Followers

Sunday, May 12, 2013

Isteri Baru

Salam...........,

Memang tak akal betul kucing tu... Ada ke sesuka hatinya berak di hadapan halaman orang. Orang marah tau kalau kucing kita tidak tahu atur punggungnya......

Marahnya jiran sebelah menyebelah bila melihat kucing kita menempel di pintu rumahnya. Marahnya kerana kita tidak tahu menjaga kucing kita dan menasihatkan kucing kita agar menjaga disiplin diri. Kita hidup bermasyarakat, kenalah jaga hati jiran.....


Mungkin seribu dalam satu, mungkin tidak termampu  kita menjaga kucing kucing peliharaan kita yang bebas berkeliaran. Kita hanya ada kucing kampung dan bukan kucing TOWN yang cara beraknya disekolahkan. Namun jiran kita yang tidak suka kucing terus membebel seolah olah DIA seorang paling pembersih di muka bumi ini.....

Apa salahnya kalau kita berita tahu jiran kita, " jikalau kucing kita itu melakukan kasalahan sekali lagi walaupun telahpun dinasihatkan berkali kali, maka tindakannya ialah dibuang jauh jauh bersama anak anak keciknya..." Mungkin dia akan tersenyum panjang kerana tidak menerima sebarang kesakitan akibat derita hama bulu kucing dan menghadapi kesenangan di saat siratul maut ?"

Kemanapun kita berpindah membawa kucing kucing kita, jiran sebelah menyebelah pasti membebel. Dahulu pm ada membela ayam serama buat permainan anak anak, jiranpun membebel kerana takut mati terkena hama ayam.. Akhirnya penguatkuasa daerah datang ke rumah ambil gambar.....Ayam serama itu pm sembelih namun tidak seorangpun dikalangan anak anak pm yang sanggup makan dagingnya. Sebab budak budak itu semua mempunyai hati....jiran itu telah hilang hatinya....



Hanya sedikat masalah ini jiran sesama jiran semakin kurang mesra, belumlah lagi kita main kenyit mata dengan isterinya, belum juga lagi isterinya tanya isteri kita " abang dah balik ke ? "  Namun jikalau menempel di pintu rumah kita di waktu petang dengan cerita kisah dalam kain, tidak pulak ada pantang larang . Tau tau sahaja sudah terdengar berita tentang suami orang sebelah mahu menikah lain...........

Padan mukalah jika suaminya kawin lain...... perempuan tu memang cantik pun...


gambar hiasan


5 comments:

TiranaAduka said...

lawatan ptg tirana aduka

Amin A. R said...

Sebut bab kucing, saya geram dengan jiran saya yg membiarkan kucingnya berkeliaran. Kucingnya dah berak dalam rumah saya. Atas tilam lagi. Nak ditegur karang kata tak boleh bertolak ansur dengan binatang pulak... Hhaihhh

YaKuza YesungNoOna said...

ape susah.. suruh je die letak papan tanda bentuk segi tiga "KUCING DILARANG BERAK DISINI" pandai la kucing tu baca.... hehehehe

Panglima Muda said...

buang kucing kat pasar borong

zino said...

saya suka kucing ..
kucing saya kucing saya
kucing jiran kucing saya
tak kisah kucing siapa
datang rumah saya bagi makan hehe