri Baru

Salam...........,

Memang tak akal betul kucing tu... Ada ke sesuka hatinya berak di hadapan halaman orang. Orang marah tau kalau kucing kita tidak tahu atur punggungnya......

Marahnya jiran sebelah menyebelah bila melihat kucing kita menempel di pintu rumahnya. Marahnya kerana kita tidak tahu menjaga kucing kita dan menasihatkan kucing kita agar menjaga disiplin diri. Kita hidup bermasyarakat, kenalah jaga hati jiran.....


Mungkin seribu dalam satu, mungkin tidak termampu  kita menjaga kucing kucing peliharaan kita yang bebas berkeliaran. Kita hanya ada kucing kampung dan bukan kucing TOWN yang cara beraknya disekolahkan. Namun jiran kita yang tidak suka kucing terus membebel seolah olah DIA seorang paling pembersih di muka bumi ini.....

Apa salahnya kalau kita berita tahu jiran kita, " jikalau kucing kita itu melakukan kasalahan sekali lagi walaupun telahpun dinasihatkan berkali kali, maka tindakannya ialah dibuang jauh jauh bersama anak anak keciknya..." Mungkin dia akan tersenyum panjang kerana tidak menerima sebarang kesakitan akibat derita hama bulu kucing dan menghadapi kesenangan di saat siratul maut ?"

Kemanapun kita berpindah membawa kucing kucing kita, jiran sebelah menyebelah pasti membebel. Dahulu pm ada membela ayam serama buat permainan anak anak, jiranpun membebel kerana takut mati terkena hama ayam.. Akhirnya penguatkuasa daerah datang ke rumah ambil gambar.....Ayam serama itu pm sembelih namun tidak seorangpun dikalangan anak anak pm yang sanggup makan dagingnya. Sebab budak budak itu semua mempunyai hati....jiran itu telah hilang hatinya....



Hanya sedikat masalah ini jiran sesama jiran semakin kurang mesra, belumlah lagi kita main kenyit mata dengan isterinya, belum juga lagi isterinya tanya isteri kita " abang dah balik ke ? "  Namun jikalau menempel di pintu rumah kita di waktu petang dengan cerita kisah dalam kain, tidak pulak ada pantang larang . Tau tau sahaja sudah terdengar berita tentang suami orang sebelah mahu menikah lain...........

Padan mukalah jika suaminya kawin lain...... perempuan tu memang cantik pun...


gambar hiasan


Saturday, May 11, 2013

Kalah Kerana Belum Boleh Menang

Salam................

Kesal sedih dan simpati kerana kekalahan, walaubagaimanapun  menang dan kekalahan adalah pertaruhan. Pertaruhan menggunakan wang pula adalah judi..... Tidak kira apa orang kata, yang kalah pastinya tidak puas hati dan bukannya pasrah menyerah, menerima sebagai satu takdir lalu mempersoalkan keadilan tuhan.... Sebelum mempersoalkan tentang takdir itu apakah engkau mengenali tuhan ?

Berbagai cara telah diatur susun demi untuk meraih kemenangan namun di pihak lain pula lebih bijak mencari kemenangan walaupun untuk sekadar menang sorak .... Jangan persoalkan najis yang cicir bertaburan tapi yang nyatanya mereka telah menang......

Bagaimana pula kelmarin kalau kita pula yang menang? Adakah kumpulan kita telah betul betul bersedia atau sekadar untuk borsorak seperti monyet dimana keesokkan harinya kita bercakaran sesama sendiri untuk membahagikan bahagikan rampasan perang dan harta puasaka...." satu untuk engkau, satu untuk aku"

Padahal yang pentingnya kita telah bersedia, mantap dan kukuh serta sebulat suara manakala jenarasi kita kuat berpendidikan dan bukan melepak di kaki kaki lima menjadi penyapu di tepi jalan. Kita terima kekalahan ini kerana belum tiba masanya untuk menang bahkan untuk meraikan sekumat kemenangan.............

