Followers

Sunday, June 16, 2013

Di Sebalik Kabus Malam

Salam........

Panggilan talipon tiba tiba mengganggu aku. " Da, malam ini balik ya, balik meneman jadilah" suara adikku kedengaran tersekat sekat. " Oklah" jawabku dengan rengkas. Akupun meneruskan pemanduan pulang ke rumah. Jauh fikiranku melayang mengenang kisah ayahku yang terlantar sakit. Sakit tua yang tidak mungkin akan sembuh tetapi mengandungi seribu misteri.



Jam 10.00 malam sedang aku berbaring, talipon berdering lagi. " Jadi ke balik Da" suara adikku bertanya lagi. " Jadi, kejap lagi Da balik" jawabku lagi. Jam 11.30 malam aku mula bergerak dari rumahku, merempuh kegelapan malam yang dingin .......... Perjalanan cuma mengambil masa setengah jam dan pada ketika itu suasana sungguh sunyi sepi. Aku telah disambut oleh adikku dengan gembira, manakala anak anaknya hanya seorang dua sahaja yang berjaga. " Bagaimana keadaan ayah" tanyaku. " Begitulah keadaannya" kata adikku sambil menunding jarinya. Ayah kelihatan berbaring resah, cakapnya kian merapu. Sekali sekali terdengar dia menyebut nama nama ahli keluarga kami yang telah lama meninggal. " Long kata nak berubat dengan orang Ampang kata" kata adikku. Orang Ampang cakap, ayah ada saka. Saka ini kena turun kepada salah seorang anak" sambung adikku lagi. " Siapa yang nak ambil saka tu" aku bertanya sambil berseloroh.

Pendapat orang mengatakan bahwa jika saka itu diturunkan kepada anak anak, ayah akan pergi dengan aman. Tentu sekali tidak seorang anakpun yang sanggup memikul beban untuk mengambil saka tersebut. Ini bukanlah kerja senang tetapi menyusahkan tubuh badan. Persolannya adakah anak anak sayangkan ayahnya dan mengapa pula sanggup membiarkan ayah tersiksa. " Da, saya ada letak daun kelor di bawah tilamnya hari tu" kata adik iparku. Abistu macam mana" tanyaku lagi. " Apalagi, makin resahlah dia" jawab adik iparku. Yang susahnya sekarang siang dia tidur, malam dia berjaga. Kitalah yang pening tidur tidak cukup" kata adik iparku lagi. 

Dalam hatiku berbisik, entah dimanakah dikutipnya saka tu, aku tenguk selama ini dia selamba sahaja. Alih alaih beberapa bulan ini nampak sangat kelainan. Jangan jangan tak ada saka, sudah memang dasarnya sakit orang tua bisik hatiku lagi. Malam itu aku tidur tidur ayam, aku buat buat pejam mata kerna aku nak tenguk gelagat ayahku. Jam 3.00 pagi aku nampak dia bangun duduk, entah apa disebutnya dan kemudian baring kembali. Sekali sekala dia ada menyebut, dia nak balik...... Nak balik kemana ? Jam 4.30 pagi aku pulang semula ke rumah ku, meredah kabus pagi nan dingin............................................



Malam esoknya jam 11.30 adikku talipon lagi, keadaan ayah agak berlainan katanya. Akupun bergegas balik malam malam buta itu bersama anak lelakiku. Kami berbaring berdekatan ayah dan seperti biasa aku tidur tidur ayam juga. Anakku cuba merakamkan percakapan datuknya..... tapi keesokkan paginya rakamannya kosong sahaja.........

Begitulah malam malam seterusnya aku akan pulang bilamana adikku memanggilku meminta bantuan. Adakala dia kata, ayah sedang mengamuk. Bila aku pulang, tidak nampakpun tanda tanda bengisnya. Suatu malam aku mengambil kesepatan solat hajat disana dan sesudah itu sempat juga aku membaca surah Jin. Aku hendak melihat kesannya. ............Sungguh benar, setelah habis bacaan itu aku kena sound... " jangan bersusah susahlah " kata ayahku sambil menggertap  bibirnya.......Sekali ini aku pula bersuara " kenapa, tak tahan ke "

Beberapa hari selepas itu abangku memanggil aku pulang. Malam itu kami bermai ramai mengangkat ayah untuk dimandikan. Berapa helai kertas ditampal didinding bagi perubatan itu....


Selepas malam itu.....ayah tidak banyak bercakap.....dia semakin lemah dan diam...............

2 comments:

ANIM said...

pernah melihat keadaan sama..
bacaan surah ar-Ra'd (guruh) dibaca antara dengar dan tak dengar saja (berbanding dgn yassin yang lebih kuat)untuk memudahkan roh keluar..
wallahua'lam...

*SiRibenMerah said...

psl saka neh..
mak kepada tuan umah sewa saya di langkawi masih hidup sampai sekarang..
tapi dia sakit dari 2 thn lepas lagi.
badan sekeping kulit salut tulang.
bila dinasihat pada anaknya utk berubat. diorg x percaya psl saka neh..
hurmm~ wallahualam..