Kita sudah tua dalam perjuangan ini, tua dengan deritanya , sakit hatinya, dendamnya dan bermcam macam rasa yang menggetarkan jantung dan darah. Tidaklah bererti kemenangan di saat kita tidak boleh merasai kemenangan itu, tidak bererti makanan yang sedap di saat kita tidak ada gigi dan perut kembung. Sebaliknya kita didik jenerasi kita untuk meraih kemenangan itu dan bersedia untuk mentadbir setelah meraih kemenangan. Jika mereka masih bercakaran, saling sindir menyindir, saling soal menyoal tertanyata mereka mahu menjadi seperti kita yang gagal atau untuk meneruskan kegagalan.


Pusing pusing, putar putar, cam tulah jugak........

Tuesday, May 7, 2013

Memburu Kesenangan

Salam............

Hari itu seorang datang interview. Tenguk IC memang sah orang asli... pm suruh dia datang hari lusanya sebab nak menengok akalnya.......Dia tak datang....................

Lusanya sebelum ngundi, datang 2 ekor budak bangsa kitalah, melayu tulin. Pm suruh datang hari Sabtu. Dia datang juga Sabtu tu....Datang nak interview bawak benda dia aja. Gambo tak ada, resume tak usah tanyalah, datang pakai T'shirt dan seluar jinnnnnnn. Pm tak tanyapun pasal bidang apa, cuma pm cakap sanggup kerja tak ? Dia orang memang sanggup tapi bab tambang nak datang kerja dia orang tak sanggup. Dia hendak pm sediakan tempat tinggal mereka, ada duit pinjam tiap tiap tengah bulan. Lagi satu yang paling sedih dia orang tak ada baju nak kerja dan minta pm tolong adakan ......



Pm cakap untuk bulan pertama korbanlah sikit dan kena susah jugaklah.. Pm cakap eloklah kerja, bulan puasa dan raya dah dekat dan bolehlah dapat duit sikit sikit....... Akhirnya kerana memikirkan orang melayu kita, pm suruh datang hari ini....hari selasalah pukul 8.30 pagi..............Hari ini tak nampak bayang punnnnnnnnnnnnnn......" apa yang anak melayu kita hendak ya ?

Thursday, May 2, 2013

Balik Kampung Mengundi

Salam..............

Marilah pergi mengundi walaupun suka atau tidak suka pada 5/5/2013. Kali ini janganlah harapkan duit dari mana mana bilik gerakan. Cukup cukup sudah anda telah terbeli setelah sekian lama. Hasil pembelian itu anda merana selama 5 tahun. Anda hanya memberi kemewahan kepada pihak tertentu sambil menggadaikan maruah bangsa dan keturunan.....


Anda sendiri melihat ketuanan melayu mulai luntur. Tanah tanah milik melayu terjual kepada mereka yang berkemampuan. Pemimpin anda bukan lagi di kalangan anda sendiri dan Tanah Melayu hanya menjadi sebutan di dalam buku sejarah.

Perjuangan anda tidak perlu lagi kepada titisan darah. Sebaliknya hanya dari laungan laungan yang " BERBAYAR". Anak anak bangsa terus menangis dan terpinggir...Bumi ini bukan berterusan menjadi milik kita lagi..


Bangkitlah dengan rasa cinta dan jihat, bermuafakatlah dan bukannya saling bertomahan. Bukan saling menyebut hadis dan alquran lalu diterjemahkan dengan nafsu. Bukan menunjukkan " aku" inilah yang lebih tahu dan berketurunan TOK GURU. Kerana kita semua berasal dari yang satu, dari yang satu menjadi ramai...

Jangan takutkan anak anak lalu membeli sardin dan beras banyak banyak untuk disimpan di store rumah.. Hari ini kita mengundi esoknya kita bertemu lagi di kedai kopi. Kita solat di masjid yang sama kerana kita adalah bangsa yang serupa... "Bangsa Melayu"

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...